Friday, March 18, 2011

Marahkan orang LAMBORGINI jadi mangsa

Assalmmualaikum,
salam Jumaat..

heran betul aku, tau la hang kaya, kot tak puas hati pon jangan lah buat macam ni, adoy..apelah penyakit orang kaya sekarang ya..main hentam jer kalau tak puas hati tu

diorang ni diupah agar merosakkan kereta tersebut kerana kemarahan pemiliknya, tengokk..nak suruh hancurkan kete pon diupah hokay..

agak-agak korang berapa harga kete ni yer? ..

cerita kredit pada ohbulan

Kami mulakan hari ini dengan hobi orang kaya, baru’lah ada feeling vip-vip gitu. Seorang ahli perniagaan China yang berang dengan layanan yang kurang memuaskan hati oleh pusat servis Lamborghini ekoran gagal membaiki kerosakan telah mengupah beberapa orang untuk memecahkan keretanya, menggunakan tukul industri. Fuh!
Difahamkan, pemilik kereta bernilai Usd500 ribu ini sangat kecewa & dia ingin menunjukkan kemarahannya dengan cara yang paling ekstrem, dan bergaya. Kereta tersebut pada mulanya dihantarkan kepada pengedar sekitar bulan November kerana enjin kereta gagal berfungsi. Namun, pihak bengkel gagal membaiki kerosakan tersebut, dan entah macam mana mereka turut merosakkan bumper & chasis kereta berkenaan.
Selepas bertelagah dengan beberapa pengedar serta pemilik Lamborghini yang lain, pemilik kereta ini berkata bahawa satu-satunya cara untuk membela hak pengguna ialah dengan memecahkan keretanya – pada World Consumer Rights Day.


P/s : kot iya pon marah, buang kat laut buat tukun lagik bagus..apadaaaa..

4 comments:

Wan Collection's said...

LAMBORGINI tu weeeeehhh!!!

Anonymous said...

ada baca dalam paper pasal hal ni
ala mesti tuan punye kete ni kaye kan
xheran
bole bli lain hahaha

zahidah dihaz said...

dah banyak sangat duit sampai tak tahu nak buat apa....macam tu lah jadinya....



New Entry: Temubual Cikgu Shida bersama Hot.fm

Unknown said...

baik bagi kat saya... lagi bagus....