Monday, March 14, 2011

Marah betul aku bila TSUNAMI jadi bahan lawak

Assalammualaikum

Tak tahulah kenapa rakyat malaysia skrg suka buat lawak, agaknya banyak sangat tengok rancangan lawak sampai ketawa guling-guling, lepas tu dah tak boleh bezakan antara realiti dan fantasi..sungguh sengal

pasal isu tsunami, ingat perkara main simbah-simbah ayir ke hape?..ni melibatkan nyawa dan ekonomi dunia tau.hari tu fizz fairoz pi buat lawak kat dlm twitter, pastu ade pulak lagi sekor lagik, pi buat gambo atomen lari bila ombak tsunami datang.... pemikiran cetek sungguh..

nak baca lebih lanjut KLIK SINI

kat company aku ni ramai rakyat jepun, dah kesian pulak aku tgok muka dorang..mana yg sedara mara kat sana tak tau hidup ker mati, nak contact susah sangat..ader yg muka dah macam tak mandi pagi pon ader,sungguh kesian hokay..ader yg anak bini balik sana tuk bercuti, smpai la ni susah nk contact.. kapal terbang pulak takde tiket..ader satu penerbangan jer semalam,itu pun kelas bisness...

cuba letak diri korang kat tempat macam tu..ingat boleh makan dgn senang hati??
ingat boleh buat kejer dengan happy??
ingat aper?

sebelum buat lawak bodoh dan kemudian ramai yg akan kecam ko sungguh-sungguh, sila simpati kat mereka skit..jgn nk membabi buta jer tulis bukan-bukan..buat malu org melayu/malaysia ajer..

emosi sungguh aku

P/s : aku tgah dok contact member kat sana, nak tau masih bernyawa atau tidak member2 jepun yg ada kat tokyo..hmmm sgt sedey dan emosi 



10 comments:

Mama Kembar Tiga said...

ni lah jenis org yang tak pk panjang, main bedal sesuka hati je... tak pk org lain tengah susah hati...

Mek Rose said...

pelukis tu dah mintak maap kan..
tapi tula.kdg2 org bijak pandai pon le jd bodo..sbb tak reti nak jaga sensitiviti sesama manusia

Suziey Ahmad said...

oooo ni yg pasal kes berita harian buat lawak pasal tsunami..rupenye kartun..hmm ye la xsensitip ek..

Cik Bambam said...

1st time baca lawak lar jugak.. bila 2nd time terus x lawak.. :|

MamaYatie said...

ni kategori org yg tak sensitip dengan perasaan org lain & tak pakai otak wat keja..

[leily.laily] said...

sy pun de tgk katun ni dlm paper..
huhuhu... bkn stakat otomen pn lari, satria perkasa itam, doraemon, sin chan pn lari..
huhuhu.. leh jd bahan lawak plak .. apadaaa

kak ina kl said...

apa nak buat..dah terlajak di siarkan..redha ajerlah kan..terlajak perahu boleh di undur terlajak dah siarkan katun nak buat camner kan.


ooo kamu pun ex sek puteri titiwangsa ek..best kan sekolah tu walaupun nak msk ke dlm agak jauh dari jalan besar. dulu lagi best dari sekarang ni.tak ada library dan istana budaya.

betul tu bila lalu jalan depan sekolah lelaki perasan kan boleh ada yang phewittttttttt

sall said...

Org terlamapu cerdik gi ni la jadinya. Belum kena batang idung dia lg, kalau dah kene jwbnya cecite3x

Han Hanni said...

nk main gurau2 xkena temnpat...

org tgh dilanda musibah, bukan kemahuan dorg kn...

Anonymous said...

BW & folo..

mehla jenguk belog ai..

salam kenal!(^_^)

p?S;setuju sgt...tak sesuai...