Tuesday, February 22, 2011

(Gambar) Bob Lokman Sertai PAS, Parti Islam SeMalaysia.

Assalammualaikum

kalau ader yg tgk raja lawak hari tu, mesti perasa yg bob lokman tarik diri dari jadi juri kan.. pastu perasan tak dahi dia ader bertanda itam..maybe perubahan ni lepas kawan baik dia meninggal dunia, sapa lagik kalau bukan arwah din beramboi(al-fatihah)

sejuk je hati bila tgok ader yg dpt hidayah dr Allah s.w.t..kan, memang rezeki dia betul ..kita doakan yg terbaik tuk abg bob lokman...moga menjadik insan yg lebih berguna tuk agama islam yg  tercinta..amin

yg kat tengah tu la, abg bob lokman


Kenapa Bob Lokman sertai PAS
Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 21 Feb: Pada 19 Februari lalu, pelakon dan penulis lirik terkenal 
Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman mengejutkan banyak
pihak apabila menyerahkan borang menjadi ahli PAS.


Beliau menyerahkan borang itu kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, 
Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang juga Menteri Besar Kedah pada majlis
 Himpunan 30 ribu Pemuda PAS, di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar, kelmarin.
Bob, penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Amy Search bukanlah artis
 pertama yang menyertai PAS.

Harakahdaily: Apa yang menyebabkan saudara Bob terdorong untuk memilih
 dan menyertai PAS?
Bob Lokman: Sebab saya rasa ada masalah dengan sistem kehidupan. 
Saya nak mendidik anak saya dengan jalan Islam tetapi dia ada masalah dengan
 sistem persekolahan,sistem pergaulan, dan sistem masyarakat.
Bila saya di rumah suruh dia sembahyang, di luar ada kumpulan yang suruh 
dia buat benda lagha. 

Masa saya muda dulu saya tak sedar, dan itu berlaku pada anak saya sekarang, dan 
sekarang sara rasa tanggungjawab pada anak.
Tengok anak kita tidak menjadikan Allah nombor satu... 
dia duk ikut ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’, pada hal Allah nombor satu,
 takwa diutamakan tapi anak-kita tak tahu.



p/s : yg baik dtg dari Allah s.w.t dan yg buruk adalah dr diri sendiri..allahualam..
100% agree dgn ape yg abg bob ni cakap..

6 comments:

eima said...

tak kisah la pas ke umno ke PKR ke ...janji buat baik terhadap manusia & beriman kpd Allah itu penting ...

zahidah dihaz said...

setuju jugak...


New Entry: <a href='http://dihaz17-foryou.blogspot.com/2011/02/keputusan-spm-2010.html">Keputusan SPM 2011</a>

Aida Tamrim said...

Alhamdulillah.. Mudah2han perubahan kearah kebaikan ini akan sentiasa diredhai Allah..

Nurul Nadia said...

is this true?masya allah .. lihatlah kuasa Allah..amin!

Nurdiyana Yaccob said...

tak kira apa pun yg kita lakukan, tak kira siapa diri kita....semua yg kita lakukan adlah hanya kerana Allah

PReDicToR said...

wahhhhh....

ape2 pn undi adlh rahsia...hehe