Assalammualaikumm..
dulu minat gak dgn siti sarah. sebab suara dia sedap gak di dengar..skrg ni..takde dah nk minat artis kat malaysia ni, sebab apa?..tah laaa..
tapi bila ader yg nk mendirikan masjid, kita kenelah doakan moga jodoh tu panjang dan hidup tu ceria dan seronok bila berumahtangga..org nk bina masjid.. eloklah..alhamdulillah..kan..kan
Selepas kisah pertunangan Siti Sarah & Shuib (Sepah Raja Lawak) tersiar dalam laman-laman blog akhir tahun lepas, mereka berdua ada bercadang untuk melangsungkan perkahwinan pada 15 Januari 2011. Namun, hasrat tersebut ditundakan seketika kerana masing-masing ada komitmen kerja.
Dalam diam-diam, sumber kami yang otai telah berjaya menghidu tarikh sebenar perkahwinan Siti Sarah & Shuib. Mereka berdua dijangkakan akan menamatkan zaman bujang dengan melangsungkan perkahwinan pada hujung minggu ini (26 Februari 2011) di Jeumpa’ D’Ramo, Bangsar Kuala Lumpur. Pelik juga, cerita perkahwinan mereka tidak diwar-warkan seperti selebriti yang lain.
Imbas kembali, sebelum ini Siti Sarah meminta Shuib untuk merahsiakan pertunangan mereka kerana enggan peristiwa putus tunang berulang kembali. Siti Sarah pernah bertunang dengan mat saleh, namun diputuskan sekerat jalan.
Percaya atau tidak, kita tunggu sahaja gambar-gambar perkahwinan Siti Sarah hujung minggu ini.Enjoice!
P/s : ujun minggu ni dah ader 2 jemputan kawin..
mak aii..mana la yg nk diterjah dulu ya, hadiah pon kene prepare 2 bijik gak ni
2 comments:
tahniah lah buat kedua mereka..walau sarah dulu plih mat salleh, tp shuib juga jadi teman hidup..dah jodoh namanye kan..
kalo jodoh xkemana...hehe
semoga berbahagia pada mereka...
Post a Comment