Friday, December 02, 2011

Demam Ombak Rindu

Assalammualaikum

malan tadi bukak FB, tetiba terbaca wall post my sis, dia  membebel sebab nak sangat tgok ombak rindu gamaknya, mengidam agaknya, karang kalau tak bawak pegi tengok maunya meraung semalaman, jenuh la laki dia nak pujuk..


Aku dah lama tak layan wayang lately ni, tak banyak masa utk di luangkan utk aktiviti tersebut, cukuplah takat ada astro.. sekarang ni layan channel 702 ( Law & SUV )..menarik jugak jalan citernya..bolehlah setakat nk hilangkan rasa boring waktu malam..

berbalik pada citer Ombak Rindu ni, rasanya aku lebih layan Novel dr movie, sb kalau novel kita boleh bayangkan sendiri watak dan keadaan sesuatu cerita tersebut tanpa pengarah atau pelakon..yang pasti, bila kita baca novel kita akan letakkan diri kita sebagai watak utama...pastu nangis pon real lahh..kalau boleh takmo org tgok waktu kita tgk syahdu tuu..huhu..seyes rindu dgn aktiviti membaca novel sblm tido..

jangan korangg tak percaya ombak rindu pon ada FACEBOOK okay..sila KLIK utk ke link tersebut.. pastu sapa yg dh tengok citer ni, bolehlah kongsikan pendapat korang..

"Tuhan tolong lembutkan hati dia,
Untuk terima ku seadanya,
Kerna ku tak sanggup,
Kerna ku tak mampu,
Hidup tanpa dia di sisi ku..."

"Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat KAMU kala duka ku
Namun hanya KAMU yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku..."

Sinopsis Filem Ombak Rindu


Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?



Tuesday, November 29, 2011

Seoul Garden Korean BBQ

Assalammualaikum..

Hari tu  my office ada buat makan-makan sempena menyambut advisor baru dari negara matahari terbit, advisor tu pulak sama umor dgn aku..kira lepas ni boleh lah kalau nk melawan dia..kihkihkih..

kami semua dinner di SEOUL GARDEN ONE UTAMA


masuk jer kedai, dh nampak semua ni


Pelbagai pilihan makanan yg di sediakan, termasuklah aiskrim dan buah-buahan



sayur-sayuran pon ader juga

daging & ayam yg di perap dgn pelbagai perisa

tapi ketam kecikkksss jer..tak puasss atiii laa

kekawan yg tengah semangat nak makan

BBQ plate kamii


yang ni KIMCI
rasanya biasa jer.. tak tau lah ni version malaysia atau di import dr korea kan??

ini pula lucky draw yg aku dpt sb jadi staff yg bertuah..
hadiah!!..hehe
pelapik tempat duduk jer

ini pula cenderehati yg di berikan utk semua tetamu yg sudi hadir
2 batang PEN yg cantik

Di sebabkan aku ni mmg suka makan BBQ dan buffet, of coz la sebab kita boleh makan smpai kenyang..  (ader ke yg makan tak kenyang) ?? hehe, bagi aku tmpt ni just 3 1/2 bintang sahaja (bg aku lah kan), sb aku rasa flaming BBQ lagi byk pilihan makanan, lagipon seoul garden ni harganya mahalss skit dr BBQ buffet yg lain.. next entry aku citer satu lagi tmpt BBQ buffet yg aku jumpa dan dah terjah pon..

HARGA
DINNER sahaja RM35.88 ++
belum masuk TAX lagi tau!!


LOKASI seoul garden
Address:
SEOUL GARDEN
LG345, Lower Ground Oval,
1 Utama Shopping Centre,
No. 1, Lebuh Bandar Utama,
Bandar Utama Damansara,
47800 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia.
Tel: 03-7722 1339


Kalau korang nk pegi, just call jer dulu seoul garden utk buat tempahan 
dan harga utk Lunch & Dinner adalah berbeza!!
Selamat menjamu selera

Sunday, November 27, 2011

Hariz dan Internet


Assalammualaikum..

Ini lah aktiviti kami anak beranak time ujung minggu ni, yg mak nya lepas buat sarapan lepak dpn lappy jap carik bahan, yg bapaknya pulak pegi main bola, dan yg si kecik ni pulak layan youtube..HAHA..jgn tak caya!!! anak aku dia ketagih tenet..hari-hari layan youtube pon dia semangat..
TAPI
aku just bagi dia tgok ABC or sewaktu dgnnya lah kan..



semenjak lappy ayah/mak dia telah jadik harta bersama..hehe, aku tgk dia mmg dah mahir mengunakan lappy ni dgn jayanya.. aku just let go dia dgn lappy tu, pastu dia akan KLIK sendiri gambar yg dia nak, dh abis..dia akan carik yg lain sehingga dia puas hati..

KEBAIKAN
aku tak payah la nk beli CD ABC, Alif baa taa, atau cerita kartun..just carik jer dlm you tube tu, hariz pon dh boleh menghafal dgn baik lagu ABC,Alif baa taa, Kenal warna/shape dan menyanyi lagu kegemarannya spt twinkle twinkle little star.. kurang menangis sb syiok layan you tube dan paling aku tak blh tahan, dia dh pandai main game angry bird..huhu..ni yg aku geramm

KEBURUKAN
ayah/mak dia kene berkorban slah sorang punya lappy utk dia, dia mcm dh ketagih dgn tenet(sb bukak pintu umah jer nk tenet).. menangis kalau tak dpt tenet

kekadang aku terfikir jugak, wajarkah aku memberi Internet kepada anak aku yg masih muda(2 1/2 tahun)? tapi aku dan hubby dh tetapkan, sehari hanya blh 45minit sahaja..pagi 15 minit, malam 30 minit itu jer... lebih-lebih karang ..lain pulak jadiknya

hmmm...anak korang macam mana pulak? tenet gak ker?