Sunday, September 19, 2010

Al-fatihah untuk pelakon M Rajoli

m rajoli meninggal dunia

Pelakon veteran M. Rajoli, 65, yang dilaporkan berada yang dalam keadaan kritikal sebelum ini telah meninggal dunia di Hospital Ampang, Selangor, Jumaat selepas dimasukkan ke hospital itu petang Khamis lalu. Menurut adik ipar Allahyarham, Mohlis Md. Din,47, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.45 malam, 17 September 2010 di sisi isterinya Hassimah Mat Din dan anak bongsunya, Mohd. Arif.


Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur sebelum solat Zohor 18 September 2010. M. Rajoli disahkan menghidap kanser di kelenjar otak atau lymphoma sejak tiga tahun lalu dan dijaga sepenuhnya oleh isteri pertamanya, Hassimah Mat Din. -mStar

Minat dengan lakonannya yang membawa seribu makna, kepemergianmu tiada pengantinya, al Fatihah buat Arwah dan salam takziah kepada keluarga arwah.

Marilah kita sedekah Al Fatihah kepada Allahyarham M Rajoli.



2 comments:

Bella Enveeus said...

Al-Fatihah.. Takziah kepada keluarga beliau.. Ya, dah lama sakit nya, kesian juga melihatnya selepas disahkan sakit, sungguh berbeza keadaannya berbanding waktu sihat.. Haih.. Segalanya ketentuan Allah.. :(

[leily.laily] said...

Alfatihah tuk Arwah..
semoga rohnya dicucuri rahmat.