Wednesday, February 23, 2011

wah..gamba Cute Mum ader kat heartbeat la

Assalammualaikum

tadi masa tengah dok jengah-jengah blog korang, tuk OPS klik HB, tetiba tertengok gambo cute mum jadik testimoni kat situ...

jom baca



rasanya, lepas ni tengah berkira-kira nak cari folower beruah dlm blog ni..lepas tu bagi hadiah macam yg cute mum pegang tu kan..mug tu laa.. pastu boleh la tepek gambo korang..emm..bagus tuuu

P/s : entri auto publish je
tgh on the way ke sentul

Cuti la hari ni

Assalammualaikum

Baru dapat update skit hari ni, hehe..biasanya auto publish jer, tapi kan hari ni cuti..my pengasuh dah start bercuti, sebab anak dia nk kawin this weekend..jawapnya budak kecik ni terpaksa di antor ke rumah my mom kat sentul..En Ady pulak keje hari ni.. so, kene la drive sendirik pegi sentul..aiseyment cuaca sgt hot pulak kat luar tuu..nk tak nk.. kene pegi gak..kalau lmbt sgt, takut susah nk parking kete kat umah my mom..huhu..

sebab si kecik ni tgh tidor..boleh la nk update skit..
kalau tak jgnnnn harap la, compem kene layan abc & alif ba ta dia


okay la..nanti dah smpai sana baru update citer lain, kalau ikutkan nak jer cuti 3 hari ni, tapi apakan daya, cuti tahunan ader kuota...bulan ni boleh amik 2 hari jer..emmm

Tuesday, February 22, 2011

(Gambar) Bob Lokman Sertai PAS, Parti Islam SeMalaysia.

Assalammualaikum

kalau ader yg tgk raja lawak hari tu, mesti perasa yg bob lokman tarik diri dari jadi juri kan.. pastu perasan tak dahi dia ader bertanda itam..maybe perubahan ni lepas kawan baik dia meninggal dunia, sapa lagik kalau bukan arwah din beramboi(al-fatihah)

sejuk je hati bila tgok ader yg dpt hidayah dr Allah s.w.t..kan, memang rezeki dia betul ..kita doakan yg terbaik tuk abg bob lokman...moga menjadik insan yg lebih berguna tuk agama islam yg  tercinta..amin

yg kat tengah tu la, abg bob lokman


Kenapa Bob Lokman sertai PAS
Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 21 Feb: Pada 19 Februari lalu, pelakon dan penulis lirik terkenal 
Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman mengejutkan banyak
pihak apabila menyerahkan borang menjadi ahli PAS.


Beliau menyerahkan borang itu kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, 
Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang juga Menteri Besar Kedah pada majlis
 Himpunan 30 ribu Pemuda PAS, di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar, kelmarin.
Bob, penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Amy Search bukanlah artis
 pertama yang menyertai PAS.

Harakahdaily: Apa yang menyebabkan saudara Bob terdorong untuk memilih
 dan menyertai PAS?
Bob Lokman: Sebab saya rasa ada masalah dengan sistem kehidupan. 
Saya nak mendidik anak saya dengan jalan Islam tetapi dia ada masalah dengan
 sistem persekolahan,sistem pergaulan, dan sistem masyarakat.
Bila saya di rumah suruh dia sembahyang, di luar ada kumpulan yang suruh 
dia buat benda lagha. 

Masa saya muda dulu saya tak sedar, dan itu berlaku pada anak saya sekarang, dan 
sekarang sara rasa tanggungjawab pada anak.
Tengok anak kita tidak menjadikan Allah nombor satu... 
dia duk ikut ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’, pada hal Allah nombor satu,
 takwa diutamakan tapi anak-kita tak tahu.



p/s : yg baik dtg dari Allah s.w.t dan yg buruk adalah dr diri sendiri..allahualam..
100% agree dgn ape yg abg bob ni cakap..

Siti Sarah Akan Berkahwin Hujung Minggu Ini.

Assalammualaikumm..

dulu minat gak dgn siti sarah. sebab suara dia sedap gak di dengar..skrg ni..takde dah nk minat artis kat malaysia ni, sebab apa?..tah laaa..

tapi bila ader yg nk mendirikan masjid, kita kenelah doakan moga jodoh tu panjang dan hidup tu ceria dan seronok bila berumahtangga..org nk bina masjid.. eloklah..alhamdulillah..kan..kan


Selepas kisah pertunangan Siti Sarah & Shuib (Sepah Raja Lawak) tersiar dalam laman-laman blog akhir tahun lepas, mereka berdua ada bercadang untuk melangsungkan perkahwinan pada 15 Januari 2011. Namun, hasrat tersebut ditundakan seketika kerana masing-masing ada komitmen kerja.
Dalam diam-diam, sumber kami yang otai telah berjaya menghidu tarikh sebenar perkahwinan Siti Sarah & Shuib. Mereka berdua dijangkakan akan menamatkan zaman bujang dengan melangsungkan perkahwinan pada hujung minggu ini (26 Februari 2011) di Jeumpa’ D’Ramo, Bangsar Kuala Lumpur. Pelik juga, cerita perkahwinan mereka tidak diwar-warkan seperti selebriti yang lain.
Imbas kembali, sebelum ini Siti Sarah meminta Shuib untuk merahsiakan pertunangan mereka kerana enggan peristiwa putus tunang berulang kembali. Siti Sarah pernah bertunang dengan mat saleh, namun diputuskan sekerat jalan.
Percaya atau tidak, kita tunggu sahaja gambar-gambar perkahwinan Siti Sarah hujung minggu ini.Enjoice!


P/s : ujun minggu ni dah ader 2 jemputan kawin..
mak aii..mana la yg nk diterjah dulu ya, hadiah pon kene prepare 2 bijik gak ni



Monday, February 21, 2011

Mandi Manda di Lubuk Manggis - Part 2

Assalammualaikum

hah..kan sblm ni entri tentang tempat mandi manda, korang dah tengok ayer sungai bersih dan jernih kan, kali ni nak cerita tentang xtvt kami kat sini

memula sampai aku mintak en.Ady siapkan tempat nak memanggang ayam dgn ikan, maklumlah kami ni kalau pi berkelah, tak sah kalau tak buat bbq..banyak mulut yg nk di bagi makan..ni termasuk lah yg tukang tulis kuat makan, saje jer suruh en.Ady ni posing..aku suruh senyum, pastu dia pon buat aksi camgituu

dah namanya pon anak beranak, budak kecik ni pon aku suruh senyumm..korang tgk tangan dia letak kat mana??.. sabo jelah..like father like son..

 

bila arang dah panas, apalagik..BBQ time, masa bakar memang sronok beb, kalau beli maunya puluh ringgit gak abis, tapi bila masak sendiri ..baru jer 35 hinggit abis..2 ekor ayam dan 10 ekor ikan cengcaru..beli kat NSK..memang berbaloi


 jgn terkejut..Family aku ni ramai..kalau berkumpul dah ader dekat 11 orag dewasa.. budak-bdak ader 3 jer..tapi dah nama pon berkelah kan, korang tengok la makanan yg di bawa dr rumah ada gak di masak masak kat situ..mmg kaki makan betul family aku ni..hehe
macam-macam ada..dari nasi, ayam bakar,ikan  bakar,sambal sardin, sambal udang, nugget, fishball nugget,sayur campur,kopok dan sambal belacan, tu belum kira jajan yg adik2 aku bawak...




Mandi time
aku tepek gambo jelah ye..korang layan laa











End of story..tempat ni memang best, kalau takat nak buat gathering utk family, mmg berbaloi dan sesuai, tak rugi keluar duit dan masa, sangat-sangat best kalau nk layan tempat ni.. insyaAllah...

P/s : balik dari mandi manda, satu family "flat", penat main air waktu siang..tapi berbaloi


Mandi Manda di Lubuk Manggis - Part 1

Assalammualaikum

Korang penah pegi mandi manda kat lubuk manggis, hulu langat.??, aku pon sebenarnya baru je tau yg ade lubuk manggis kat hulu langgat,slgor tu, maklumlah bulan 6 ni, my sis nk kawin dgn org situ, so..bakal adik ipar aku ni pon bawak my family pegi  mandi manda..ayik2 mandi kat kolam renang jer, sekali sekali mandi sungai pon best apa..

Nak tengok keindahan lubuk manggis tak??..kat sini aku tepek picture sungai tu...btw memang sungai ni sejuk,ayer sangat jernih dan bersih, persekitaran pon nyaman..siap ada pondok tuk disewa lagik..bolehlah takat nk tidur, baring-baring dan solat kat dlm tuu..senang je kan..tak payah pegi mana2..toilet pon ader..

jom layan gambo lubuk manggis, hulu langat selangor








hah..korang dah tengok kan gambar sungai yg aku tepek tuu..cantik tak ayer dia? kalau takat templer park rawang, kirim salam la...kat sini 10 kali ganda cantik dan bersih.. tapi sewa pondok agak mahal skit..dlm RM30 hinggit..sib baik org tak ramai..jadiknya..bayar 30 hinggit tu..kami guna 3 khemah skali gus..hehe..harap pakcik tu halalkan..bole ye pakcikk..






sekian dulu entri mandi manda ni..kalau nk tengok lagiikk stay tune for part no 2..kejap je lagikk.. maklumlah gambo byk sangat yg nk di upload..oklah..nanti smbg lagik..

p/s : entry auto publish 
apelah agaknya mood korang hari ni ya??

KWSP bagi dividen tinggi tahun 2010

Assalammualaikum

tahun lepas KWSP hanya 5.65% (2009)v..tapi this year naik sebanyak 0.15%(2010) iaitu sebanyak 5.8%..hah, manyak untung kan..rezeki tu, walaupun tak nmpk, tapi bila kita dah tua nanti, ini lah yg akan menjamin kehidupan kita sbg pekerja swasta..kalau keje qomen lainlah..diorang ader skim pencen..



KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen 5.8 peratus untuk ahlinya bagi tahun kewangan berakhir Disember 31, 2010, naik 15 mata asas, berbanding kadar 5.65 peratus yang dibayar pada 2009.Ia merupakan bayaran dividen tertinggi yang pernah dicapai dana persaraan itu iaitu sebanyak RM21.61 bilion, peningkatan 11.55 peratus berbanding bayaran dividen RM19.37 bilion pada 2009.

Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan pada Ahad berkata pencapaian itu menggambarkan tahun yang memberangsangkan di mana pendapatan pelaburan kasar dana persaraan itu mencecah rekod tertinggi dalam sejarah sebanyak RM24.06 bilion.Ia merupakan peningkatan 39.76 peratus berbanding RM17.22 bilion pendapatan pelaburan kasar yang dicatatkan pada 2009, katanya.

"Pendapatan pelaburan memberangsangkan yang dicapai pada tahun 2010 dijana terutamanya daripada prestasi pelaburan ekuiti. Suasana kewangan dan ekonomi yang bertambah baik menyediakan pasaran dengan kecairan mencukupi lalu membenarkan aktiviti pengambilan untung sepanjang tahun," katanya.

"Bayaran dividen ini diperoleh setelah ditolak elaun rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan, perbelanjaan pelaburan, perbelanjaan operasi dan caj berkanun serta bayaran dividen pengeluaran," katanya.Samsudin berkata untuk bayaran dividen 2010, KWSP memerlukan RM3.73 bilion bagi membayar setiap satu peratus kadar dividen berikutan peningkatan dalam bilangan ahli.

Jumlah itu meningkat 8.67 peratus berbanding RM3.43 bilion yang dibayar untuk satu peratus kadar dividen pada tahun 2009, katanya.Beliau berkata walaupun KWSP optimis bahawa momentum yang positif ini akan berterusan pada 2011, namun prospek untuk tahun ini akan terus bergantung kepada kekukuhan ekonomi domestik dan antarabangsa.

"Sebagai tabung persaraan, KWSP akan mengekalkan matlamat untuk melabur mengikut objektif strategiknya dan pada masa yang sama mengambil inisiatif pengurusan risiko yang ketat bagi menguruskan secara berkesan sebarang ketidak tentuan dan ancaman yang dihadapi," katanya.

Ahli boleh mendapatkan Penyata Kira-Kira KWSP untuk menyemak pengkreditan dividen 2010 melalui kiosk KWSP, kaunter atau i-Akaun mulai Isnin. - BERNAMA



detail ada kat SINI 

P/s : start bulan januari..dividen di naikkan menjadi 11%..sblm ni kan 9% jer..dan majikan masih kekal sbyk 12%,  alhamdulillah..walaupun potong lebeh skit, itu kan aset di masa tua..insyaAllah..



Saturday, February 19, 2011

jom la makan desert, 50% diskaun tau

Assalammualaikum

sekarang kan cuaca agak panas skit..so, kalau korang nk cari desert yg best dan sedap..jom la singgah kota damansara.. bnyak tu diskaun..kalau 20 hinggit harganya..lepas diskaun mesti tinggal soploh inggit jer kan..
My Honeymoon Story


macam-macam ada , lebih 100 menu desert yg disediakan..
antaranya..

Mellow Fellow (RM16) with colorful arrangements of jellies, fruit cubes, paper thin & crunchy pastry topped with a scoop of ice cream with blueberry syrup, or their famous Mango based desserts using only Luzon Mangoes of the Phillipines such as the


Mango pancakes (RM9),
Mango Special Adzuki Bean Drink (RM9), 
Mango Glutinous Roll (RM9, Mango Cream with Sago and Pomelo (RM12)


 Durian Pancake (RM9) is a must. With a combo of creamy whipped cream and durian Raja Kunyit, this melt in your mouth dessert is a winner.  

You can visit their outlets at One Utama, Kepong, Pavillion KL, Sunway Pyramid and Puchong IOI Boulevard and be rest assured that the taste would be the same. This is because a chef prepares all the desserts at the centralized kitchen and then distributed to the outlets.

Not to be missed are their Sweet Ball Peanut Cream (RM8),
 Marble Soy Bean Curd (RM6),
 Colourful Granulated Ice (RM7) and Couple Slurped (RM8).



hah..aper tunggu lagi jom la pegi, lepas pi sana, sila tepek gambo desert yg korang makan k..nk gak tengokk..hehe

p/s : tapii..tak sure ler kedai ni halal ker tak..sila bagitau kalau ada yg tahuuu k..

entri autopublish
masih bermain ayer di sungai gabai, hulu langat..


tak menang pon dapat tiket wayang Free..

Assalammualaikum..

hari tu kan join contest nuffnang..saje jer join sebab manalah tau kalau tak menang pon, dpt something free macam contest water splash hari tu..dpt masuk sunway lagoon free jer..rezeki betul..


tau tak contest apa??, hah ni lah contest tu CLICK SINI 

thanks jugak la sebab kasik tiket wayang free tuk 2 org, tah bila aku nk pegi sana, pos kan ajer tak boleh ker? hehe..dah bagik free, byk pulak citernye pulak..



rasanya ramai yg dapat gak...agak-agak korang, citer ape yg nak di tengok nanti yer..??
aku pon tidak tahuuuu...

P/s : entri auto publish
skrg tengah mandi sungai kat sg. manggis ulu langat..balik karang baru citer k


Friday, February 18, 2011

Hadiah dari peterekha yg tak di sangka

Assalammualaikum

baru jer hari tu menang lucky draw dari blog Peterekha..tak sangka sungguh, cepat betui dia pos hadiah..bukannya macam aku, ade jelah problem alasan..selalu jer lambat kalau bab nk pos hadiah korang..
rupanya cik rekha kita ni mix china + india...patutlah cantik semacam..hehe..bodek..bodek

nak tau ape yg aku received pagi tadik..jeng..jeng..jeng

memula buat muka confius skit..
maklumlah menang angpow..picit2 envelop..rasa mcm tiket or voucher


Pastu bila buka envelop
owhh..rupanya ada angpow merah, tahun arnab lagikk


 posing skit ngan angpow tuuu

jeng..jeng..jeng
rupanya ada duit laaa
wah..masyukk..masyukkk..


dlm ni ada DUIT CASH sebanyak RM10 0.00..hehe soploh je..
itupon muka aku dh happy
niat tahun ni kalau ader rezeki duit cash mmg nak masuk dlm akaun tabung haji si kecik
boleh la kalau takat nk buat belanja dia bila nk masuk U nanti
insyaAllah

too peterekha..thanks a lot dear
kiss from me to u and your mama, coz selected me as winner..

Ada yg bertanya.. buat blog boleh dpt duit ker?

Assalammualaikum

semalam dalam dok sibuk2 buat keje..ade la sorang budak baru masuk keje tanya aku, "akak...akak ada blog ye"..dengan muka ala-ala karisma kapor buat-buat terkejut..hehe, aku cakap la ade.."blog kecik jer", "kenapa tanya?.."..konon-konon dlm hati berbungga la skit, sebab kat opis ni tak ramai blogger..cuma adelah 2, 3 kerat kan.. yg lain pengikut tegar FB adelah..

dia cakap, kawan dia buat blog, pastu dapt duit sebab buat iklan dan masuk contest .. pastu kawan dia ckp boleh menang hadiah macam-macam, lagik skali, aku pon buat-buat muka  terkejut..tapi kali ni control penapasan, sebab macam banyak jer nk story kat budak ni.. yelah, blog kecik aku ni pon ader gak dpt duit dari nuff dan contest kan..hadiah pon adelah jugak..walaupun tak sehebat cute mum or MZ or Nana..tapi adelah skit..alih-alih...jeng..jeng..jeng..

boss kat belakang aku laa..dengan gigih aku amik pen, pastu tulis kat kertas formula nak kira power dan current yg konon-konon budak tu tanya..lalalaaa..abis kantoi..baru nk bukak drama swasta citer " aku dgn blog" ngeheeee 

takpe lah dik..nanti free kita sambung lagik k.. banyak nk citer ngan ko ni..tapi bila la masa free tu yee..last-last aku cakap ngan adik  tu "dah..dah..pi kacau org lain pulak,akak bz ni dik, program x siap2 lagik..sambil jeling-jeling boss kat belakang ..

adehhh..kantoi la pulak..ampun bossss

P/s : masa nk mengodek blog hanya waktu malam jer....
siang aku just bukak guna H/phone..tapi tak boleh komen yee..


dah seminggu batuk..akhirnya mengalah dengan si CC

Assalamualaikum

Tekak ni dah perit sejak hari sabtu lepas, ni penangan minum ais la agaknya.. last2 dapat gak batuk.. ni tahap tak serius lagik la..boleh batuk2 manja lagi waktu lalu depan boss..hehe, bukan apa, nanti boss ingat aku dah nak gol pulak bila batuk beria-ria depan dia..maunya dia suruh cuti.. macam la tak suka cuti

telan punya telan ubat batuk, sampai dh nak abis sebotol..last-last aku giveup..aku tak boleh nak telan dah ubat batuk ni, kes penakut makan ubat sebenarnya..aku suruh encek Ady yg tengah layan bola pi kedai beli bende ni...

ni amik kat goggle jer
kalau boleh beli yg botol..goncang kasi buang gas dia..
karang ader pulak terkepit-kepit yg sibuk nk buang angin..ngehee


tahaun lepas penah kene batuk tahap kronik..tiap kali batuk, macam nk terkeluar usus dlm perut.. telan ubat batuk 2 botol dan ubat pil 2 peket..tak jalan-jalan gak..

ada yg suruh minum air kembang semangkuk la...
suruh telan madu pagi-pagi..
makan telur kampung la..
macam-macam la yg aku buat..

last-last, aku pi beli aiskrim mangkuk yg satu 2 ringgit tu..dan sebotol coca cola botol besar.. cukup 2 hari aku abiskan air ni..hilang terus batuk tuu..

eskrem mangkuk macam ni k
beli 2 ketul


bukan eskrem ni tau
yg ni buat membesarkan body bolehlah

aku mmg tak berapa suka minum coke ni, sebabnya, kat department aku..dorang guna coke buat rendam parts "die"  yg dah karat,kesan panas yg melampau.. 2 hari je..ilang semua karat tu..jadiknya..coke ni, my last choice ok..harap sangat 2 hari lagik sembuhla batuk ni..amin

p/s : mlm nanti baru update lagi senarai peserta..
terima kasih pada yg bagi semangat pasal kes malam tadik..hilang dah sedey tuu