Wednesday, December 15, 2010

Kisah Pontianak TUNTUT Janji





Baru seminggu yg lalu, Norman berjalan menuju ke sebuah kubur dan mencabut paku yg berkarat sepanjang sepuluh inci dr batu nisan itu. Selepas itu dia mengeluarkan sehelai benang putih yg diikat bersama dgn jarum lalu dicucuknya kedalam sebatang pokok pisang berdekatan dgn kubur itu.

Di penghujung benang pula, dia ikatkan dgn cawan kertas. Beberapa saat kemudian, Norman dapat merasakan gegaran yg sangat kuat. Bumi dibawahnya merekah dan perlahan-perlahan asap tebal, mengaburi mata Norman. Norman dapati disebalik asap tebal itu kelihatan sejengkang mayat.

Norman dapati mayat itu mempunyai raut wajah muka yg cantik. Norman meraba-raba belakang tengkok mayat itu. Ada sepucuk paku terpacak di tengkok mayat itu. Norman mengeluarkan paku itu. Mayat itu bangkit dan mengilai sekuat hatinya. Oleh kerana Norman bersusah-payah membebaskan pontianak itu, Norman telah meminta sesuatu sebagai ganjaran buat dirinya. Pontianak itu mengilai dgn lebih kuat setelah mendengar permintaan Norman.
Pontianak itu memberi Norman empat nombor dgn dua syarat yg mesti dipatuhi.

Pertama, nombor yg dibelinya hanya boleh dibeli dgn wang gadaian rantai emas isteri Norman sendiri.
Kedua, pontianak itu menyatakan bahawa dia minat makan buah. Dia mahukan Norman membawa tujuh biji buah tembikai berlainan saiz. Norman gelihati mendengar syarat yg kedua itu. dia telah berjanji akan membawakan untuk pontianak.

Satu minggu telah pun berlalu. Norman telah menunaikkan syarat yg pertama. Pada hari ini dia akan menunaikan syarat yg kedua pula. Apabila sampai di kawasan perkuburan itu, Norman berasa marah krn penantiannya tidak mendatangkan sebarang hasil. Dia meninggalkan tujuh biji buah tembiakai yg dijanjikannya ditepi kubur itu. Norman berjalan perlahan-lahan ke keretanya. Baru jarak lima meter dia berjalan, dia dapati seperti ada mata yg memandang ke arahnya lalu dia pun pusing ke belakang.
Kelihatan diatas pokok itu si pontianak yg dinanti-nantikannya.

"Kau nak pergi macam gitu aje? Tak ucap terima kasih?"tanya pontianak itu. "Aku tunggu kau lebih dr empat jam, tapi kau tak datang!" "Kau menang tempat pertamakan?" "Yalah!"jawab Norman dgn gembira. "Kau tahu Norman, aku sunyi kat sini,"dia cuba menggoda Norman.

"Jadi?"Norman menjawab dgn tenang. "Aku ingat kalau kau mati kau boleh temankan aku... he! he! he!" "Tapi itu semua tak ada dalam perjanjian kita!" "Kau dapat banyak Norman. Tapi aku dapat apa?"pontianak itu lantang bersuara sambil turun dr pokok itu dan berdiri dihadapan Norman.

"Aku dah bawakan tujuh biji buah tembikai yg kau pesan, apalagi yg kau mahu? Ingat, aku yg bebaskan kau!" "Aku ingat kau sukakan aku! "hilaiannya menjadi kuat dan nyaring. "Kau jangan main-main dgn aku. Paku yg aku cabut dr kepala kau masih ada, aku boleh paku kau masuk balik dalam kubur kau" "Kau memang berani Norman Kau nak nombor lagi tak?" "Apasal kau tanya?" "Aku ingin sekali jumpa kau Norman. Siapa tahu nanti kau tinggal dgn aku" "Aku fikirkan dulu. Boleh aku balik sekarang?" "Macamana pulak dgn buah-buah tembikai tu? "sambil menunjukkan ke arah buah itu. "Setahu aku kau yg nak semua buah tu kan?" "Aku dah makan Norman. Kau boleh ambik balik buah tu" "Itu semua kau punya. Kalau kau tak mahu makan, biarkan jelah buah tu busuk. Aku tak peduli" "Kau nak semua buah ni busuk?"tanya si pontianak dengan marah sekali. "Aku nak balik sekarang"Norman pun terus pusing dan menuju ke arah keretanya. "Selamat tinggal Norman. Datang lagilah kalau kau nak lagi nombor. He! he! he!"

Mahu sahaja Norman membuka langkah seribu dan terus lari dr situ. Dia dapat merasakan ada sesuatu yg mengekorinya. Terlalu dekat. Dekat sungguh benda yg mengekorinya kalau tidak manakan boleh pernafasannya dapat dirasai Norman. Norman tahu, kalau dia pusing ke belakang, dia akan menerima satu tamparan. Oleh kerana takut, Norman memandu keretanya dengan laju seperti orang gila. Dia terus memandu ke Pantai West Coast.

Disebabkan terlalu penat dan mengantuk, Norman pun memberhentikan keretanya. Norman mengeluarkan kertas dr dompetnya sekali lagi untuk memastikan yg dia telah memenangi di tempat pertama. Pada keesokkan harinya, Norman tiba di rumahnya pada pukul sembilan pagi. Dihadapan rumahnya sesak dipenuhi dgn pengunjung2. Dia masih tidak tahu apa yg terjadi.

Sebaik sahaja dia menjejakkan kakinya ke dalam rumahnya, dua pegawai telah menyambutnya. Setelah mendengar penjelasan drpd mereka berdua, Norman terus menuju ka arah bilik tersebut. iatas lantai, tujuh jengkang mayat yg rupa mereka amat menyayatkan hati Norman.

Isterinya dan dua orang anaknya, ibunya yg telah uzur, adik lelakinya bersama dgn isteri dan anak kecil mereka yg berusia enam bulan,semuanya menjadi mangsa pembunuhan itu. Kepala mereka dipatahkan. Muka mereka pula hampir tidak kelihatan akibat drpd cekauan si pembunuh. Norman begitu terkejut sekali apabila mendapat tahu bahawa, pegawai itu berkata bahawa tiada pergelutan yg berlaku dan perkara ini terjadi di dalam satu bilik sahaja.

Apabila ambulan tiba untuk mengambil mayat tersebut, baru Norman tersedar apa sebenarnya yg telah terjadi. Baru dia ingat akan kata-kata si pontianak itu bahawa dia tidak mahukan kesemua buah2 itu. Apa yg dia mahukan hanyalah tujuh kepala manusia.

So... Moral of the story :-
sape suruh DEAL ngan SETAN?!! Deal ngan manusia jer la... pastu.. sape suruh Main nombor?? main laa... computer games ke.. bricks games ke.. hehehe

6 comments:

ijatnuar87 said...

mintak dijauhkan dari semua nih....

Sidratul Muntaha said...

angker betul la..
ni dari mana ko petik syah?

Zaidah said...

betul ker nie....heeeeeeee

az rina a.k.a jaijina said...

tak berani nak bace cerita ni sampai abih, takotttttt..

AngahSayang2314 said...

bole percaya ke???

ummi sofiyyah said...

ingatkan citer kelakar rupanya citer serammm..!!!