Saturday, September 25, 2010

Alhamdulillah.. Menang Contest RM100

Salam,

Contest: Menang duit raya RM200

Tempat Pertama

http://ady-shariz.blogspot.com


alhamdulillah rezeki lagi, tak sangka boleh menang sebab saingan sangat hebat - hebat belaka, dan yg lagi tak sangka ialah aku

MENANG CONTEST DENGAN SLOGAN YG KRETIF,
hari tu pun menang 1st place sebab slogan..

GUMBIRA SIOT..melompat - lompat aku di buatnya

TERIMA KASIH PADA
dan juri

Hadiah yg ditawarkan KLIK SINI
Senarai pemenang KLIK SINI

Nak tau ape slogan yg aku buat... hah ni dia..

"saya mahu memenangi DUIT RAYA daripada cdiqlife.com kerana"

raya di sambut setahun sekali
baju dan kuih belum beli lagi
alangkah seronoknya rasa di hati
jika duit raya dapat dimenangi

Budak - budak makan bahulu
Bahulu di buat dari telur dan tepung
kalaulah dapat duit seratus tu
confirm lepas ni beraya di kampung

Si kecik hensem berbaju melayu
Sibuk berlari keliling rumah
Ramadhan dan syawal pasti berlalu
Poket dah kosong minta isikan

handbeg gucci jadi idaman
duit tak cukup asyik berangan
kalau lah dapat duit dari kayangan
bergaya tak hinggat dgn beg kesayangan

p/s : smoga terhibur ngan slogan aku yg simple ni..
esok balik kampung, kalau buat entri pun mungkin pasal iPhone tu..
kalaulah menang iphone..syoknya raya..haha


“DiGi iPhone 4 Me”






Kenapa Anda nak iPhone dari DIGI ?
iPhone4 sedang menjadi KEGILAAN kepada semua penguna Telefon bimbit di dunia
Kira-kira 600,000 orang membuat pre-order berdasarkan statistik yang diberikan.
iPhone4 boleh dikatakan penyumbang paling banyak kepada keuntungan syarikat Apple semenjak ia diperkenalkan 2007 lepas. Lihat betapa ramainya yang berebut-rebut mendapatkan iPhone 4 :




Nak juga ker?
iPhone4 bukan hanya sekadar Telefon, ia boleh dijadikan sebagai Pembantu Peribadi dan sahabat karib Anda. Pelbagai Perkara boleh di simpan, di rakam dan menjadi penghubung di waktu senang dan sukar.


Apa yang BEST?
Facetime, Video Calling - Everyday can check My Baby Status..

Check myEmail, Blog and etc - Everytimes and Anywhere

Connect with My Best Friends - Any latest update story or chit cat

Smart Phone - Very nice design and Application
(The Faster, Highest - resolution IP )

Mana Nak BELI?
Yeahh !! DIGI salah satu JENAMA syarikat telekominikasi yang amat bermurah hati untuk memberikan iPhone 4 pada Anda. Pelan Prabayar yang Munasabah dan berpatutan untuk digunakan.
SAVE BUDGET dan mampu dimiliki untuk semua golongan..


Apa Kelebihan iPhone 4?

  • FaceTime : ada 2 kamera built in (depan dan belakang) untuk video call antara 2 pemilik iPhone 4, dalam kawasan Wifi.
  • Retina Display : Resolusi skrin dan ketajaman gambar sehingga 4 kali ganda!
  • Multitasking : Kemampuannya untuk membuka banyak application dalam satu-satu masa. Pembeli iPhone 3G dan 3Gs pun tak dapat fungsi ‘multitasking’ ini walaupun sudah diupgrade ke iOS 4.
  • Kamera : Kamera dengan 5.0 megapixel. Jauh lebih baik dari sebelum ini iPhone 3G dan 3GS dengan 3.2 megapixel.
  • HD Video : Video yang boleh dirakam dengan kualiti yang sangat tinggi (HD).
  • Nipis : Dikatakan 20% lebih nipis dari iPhone sebelum ini. Paling nipis di dunia? entahlah.
  • Skrin Besar : Sangat sesuai untuk web browsing yang sangat memuaskan.


** iWant and iGet Best Deal just on DIGI **


Pantun Hari Raya untuk iPhone 4

Jenamamu DIGI itu ku Pasti
Namaku siti betul sekali
Warna kuningmu amat berseri
Kau beri iphone 4 itu ku nanti

Badanmu Solid cantik sekali
Namamu iphone 4 itu ku pasti
Tidur malamku termimpi - mimpi
Engkau Pujaan didalam hati

Siang dan malam pergi beraya
Beraya sampai ke pejabat nuffnang
betul ker DIGI bagi hadiah raya
iPhone 4 jadi rebutan


iPhone4 The battle is on!


Salam

Pagi ni kat opis dah kecoh pasal Apple iPhone 4, memasing dah pasang niat nak pegi beli bende ni termasuk aku, ikutkan dengan zaman yg sofisikated ni, mmg ramai yg mengunakkan internet setiap hari, termasuk aku... Perlukah aku beli bende ni??? atau masih teruskan dengan Hphone yg dh ade ni..
This file photo taken June 7, 2010, shows a white version of the new Apple iPhone 4 in San Francisco. Black models of the iPhone went on sale in late June. (AP Photo/Paul Sakuma, File)

Sebelum beli tanya diri dulu, APAkah tujuan utk beli Hphone canggih bergini?

1)- Tepon awek atau BF (suami/is3)
2)- Tepon Mak / Ayah / Adik
3)- MMS atau SMS
4)- Layan Blog (hehe..)
5)- Layan FB
6)- Tengok You Tube
7)- BAca berita (suratkabar la)
8) - Atau APA??

kalau setakat SMS/MMS/tepon mak,ayah atau sedara mara.. just pakai tepon Nokia pon boleh..

TAPI

kalau korang seorang yg memerlukan no 4 hingga 8.. aku rasa baguih la korang beli bende ni, takdelah org cakap macam katak bawah tempurung.. baca paper pon pinjam org punya (hehe..ni kes org seblh aku yg kedekut giler)

Kalau aku baca paper dlm internet, mesti dia tanya "what is the latest news today".. ukk
sib baik aku sorang yg baek..wink..wink..


Bebudak ni siap buat conpare, lagi MAXIS ker DIGI..



DIGI : For detail just click HERE

MAXIS : For detail just click HERE



Nampaknya DUit BONUS tahun ni,
macam nak beli bende ni pulak..haha..
ohhh.. kalau ikut perasaan, maunya sekarang nak beli,
takkan nak bayar pakai daun pulak..hehe

"Ada duit extra belilah..kalau takde budjet pakai aje yg lama" ..
kata - kata sang suami yg selalu melunturkan semangat aku..

Friday, September 24, 2010

Kisah Si Pendayung dan Professor



Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang
lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua
yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan
yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit
air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia
menulis sesuatu di dalam buku.

Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali.

Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pegnalamannya
dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."
"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu.
Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arahpantai.
Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur
pendayung sampan. "Kamu dah lama kerja mendayung sampan?
"Tanya Professor itu.

"Hampir semur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.

"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya". "Jadi kamu tak
tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?
" Tanya Professor itu.

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak
berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?
" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu."
Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu
menggelengkan kepala. "Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia
kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya.

Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.
"Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.
Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu. Seluruh usia kamu
dihabiskan sebagai pendayung sampan." Kata Professor itu dengan
nada mengejek dan angkuh.
Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba
aja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.
Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya,
"Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata
pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

Morale of the Story:
Dalam hidup ini IQ yang tinggi beleum tentu boleh menjamin
kehidupan.
Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu
perkara-perkara penting dalam hidup.
Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya
dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak
adakena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang
diceburi.

Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri, untuk apakah
ilmu yg dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan?



Inilah Kereta Nissan Fairlady Milik Shahir AF8

Salam..


Uiiihhhh.. Cantek kete dik, emm..dlm mimpi jelah nk pakai kete camni, kalau bujang2 dulu boleh kot kalau tiap - tiap hari gigit kuku, boleh kot pakai kete ni..hehe..kot la kan..

skrg ni, mana nak sumbat beg, sumbat kete tolak dak kenit ni, baby sit lagi, handbag aku..hehe.. dan macam - macam lagi.. takpelah rezeki ko pakai kete spot camgini.. rezeki akak tengok jelah..


Ni picture And story dari beautifulnara.com

kereta fairlady shahir af8

Jeles gila kami melihat gambar kereta juara AF8, Shahir. Mana taknya. Inilah kereta idaman kami selama ini. Nissan Fairlady. Kalau dapat kereta nie makan maggi tiap-tiap hari pun takper. Oh ye untuk pengetahuan anda, Shahir AF8 baru-baru ini terlibat dengan satu kemalangan. Itu yang anda tengok gambar selepas dah hancur dah kereta Fairlady dia.

Tapi untuk kipas susah mati Shahir anda tak perlu risau. Shahir selamat. Tak ada cedera parah. Tapi dia belum pergi buat X Ray lagi. Manalah tahu ada kecederaan dalaman kan? Tapi buat masa ini Shahir masih sihat dan tak ada tanda-tanda kecederaan serius.

Kami masih geram lagi sebab kereta Fairlady ini memang kegilaan kami. Kalau ada AF9 nanti nak try masuk. Mana tau ada rezeki leh jadi juara. Lepas tue kumpul duit banyak-banyak dan boleh beli Fairlady. Tak gitu?

Apa pulak kereta idaman anda?

HKMAH SUJUD sewaktu bersolat



Salam

Tahukah Anda Hikmah bersujud, kat sini ade serba sedikit infor tentang kelebihan bersujud...

Meh Layan skit, kot - kot boleh di ceritakan pada kekawan yg lain..

a.) Melegakan sistem pernafasan (rilieved congestion for breathing).
b.) Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud akan :
a) Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

b) Membetulkan pundi peranakkan yang jatuh (prolapsed uterus/fallen band womb)

c) Melegakan sakit hernia.

d) Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

e) Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan ( high parts of the ungs )

f) Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN(limpa)

g) Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.

h) Meringankan bahagian PELVIS.

i) Memberi dorongan untuk mudah tidur.

j) Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.

k) Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik,secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation).

l) Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.

m) Mengurangkan kegemukkan (obesity).

n) Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut(convulsions).

o)Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

p) Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTE IOSECLEROSIS OF CEREBRUM.


Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri dihadapan Pencipta,
sifat sombong, riak, takabur dapat dikikiskan.


Thursday, September 23, 2010

Hari ni dapat 2 surat...dan Aku

Salam semua..

Hari ni aku received 2 surat dan satu dari Anmum, satu lagi dari 7-eleven, yg dari anmum dapat sekali bungkusan susu FREE lepas tukar dengan pencedok susu, Alhamdulillah, dapat jugak susu free.. Padahal aku dah tukar susu.. hariz dah tak minum Anmum, tapi aku tukar dgn susu enfagrow, susu Anmum yg free ni akan di sedekah pada jiran.



surat daripada 7-eleven pulak suruh amik hadiah CD raya, mungkin akan aku sedekahkan pada adik aku, sebab dia tukang amik hadiah ni kat berjaya times square, tmpt dia kerja..rezeki ko la dik...



DAN ....

hari ni mood aku tension bagai nak giler, smalam repair satu machine, keluar bunga api..huahhh.. tension nye, hari ni bila senior aku yg repair dan aku hanya follow jer, tapi...result still sama, keluar bunga api gak.. maknanya tuhan nak tunjuk yg bukan salah aku masa troubleshoot bende tu.. tapi bende tu yg sensitip giler.. YA!Allah dugaan sungguh

Memang dari smalam sampai pagi ni aku down.. buat kerje pon muka masam macam nak pegi berperang, abis semua manager datang kerumun kat senior aku, dia pun dah cuak.. apatah lagi aku yg dh tahan - tahan airmata..sib baik tak keluar..huaahhhh

Inilah dugaan kalau bekerja dengan elektrik, bende tak nampak, tawakal aje lah .. bila dah sepuluh tahun buat kerja camni, rasa macam nak tukar kerjaya pulak..macam dah serik pulak rasanya mengadap bende ni.. hemmm..emmm..

kalau aku cakap dengan laki aku, mesti dia balas.. "tiap - tiap tahun pun cakap nak berenti kerja, tapi bila dapat bonus, mesti tak jadi"... heheeee..

bang ...company mana nak bagi bonus 2 bulan, walaupun ekonomi gawat.. kira masyuk jugak.. Annual leave banyak, casual leave pon ade, sabtu ahad cuti, masuk keje jam 8 balik 5..haha..., boleh outstation lagi, tapi bila kene camni yg tak seronok nak bekerja.. gamaknya kene bisness kot..

entahlah.. dah nasib badan..rezeki Allah bagi.. Aku terima dengan reda..




Wednesday, September 22, 2010

BabyIbu Giveaway: Weego Bottles


Salam

Jom join contest anjuran @BabyIbu dan Weego

Ada 2 kategori yg dipertandingkan

yg di tawarkan!!

2 Hadiah Utama: Satu botol Weego pilihan hati
3 Hadiah Saguhati: Voucher diskaun botol Weego 20%

Sila KLIK SINI untuk maklumat lanjut


*******************************************************************

APA tu WEEGO ??


Weego Mengeluarkan Product Botol susu yang di reka khas dari kaca dan dijamin 100% mesra alam, selamat dan sesuai untuk digunakan.



APA KELEBIHAN PRODUCT WEEGO ?

  • direka khas sehingga anak anda membesar dengannya
  • Balutan silicon dpt melindungi botol drpd pecah dan pegangan yg kemas semasa proses menyusu.
  • Boleh direbus bersama balutannya dan boleh digunakan untuk mengisi susu ibu (simpan dlm freez)
  • Tiada (BPA) (PVC) free, Silicone sleeve tiada toksic, Putting Bottol Latex free

TAHUKAH ANDA !!

Apa Itu (BPA)
Bisfenol A (BPA) adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat (polycarbonate) dan resin epoksi.
BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat melarut resap ke dalam makanan atau minuman.
Apa Itu (PVC)
Polivinil klorida (IUPAC: Poli(kloroetanadiol)), biasa disingkat PVC, adalah polimer termoplastik urutan ketiga
dalam hal jumlah pemakaian di dunia. Boleh menganggu sistem pertumbuhan manusia sekiranya terdedah pada bahan ini.

DAN WEEGO PRODUCT DIJAMIN
TIDAK MENGANDUNGI SEBARANG BPA, PVC atau TOKSIK



ANTARA PRODUCT YG DIKELUARKAN


Botol for 9oz - click here for detail
Price: RM69 (excluding delivery cost)


Botol for 4oz - click here for detail
Price: RM49 (excluding delivery cost)



AND
* Accessory




ANDA BERMINAT DAN
NAK BELI PRODUCT WEEGO ?


BABYIBU.blogspot telah dilantik secara rasmi sebagai DUTA produk ini,
sebarang pertanyaan sila berhubung dengan babyibu atau

HP No: 0126737757

Kalau Order insyaAllah sampai punya

Bermacam warna pilihan hati ada kat sini

Model ni Anak Baby Ibu ya...


SILA KE BLOG BABYIBU ATAU WEEGOO untuk sebarang pembelian
harga insyaAllah berbaloi - baloi..

Photobucket

**********************************************************************

PANTUN UNTUK WEEGO

Cantiknya botol berwarna warni
sukanya hariz peneman tidurnya
weego botol yang cantik sekali
rekaan terkini citarasa bergaya

Bebas dari BPA dan PVC
pastinya toksik tiada lagi
Ayah dan Ibu menjaga rapi
pasti yang terbaik dari kami

untuk melindungi dari retak dan pecah
botolnya kaca dibalut silicone sleeve
direbus boleh, disejuk apasalahnya
itulah istimewanya botol weego yang asli

Biru, pink, kuning dan merah
Banyak pilihan buat anakanda tercinta
harganya berpatutan dan berbaloi sentiasa
Weego botol yg selamat kegunaanya



GO..GO.. WEEGO