Thursday, March 24, 2011

Miera Liyana: Biar Tuhan Sahaja Yang Judge Saya

Assalammualaikum

Tak tahulah apa nak jadi dgn gegirl sekarang, berpakaian menjolok mata, biar ajer semua orang tengok FREE badan yg berpakaian ala2 macam org tak beagama..kesian sungguh mereka ini, astafirullahhalazimm..minta sangat bende2 macam ni dijauhkan dari keluarga aku..

dah lah !.. malas nak komen lagi..korang tengok jer la sendiri..tapi kat blog aku ni, saja jer aku senser bende kat dada dia tu..tapi kalau korang teringin sangat..sila lah terjah SINI

dan yg lagik best..gaun ni dibuat oleh, jantan yg bernama Wan..adeh..yg buat pon org melayu gak..
apalah nk jadik dgn dunia skrg..patut BAN kan ajer org2 mcm ni, rosak masyarakat skrg ni..


KUALA LUMPUR, 23 MAC 2011: Biarpun pelakon, Miera Liyana, 18, sudahpun memberi penjelasan serta membuat permohonan maaf secara terbuka atas perlakuannya yang tidak sengaja apabila mengenakan gaun yang terlalu seksi sehingga menimbulkan kontroversi ketika menghadiri majlis makan malam Golden Gala anjuran Rafflesia& Mandalay di Hotel Le Meridien pada Jumaat lalu, namun masih ramai lagi pihak yang tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikannya.
Malah, masih ada segelintir pihak yang berterus-terusan mengecamnya dirinya. Apa tidaknya, alasannya yang diberikan bahawa dia tidak perasaan bahawa gaun ciptaan Wan Huzairil itu nampak seksi ketika mengambilnya pada waktu petang tanpa sempat mencubanya terlebih dulu dianggap sebagai tidak logik.



 P/s : malas nk copy panjang2..tak memberi manafaat pon..huhu


13 comments:

Ezzah Memo said...

manusia tak terlepas buat silap. :)

nad said...

masalahnya alasan yag diberi ~ 'nampak sket je' macam org tak bersekolah

pastu mintak maaf bukan sbb mak pak nya marah @ takutkan Allah.. tapi sbb takutkan orang ramai yg dok heboh kecoh2 pasal dia

astaghfirullah.....

LYAfrina said...

ermmmmm??????

semdiri fikir la kan...

r|nA @ ja|j|na said...

inilah artis..bile dah terkena mcm ni pandai pulak nak menjawab, pandai pulak nak cakap pasal Tuhanlah, agamalah..nmpk sgt mempermain²kan Islam..

mmg geram betul dgn artis mcm ni, hipokrit je lebih..ishhh, aris bukan boleh di buat role model pon..

mummy_ayu said...

ada gak tgk pic awek nie.memang seksi..takut tgk...

Unknown said...

i'm speechless... jangan sesekali kita memperjudikan agama sendiri... tak baik... tahu yang Allah itu Maha Pengampun tapi jangan kerana itu kita berkelakuan buruk...

mizayusof said...

pereka fesyen pun perlu mainkan peranan untuk reka baju yang tak terdedah sana sini.

artis pun satu jugak, depa main pilih ja baju konon nak ikut hollywood. sekarang bila kontroversi diri sendiri jugak yang susah walaupun beribu alasan yang diberi tetap dimakin hamun.

pasal kes miera ni takmau komen apalah. dia yang pilih nak pakai baju macam tu, sekarang kena terimalah hentaman dan kata-kata tohmahan daripada masyarakat.

lepas ni pilih baju kurung macam anna rafali tu ke. sejuk je mata memandang :)

CiK Jue aka ibu FarisYah said...

sakit hati mula2 tengok gambar nie....

Bionic women said...

kalau itu ler gaya pakaiannya, apalah lagi nak tunggu tuhan jugde..memang x komform berdosa ler..
hadoooo..artis kan selalu jawab men sedap mulut jer..mcm x takut tuhan langsung

eima said...

sape budak nih .. tak kenai la ...
tak glemer saje cr publisiti murahan

Suziey Ahmad said...

haih..mengucap panjang...

zahidah dihaz said...

saya pelik, kenapa dulu faizal tahir buka baju masa konsert kena hukuman, tetapi artis perempuan yang pakaian mendedah sini sana tak pula kena..



New Entry: Tarikh mengundi bagi Negeri Sarawak

maszmadi said...

hm, pelakon ni berlakon cerita ape yerk.....?

pssst: pinjam nama aisha untuk n3 baru masz yerk.. hehe