Friday, March 04, 2011

Hanya kerana 20sen

Assalam'mualaikum wrt
Salam jumaat semua..

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk didalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.
"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan
berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah! !!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20sen!!!.
gambar si kecik..sebagai hiasan cerita..

Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa diatas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagaitingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

" DUNIA sebagai ALAT
AKHIRAT sebagai MATLAMAT "

P/s :  pernah ker kita berlaku jujur walaupun nilainya hanya sedikit ??..
tepuk dada..tanya iman..

Ya! Allah YA Tuhanku, KAU kuatkanlah iman dan taqwaku, dlm mengharungi kehidupan di duniaMu ini...amin


5 comments:

zahidah dihaz said...

tazkirah untuk hari jumaat...thank for sharing...


New Entry: [Gambar] SNSD a.k.a Girl Generation di Bako

r|nA @ ja|j|na said...

kalaulah kite di tempt imam tu, ape ek kite akan buat? ermm, aulahhwa`lam..

cikpuanhady said...

nice sharing..two thumbs up..kekadang benda2 camni kita ambil remeh kan..

dah klik hb..

Jom skodeng :Notre Belle Histoire

Jom skodeng :Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Meh klik sini

SHAFIDA said...

bila baca jawapan pemandu bas tupun..hati saya berdegup kencang..hus...takutnyakan...

Tasseri Enterprise said...

so, jangan runtuhkan nilai yang ada dalam diri kita dengan buat pengecualian sebab kita 'malas' atau rasa tak berbaloi