Friday, April 29, 2011

Perkara sunat pada hari jumaat


Assalammualaikum
Alhamdulillah, akhirnya sampai juga ke hari segala penghulu hari, Hari jumaat yg indah..moga hari ini berlalu dgn penuh amalan dan kebaikan..

start esok best la semua kan, mesti ramai yg planning nk balik kampung sebab cuti 3 hari ni, selamat hari pekerja semua..moga kita semua menjadi pekerja yg cemerlang dan bekerja seikhlasnya.. dan selamat bercuti juga pada kalian semua..berhati-hatilah dgn setiap apa yg di lakukan.

Esok aku pon akan bercuti selama 3 hari..pulang ke kampung encik ady..dan aku juga akan menghadiri kenduri kawen di pekan pahang, boleh rasanya nak pekene ikan patin seekor dua, atau pon singgah ke pekan sehari mencari ulam dan ikan pekasam..buat ole-ole ibu tercinta,moga perjalanan selamat pergi dan balik selamat khendakNYA..insyaAllah


pagi ni antara perkara sunat yg aku nk buat adalah..


jap lagi nak pinjam org depan meja pengetip kuku..huhu,,lepas ni nk carik port yg best punya..mana lah gamaknya aku nk landing jap lagik ni..


Additional info 
copy dari belog  http://sumimie.blogspot.com/

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis 2] jari kelingking (anak jari) 

dan jangan memakai pada jari 1] jari tengah 2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

p/s : pepagi dh kene konseling ngan boss..sib baik sok cuti..lalalaa

1 comment:

jaya jr said...

jom amalkan sunnah Rasulullah dalam memotong kuku..alang2 potong,baik potong niat beribadah,mengikut sunnah..lagi bes kn..hihi