Wednesday, April 13, 2011

2 Kemenangan GA di bulan April

Assalammualaikum

Syukur Alhamdulillah, terima kasih kat cikpuanhady dan  Fadzillah Kamarudin kerna sudi bagitau yg aisha menang GA semalam...hehe.. lup u bebeh..muah..muah..muah.. kihkihkih..

Kemenanangan yg pertama adalah dari belog http://fayadrahim.blogspot.com.. GA di namakan sebagai SUKA DUKA TAWA...huuh..best betul tajuk GA cik fayad kan

nak tgok pemenang yg lain KLIK SINI tau

kemenangan yg kedua, "Posing with your love one GA"....dan GA ni anjuran dari zura, Alhamdulillah, masih jua rezeki aisha dan hariz, suka sangat bila menang mana-mana GA dan contest..lagi-lagi yg melibatkan gambo aisha dan hariz..hehe..seyes tak penah menang wey..

nak tengok senarai pemenang yg lain, sila KLIK SINI

menang No 3 dan amat2 bersyukur sgt..hehe..terima kasih ya zura dan kesemua penaja GA ni, moga murah rezeki kalian..amin

P/s : cik abg cakap, kenapa lepas senaman pon, hanya jari-jari jer kurus, muka still bulan lagik? hehe..nk perli aku ler tu...aku kan suka mengadap lappy mlm2...


3 wanita berpurdah ditangkap di Paris

Assalammualaikum

kesian sungguh dgn wanita seagama kita, nk memakai purdah pon kene tangkap..nasib baik la tak jadi kat malaysia, kalau tau, kot-kot aku ler salah seorang yg akan duk berpiket sekali nanti..hehe

mintak dijauhkanlah dari bumi malaysia, hak kebebasan utk beragama itu patut di hormati oleh semua bangsa..selami dulu kenapa wanita berpurdah, baru la ko akan tahu..


PARIS: Polis semalam menangkap dua wanita berpurdah dan beberapa yang lain kerana menunjuk perasaan di depan gereja Notre Dame bagi membantah larangan baru Perancis terhadap pemakaian purdah di tempat awam.
Penangkapan itu dibuat selepas polis bertindak untuk menyuraikan tunjuk perasaan yang tidak mempunyai kebenaran.

“Penangkapan hari ini bukan mengenai pemakaian purdah sebaliknya dibuat kerana tidak mempunyai syarat untuk mengadakan tunjuk perasaan,” kata jurucakap polis, Alexis Marsan.

Dua wanita berpurdah, seorang yang hanya bertudung tanpa menutup mukanya dan seorang penganjur tunjuk perasaan itu ditangkap, kata Marsan. Dalam tunjuk perasaan lain, Rachid Nekkaz dari kumpulan aktivis ‘Jangan Sentuh Perlembagaan Saya’ dan seorang rakan wanita yang memakai purdah ditangkap di depan Istana Elysee.

“Kami mahu didenda kerana memakai purdah tetapi polis tidak mahu mengeluarkan saman,” kata Rachid. - AFP


p/s : teringat kat pengasas sendayu tinggi yg sudah berpurdah lepas balik dari mengerjakan umrah, alhamdulillah..sejuk jer mata memandang

Tuesday, April 12, 2011

Bila Gambo Aku ade kat belog dia...

Assalammualaikum

malam tadi di saat mata sudah mengantuk, katil dah dok panggil soh teman bantal bucuk..hehe, tetiba gatal tangan nk tengok komen yg ada, walaupon dh check sblm tu..dan hati tersangatlah nk bukak jugak link yg diberi oleh seseorang..tak sabo-sabo nak tau sebonarnye

sapa lagi kalau bukan CIK PUAN HADY

rupa-rupanya, cik puan hady atau has, ada buat segmen Belle of The Day..  kat belog dia, huh..sempat lagi tu walaupon tengah dok sibuk kat negara switzerland..beliau sgt rajin mencelok masa tuk buat segmen ni, CPH amik dari list kat bawah, nampak tak nama aku no 3 tu..sgt suka singgah belog dia utk menyebukk..hehe

KLIk SINI utk melihat entri review tersebut





aku suka masuk belog dia sebab cikpuan hady ni sgt rajin jugak join contest yg melibatkan creative entry..hehe,suka skodeng belog dia..(alamak dia dah tau la) , pastu boleh jer nak kenen-kenen FM dari switzerland, untung-untung dapat selori..hehe..

Terima kasih CPHady sebab sudi review belog aisha yg kecik ni, tapi tak sekecik tuan belog dia tau..kihkihkih.. kalau nk berkenalan dgn CPHady kita..silalah singgah ke belog beliau http://www.ceritaindahkami.com . Semoga berjaya didlm semua bidang yg diceburi...amin

ENTRI kreatif aku yg penah menang kat BElog beliau..KLIK SINI



Ada Lagi yg kena.. RM5,000 lesap bahana e-mel

Assalammualaikum

banyak sangat email scam yg disend oleh pengirim yg tidak di kenali, banyak betul penipu yg ada kat dunia ni skrg, semuanya tergila-gilakan duit.. terbaru kes Ayu yg disiarkan dlm akbar mengatakan wang simpanan nya LESAP lepas bukak email yg di kirim pada mail box..dia hanya ikut arahan link tersebut dan mengatakan website tersebut sama seperti lama web bank yg biasa di masuki...

dasat sungguh penyamun skrg ni, tak dpat cara kasar, diorang guna cara IT pulak..hari tu baru jer MZ mention yg adik dia pon kene mcm ni..dan sgt kesian pada sesiapa yg tak alert dgn masalah ni..


laporan polis yg dibuat

dan dlm sehari..ada lebih 20 email yg wajib deleted kat email aku,sebab semua tu SCAM..sorry la tak dpt tunjuk, sebab baru jer delete tadik..sangat bengang dan menyampah dgn email-email macm ni, senang2 jer  nk tipu org sekarang ni..

Teringat masa 4 tahun lepas, salah seorang kawan adik aku kene mcm ni, 8 ribu lesap beb, duit simpanan mak dgn ayah dia yg meniaga roti canai, abis mcm tu ajer..adeh..kesian tgk mak dia meraung tak sudah..masa tu tak pakai email  la, tapi pakai SMS....jahat betul org tu, kalau dpt ikat kat pokok rambutan sebulan, biar padan  muka gigit dik kerengga..hehehe

P/s : sila lah sebarkan kat semua, email jer kat kekawan opis dan mintak diorang panjangkan, Alhamdulillah aku dh tau perkara ni lama dulu...semuanya atas sebab SHARING is CARING



Sudah Jatuh cinta dgn Ashraf Muslim..

Assalammualaikum

seyes aku dah jatuh cinta lagi..kihkihkih...dengan sapa? sapa lagi kalau bukan dgn mamat ni..ehemm...bukan jatuh cinta sampai nk ajak jadi boypren tau, tapi jatuh cinta dgn peribadi beliau sekarang..nak tau kenapa??

sebab di sekarang sudah berubah menjadi manusia yg mendekatkan diri dgn Allah swt..sangat terharu dgn langkah yg diambil..

antara kandungan artikel beliau dlm majalah i

“Saya berharap suatu hari nanti industri perfileman kita akan berubah. Dengan menggunakan teknik-teknik tertentu dan beberapa idea lain, mungkin adegan-adegan di tempat tidur dan rogol misalnya dapat dihindarkan. Walaupun kita tidak menunjukkan secara detail, tetapi dengan kepakaran yang kita ada, mesej yang ingin disampaikan kepada penonton sampai, tanpa perlu mengheret pelakon melakukan hal-hal yang tidak selari dengan kehendak agama.”

artikel penuh ada DISINI


aiseymen..sangat manis bila di lihat lama - lama
hehe..tgok jer..bukan buat ape pon kan..


Ni lah Biodata Ashraf Muslim

NAMA KOMERSIAL: Ashraf Muslim
NAMA SEBENAR: Mohd Ashraf Muslim
TEMPAT LAHIR: Teluk Mas, Melaka
TARIKH LAHIR: 19 September 1981
STATUS: Bujang
TINGGI: 180 sm
BERAT: 67 kg
KERJAYA: Ahli perniagaan, pelakon, pengacara
KELUARGA: Anak sulung daripada tujuh beradik
PENDIDIKAN: Diploma Pentadbiran Perniagaan (Kuala Lumpur Infrastructure University College)
TELEFILEM/SIRI: Impian Illyana, Manjalara, Impak Maksima, Lagu Cinta Kita, Anumerta, UP: Hati, Rumah Depan Sebelah Kedai, Puaka Niyang Rapik, Yusuff, Ilusi, Pasukan Gerak Marin, Dari Mata Ke Hati, Jangan Pandang Belakang (siri)
PROGRAM TV: Shifa, Gadis Melayu 3


P/s : bila tgok muka dia, teringat boypren zaman cinta monyet dulu..kihkihkih..nama pon monyet kan, dgn sapa la dia kawen skrg?? lalalaaaa


Monday, April 11, 2011

Beli kasut RM22 ringgit kat Malaysian SHOE festival

Assalammualaikum

Semalam last day utk hari SHOE festival, ni pon pakcik aku yg bagitau, kalau tak mmg tak jejak la kaki kat tmpt ni..huhu..bila smpai sini, teringat la pulak zaman-zaman muda belia, kurus ramping kihkihkih..keje part time kat PWTC..sangat layan la jugak.. ( pakwe ramai yg berkenan siot time ni..hehe) perasan tahap gaban jap..

acely,mmg best jugak kalau layan exibition kat PWTC, lagik2 time jualan barangan, harga mmg murah la kan, lagik2 last day la pulak...dpt gak rembat kasut harga Rm40 lebih jadikRM22 sahajer lepas diskaun 50%..dan kasut tu sgt selesa, akan di pakai pada waktu  kerja kat opis nanti, mengantikan kasut jenama BATA yg di beli pada harga Rm50..tapi pakai setahun dah hancur berkecai..huhu


Ingat lepas ni, kalau ader exibition kat sana, mmg wajib la kene pegi kalau ada free time kan...dan yg best nya, kalau aku pegi sini..mmg sangat suka bila jumpa member lama yg tgh dok jaga kaunter FOOD..hehe..best la kan, teringat zaman part time dulu-dulu..


bukan kasut jer, beg kulit pon ader

pertandingan menghias kasut
sangat kretif diorang ni..



macam-macam ada kat sini



Ni kasut buatan 100% dari coklat
huhu..besor ya amat..


gambo org penat dan mengantuk
tapi kene heret gak, sebab mak dia nk shopping..huhu


kasut ni buatan darii DATUK Jimmy Choo
ala yg buat kasut utk Puteri Diana tu


ni pon datuk jimmy yg buat


tepek la sekali gambo aku dgn hariz

ni gambo amik sendiri
maapla.. tak jelas sangat..hehe

P/s : kalau pegi shopping barangan berjenama tapi harga murah..huh..amat sesak la dgn org gamaknye..nak tak nak..kene redah gak la..kesian sapa yg kene terjah dik aku semalam..ampun yer

Menang REDMINIBEE's Contest.!!!

Assalammualaikum
Alhamdulillah rezeki bulan ni, terima kasih kepada penganjur yg sudi menganjurkan contest ni, tak sangka pulak jawapan yg diberikan utk suka-suka boleh menang hadiah saguhati.. Tahniah juga kepada pemenang yg lain..of coz la MZ dan NANA..hehe

Nak tau result klik SINI tau


Duit 10 ribuu itu..bukan aku yg punya..

Assalmmualaikum

10 ribu itu bukan milik aku hokey..sebab apa? sebabnya tu duit utk  my sis kawen  bulan 6 ni..kihkihkih
 sabtu lepas pihak lelaki dtg umah bagi duit hantaran untuk majlis bulan 6 ni, mmg sungguh beradat, hehe..zaman aku dulu, mak mertua just " helooo timah..kita dah bank in duit kat akaun anak awak tau.." "nanti sila checking ye"..lebey kurang gitu la gamaknya..

my sis kawen ngan org hulu langat..dari merisik, DONE
bertunang -DONE
hantar wang belanja - DONE
tunggu tarikh nikah bulan 6 ni jer lagi - COMING SOON

biasalah kami kalau bab - bab masak dan makan mmg bersungguh-sungguh, yelah kan, penat masak pastu kene lah makan..kihkihkih..seyes beb tak bagi tau mak aku pon aku tgh diet..takut nanti kene gelak la pulak

menu masakan hari sabtu lepas



sambal udang petai


masak lomak cili api


Agar buah-buahan ( aku ngan amy mastura yg buat)


sayur campur
ikan goreng
ulam-ulam
sambal belacan 
dan buah-buahan


Prosess berjalan dgn lancar..


gambo budak dpt duit banyak


last sekali
kek tuk my mom dan little hariz yg coming soon ujung bulan ni

Alhamdulillah, semuanya  berjalan dgn lancar dan selamat, walaupon pihak lelaki lewat 2 jam..(biasalah janji melayu) dan walaupon penat..itu semua untuk keluarga tercinta kan...NO merunggut hokey, tak baek tau..

DAN

acara yg akan memenatkan kami pada TAHUN 2011 ni banyak lagi

bulan 6  - my sis no 5 wedding
bulan 9 - 2 org my sis No 3 dan 4 akan bertunang serentak (mak suruh buat sekali) sb dpt penat pon sekali
bulan 12 -  my sis No 4 yg bertunang pada bulan 9 akan melangsungkan perkahwinan bulan 12

haha..amik ko..berapa banyak lembu la nak kene sembelih ni mak oiii.. mak cakap, "long..hantaran adik-adik ko buat yer"..aku pon berkata dgn IKLAS tapi slow jer suara.." BAIK mak..nanti along buat semua" hah..amik ko, maunya tak tido 2 bulan aku dibuatnya..kot ader sesape nk tolong..meh ler..kihkihkih, khidmat anda semua amat2 di perlukan..hehe

P/s - taip dgn penuh perasaan penat dan mengantuk



Menang Giveaway Ibu, Hebatkan Shaklee...

Assalammualaikum

Alhamdulillah menang lagi, kali ni menang Giveaway Ibu, Hebatkan Shaklee...hadiah pon menarik juga, sangat-sangat bersyukur dgn kemenangan ni.. tahniah juga pada Cik Puan Hady kerna menang juga

nak tau senarai pemenang yg lain KLIK SINI tau


P/s : skrg hanya dpt mengadap  lappy waktu malam, itupon tak boleh lama..nanti cik abg marah..hehe


Friday, April 08, 2011

Tiket Wayang Free utk tengok Filem CUN

Assalammualaikum

hari tu dapat tiket wayang Free kan, jadiknya sebagai anak melayu yg sejati makan belacan dan budu kkihkihkih....aku nak habaq mai, yg aku dgn encik ady nk berdating tengok wayang citer CUN kat pawagam..sekali sekala tgk citer melayu tak salah kan? hehe


Aku dgn Encik Ady ni, kawen dh lama..berapa lama? hehe..biarkan kami ajer yg tahu..karang kalau ramai yg tahu, tak best la kan..tak suprise..

saja jer nk meromantikkan diri dgn encik somi..sekali-sekali bergumbira..dgn tersayang tak salah kan


kalau nak tengok MAYA karin naik kerbau?? jomlah ke panggung wayang.. bila la akku pulak nk merasa naik kerbau..hehe..maunya lemas kerbau tu kene himpap dgn aku yg oberdoss..kihkihkih

P/s : esok cuti ..mau pegi mana wey


Budak Miera Liyana ni memang tak serik - serik apa?

Assalammualaikum

sangat menyampah dan meluat dgn perangai budak ni, umor baru jer 18 tahun..org dok sibuk nak masuk U...dia pulak sibuk nak tayang body kat org ramai..menyampah tahap maximum hokay..

Gambar hari tu KLIK SINI

hari tu, tunjuk badan celah depan, skrg tunjuk pulang tang belakang..bang**** punya budah, ISLAM hanya dibibir saja.. aku just nk bagitau, insaflah wahai adik miera, awak tak pakaian seksi melampau ..kalau tak seksi pon, awak  masih cantek lagi..tolong la..menyampah dgn dunia artis skrg ni, penuh dgn manusia hipokrit yg terlampau- lampau..


P/s : nak lawan ratu kontroversi agaknye....seyes malas nk layan drama melayu yg kekdang tu..asyik2 nk tunjuk gambo disko/pub dan maksiat..Ya!Allah..jauhkanlah bumi Malaysia ni dari bencana..KAU berikanlah kesedaran kepada kami, dan bukakan pintu taubat di hati kami...amin


Thursday, April 07, 2011

Makan lagi di Thai Base Sri Damansara

Assalammualaikum

Malam tadi, aku dgn encek Ady pi makan lagi kat Thai base...erkkk..alhamdulillah sangat - sangat berpuas hati, sebab makanan kat sini memang tak mengecewakan langsung, lagi-lagi menu Butter Prawn yg masyuk..memang kalau dh makan sekali, kompom nak lagik dan lagik

jom la tengok menu semalam..boleh ajer kalau takat nak makan sebulan sekali dgn member opis kat tmpt yg mahal skit, yelah kan, penat bekerja..berbaloi jugak utk di nikmati..

sesi melihat menu, seblm order


hah..aku nk order yg ni..macam best je
Pineapple de Q ball Jelly
huh..panjanng benor namanya


ni la restoren tu..kalau nk singgah sila call tau
location sri damansara


ni air encik Ady, honeydew..
amik ko gelas besor ya amat


nilah..aku punya 
Pineapple de Q ball Jelly
sedaaaaapppp sangat harga RM5.20


macam biasa
siakap sweets and sour


butter prawn
marveloss


ayam masak lemon yg moist

dan beberapa lagi menu seperti
sotong masak butter dan
tofu chicken..apetah..hehe


Total keseluruhan makan 8 org RM 137.50
not bad lah kan

last sekali..
ni lah mukee org yg tengah menyesal lepas mentedarah makanan yg ada tanpa segan silu.
.dan tetiba 
baru perasan yg tuan punya badan tgah diet ler..kihkihkih
layannnn jelah