Rasakan Korangg...
Sebuah kolej menghadapi masalah dengan pelajar perempuan yang tinggal di hostel mereka.
Didapati ramai pelajar perempuan yang mula belajar memakai lipstick. Namun itu bukanlah masalah besar bagi kolej tersebut. Yang menjadi masalahnya terdapat beberapa pelajar yang gemar meninggalkan kesan lipstick di cermin-cermin tandas (konon2 kiss cermin la gitu).
Setiap malam, makcik cleaner terpaksa mencuci berpuluh-puluh kesan lipstick di cermin tandas wanita dan esok paginya pelajar-pelajar itu didapati mengulangi perbuatan yang sama.
Akhirnya, pengurus hostel berpendapat sesuatu mesti dilakukan untuk menghentikan perbuatan pelajar-pelajar ini. Malam itu, beliau mengadakan perhimpunan tergempar dengan siswi-siswi kolej dan menyuruh mereka berhimpun di tandas hostel.
Beliau menerangkan betapa sukarnya tugas mencuci kesan-kesan lipstick itu setiap hari dan menyuruh makcik cleaner menunjukkan bagaimana susahnya makcik tu mencuci cermin-cermin tandas.
Makcik cleaner tu pun mencelup kain buruk ke dalam mangkuk tandas dan mengelap cermin-cermin yang mempunyai kesan lipstick dengan kain itu.
Semenjak malam itu, tiada lagi kesan lipstick dijumpai di mana-mana cermin tandas kolej tersebut
MORAL OF THE STORY:- MAKCIK CLENEAR TU PONG KREATIP K..HUH..HUH
Saturday, March 20, 2010
Thursday, March 18, 2010
Pesta Belon tiba Lagi (18-21 Mac 2010)
Buat semua kawan-kawan, yang jauh meh la bertandang dan yang dekat ape tunggu lagi meh la rapat - rapat...pesta belon panas dah tiba, bila tengok paper hari ni rasa macam teruja pulak nak tengok dan naik belon panas ni, Maklumlah last naik pon masa form 3 dulu.. Wah! ni la peluang yg menarik untuk di ambil.. so, esok aku dah apply cuti semata-mata nak tengok belon tu life.. JOM..JOM..JOM semua PANAS..PANAS..PANAS.. ni.. Jom Naik Belon Panas.. di PUTRAJAYA.
Wednesday, March 17, 2010
Hariz Nak Jalan ke Cakap dulu?
2,3 weeks ni aku ngan hubby memang happy sebab tengok hariz dah pandai melangkah sikit-sikit, wah! nak jalan lah tu.. umo baru 10mth 2 weeks but hariz dh try cuba jalan sendiri, walaupun 3,4 tapak..oklah tu, bangga betul tengok hariz mencuba, walaupun jatuh berkali-kali, takpe sayang usaha tangga kejayaan..Ni picture hariz tengah berdiri pegang sofa sambil mulut dia bising ayya..adikk..emmbuu...ha..ha..
Ni hariz tengah berdiri, sambil terkejut tengok ibu amik gambar dia...
Kalau Hariz dengar ade org menyanyi lagu tepuk amai-amai, Automatik tangan dia akan bertepuk-tepuk..hai! pandai awak ye cayang.. tau2 je lagu tu kene tepuk tangan, Pastu hariz skrg dh pandai bye..bye..bila cakap bye2 jer pastu mesti tangan dia akan lambai dan mulut dia akan ckap bay..bayy ..bay..ha..ha..pengasuh tu cakap hariz ni nak cakap dulu, baru jalan..bagi aku mana2 pon bole asalkan hariz sihat...inilah kesayangan aku dan suami sekarang..kalau bawak jumpa sepupu2 yg lain mmg dia lah yg jadi tumpuan...
Monday, March 15, 2010
Caricature Picture
Hai! comei tak picture ni?.. ni di lukis oleh En.Agus dr Centre Market.. ini hadiah kami pada our advisor Mr Ikegami..habis dah pikir. End of the story kami deside bagi hadiah cam ni, asyik bagi pewter KLCC n Menara KL je.. sekali sekala..terkeluar jugak idea bernas kami...Price dia sekali frame adelah dalam ratus jer.. oklah tu..kumpul duit ramai-ramai..bila balik Jepun mesti tak lupa muka orang malaysia nanti..ha..ha
Ni yang dh siap ikat reben, cantik jugak la, kira pandai jugak lah aku n the gang meng"order" kat Centre Market tu..
Selepas Makan dan makan..ape lagi acara last sekali bergambar beramai-ramai, semoga Mr.Ikegami berbahagia dan jangan mabuk-mabuk teruk sangat k, P/S : Diorang ni Kaki Minum..uwekk
Subscribe to:
Posts (Atom)