Saturday, December 11, 2010

Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut.

Salam

hari ni nak tazkirah sikit,
mana yg elok aku share ngan korang
moga - moga kita semua diberi keampuan


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.


Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


Tanda 40 hari sebelum hari mati Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut- denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.


Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


Tanda 3 hari Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda akhir Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Sesengguhnya mengingati mati itu adalah bijak

Filem Ngangkung RM10 juta??

filem ngankung
salam

tadi pi jalan - jalan kat blog BN...
dia cakap filem ni dah RM10 juta
wahhhhh!!!! kayo...kayooo..

Kayooo la lagi si apek david teo tuuu
aku rasa skrg ni remaja dan yg sewaktu dgnnya suka
filem KOMEDI SERAM

mungkin skrg ni ramai sgt org yg tension
so, bila tgk citer macam ni, hilang la tensen tu kan

jap..jap...
NGANGKUNG tu apa ye..??
ngeh..ngehh..ngeh...
aku belum tengok lagi, so pada yg dh tengok bagi la
SINOPSIS skit...
sharing is caring kann...



Friday, December 10, 2010

Aku sedar dah...betulll

Salam

cuti 4 hari dah abiss.. hujung bulan kang baru ade cuti lagi
apa ya Azam tahun baru korang??
Azam aku macam biasa, nk mengecikkan body skit..ngeh3x
Jadinya aku ade beberapa hari lagi tuk mengambil makanan yg mengandungi
Lemak
Minyak
dan more sugar
ngeh..ngeh..ngeh...
.
.
kat radio pagi tadi ada menceritakan
bahawasanya negara Malaysia adalah negara NO 6 kat asia ni
mempunyai rakyat yang terlebey obesiti
Antara faktor ke arah obesiti yg aku alami skrg

kurang bersukan (malas)
Pengaruh emosi (penat)
Persekitaran (keje byk)
Pola makan berlebihan (ye btui)
genetik (erkkk..mak la ni)

hah! apa lagi, aku pon dh risau dgn BMI body aku skrg
tapi sblm tu, biarlah aku reles skit tension tahun ni..

pegi lepak tasik perdana dulu...
lepak tanpa sebarang aktiviti ..ngeh3x
tahun depan aku start la..

Cuaca best jer..
nyaman
segar
redupp



budak ni pon happy jer...
maunya tak happy, abis satu padang tu dia round



tengahari pegi lunch ikan bakar and asam pedas kat UTM jap
tahap kesedaran dah ada skit ni..



cuti 4 hari rasa sekejap jer, ada gak anasir - anasir yg menghasut aku agar pegi
ke shopping complek, tapi aku tolak dgn penuh keinsafan..ngeh3x
sebab aku tahu tahap kesabaran aku waktu shopping mmg havoc
salah satu penghijrahan aku tahun ni

no more buy anythings that no useful..babehh
and no more eat without counting my calories
kan..kan..
jimat belanja
kewangan kukuh
ekonomi pon stabil

ngeh..ngeh..ngeh...

cik abg lagi sayang...
ye..aku dah sedar
umor dh nak bertambah ni
baru aku sedarrrrr..
korang macam mana.??


s

Nak beli ke tak??

Salam

Nak tanya .. penah ker korang beli handbag kat internet?
bukan apa.. ada gak sebijik yg aku berkenan

aku ni bukan ada banyak sangat handbag pon
HBag yg terbaru skali pon my sis yg belikan

2 weeks lagi nak bonus, ngeh3x
ni tengah nak usha barang comey dlm tenet skrg
agak2 korang, ni okay tak

ni brand coach
price!! okay gak

maklumlah sekarang kan dah masuk hujung tahun


YES!!
YES!!

emmm..tengah penin
nak beli ke dak????

Thursday, December 09, 2010

Jajan dari Jepun memang ada KELAS


Salam

Fuhh..!! lama giler tak mengupdate dan blogwalking ke blog korang, jap lagi aku nk terjah blog korang guna bloglarian, kita tengok camner effect dia pada blog kita..hehe

aku nak citer pasal jajan yang baru je dapat tadi, ade member baru balik jepun, macam biasalah turn sapa yg pergi, masa balik memang ada je buah tangan dari diorang..

aku memang respek la dgn hasil "jajan" orang jepun ni, maklumlah negara maju, memang kelas la pembungkusan diorang ni, walaupun biskut atau kuih kat sini lagiiii sedap...

kali ni dapat kuih..
pulut inti kacang merah, tapi kalau ikut tekak kita kuih koci la kan..
rassa..bolehlah, ada yg suka...dan ada yg kurang suka, mcm aku..kurang berkenan skit

Ni lah rupa, kotak dan pembalut bungkusan kuih tu..
macam2 kolor n design


comey jer, tersusun dan kemas


suka nya tengok pembalut ni, kertas pun kualiti beb..



luar salut dgn sagu, kat dlam pulut inti kacang merah..manis siot



aku gigit sikit jer, dh rasa macam tak leh nak telan, aku letak kat tu haa..
hehe..depan keyboard, jap gi masuk tong la jawapnya

Actuatly, banyak bende yg org malaysia kene blajar dari jepun , of coz time kerja memang
diorang so serius, tapi aku agak muskil skit, mcm my dept kene attend kelas jepun tuk comunicate dgn depa,
tapi dorang ni, takde lak attend kelas blajor bahasa melayu ker..

alih - alih pekataan yg depa dpt sebut lepas 5 tahun kat sini
"terima kasih"
"alamak"
"sudah makan"
"tak boleh"

hehe..itu yg biasa aku dengar depa cakap la..
kalau suruh buat satu ayat penuh..
mmmmmm HARAM..


Tuesday, December 07, 2010

Blog Larian



Salam

dah banyak blog aku tengok join Bloglarian ni..
lepas godek2 blog ni, rasanya tak salah tuk mencubanya

" Saya suka blogwalking kerana"

nak Up traffic
membaca Info yg menarik
join contest atau GA bila free
baca macam2 kisah kehidupan
dan
menambah kenalan

kali ni nak TAG
Sall
mama najla
zai

erkk..tak de sapa yg TAG saya..hehe
cume referral saya cik NANA je