Assalammualaikum
kalau ader yg tgk raja lawak hari tu, mesti perasa yg bob lokman tarik diri dari jadi juri kan.. pastu perasan tak dahi dia ader bertanda itam..maybe perubahan ni lepas kawan baik dia meninggal dunia, sapa lagik kalau bukan arwah din beramboi(al-fatihah)
sejuk je hati bila tgok ader yg dpt hidayah dr Allah s.w.t..kan, memang rezeki dia betul ..kita doakan yg terbaik tuk abg bob lokman...moga menjadik insan yg lebih berguna tuk agama islam yg tercinta..amin
yg kat tengah tu la, abg bob lokman
|
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 21 Feb: Pada 19 Februari lalu, pelakon dan penulis lirik terkenal Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman mengejutkan banyak pihak apabila menyerahkan borang menjadi ahli PAS.
Beliau menyerahkan borang itu kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang juga Menteri Besar Kedah pada majlis Himpunan 30 ribu Pemuda PAS, di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar, kelmarin. Bob, penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Amy Search bukanlah artis pertama yang menyertai PAS.
Harakahdaily: Apa yang menyebabkan saudara Bob terdorong untuk memilih dan menyertai PAS? Bob Lokman: Sebab saya rasa ada masalah dengan sistem kehidupan. Saya nak mendidik anak saya dengan jalan Islam tetapi dia ada masalah dengan sistem persekolahan,sistem pergaulan, dan sistem masyarakat. Bila saya di rumah suruh dia sembahyang, di luar ada kumpulan yang suruh dia buat benda lagha.
Masa saya muda dulu saya tak sedar, dan itu berlaku pada anak saya sekarang, dan sekarang sara rasa tanggungjawab pada anak. Tengok anak kita tidak menjadikan Allah nombor satu... dia duk ikut ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’, pada hal Allah nombor satu, takwa diutamakan tapi anak-kita tak tahu.
|
|
p/s : yg baik dtg dari Allah s.w.t dan yg buruk adalah dr diri sendiri..allahualam..
100% agree dgn ape yg abg bob ni cakap..
6 comments:
tak kisah la pas ke umno ke PKR ke ...janji buat baik terhadap manusia & beriman kpd Allah itu penting ...
setuju jugak...
New Entry: <a href='http://dihaz17-foryou.blogspot.com/2011/02/keputusan-spm-2010.html">Keputusan SPM 2011</a>
Alhamdulillah.. Mudah2han perubahan kearah kebaikan ini akan sentiasa diredhai Allah..
is this true?masya allah .. lihatlah kuasa Allah..amin!
tak kira apa pun yg kita lakukan, tak kira siapa diri kita....semua yg kita lakukan adlah hanya kerana Allah
wahhhhh....
ape2 pn undi adlh rahsia...hehe
Post a Comment