Saturday, October 02, 2010

No Lucky Draw Korang..

Salam,

Macih berbanyak tuk Adik, Abg , akak and acik - acik yg sudi join CABUTAN BERTUAH aku yg tak seberapa ni. InsyaAllah ada pemenangnya nanti. Tak sangka pulak ramai yg join, .. maklumlah hadiah tak selebat contest sebelum ni, mungkin antara sebabnya, syarat - syarat penyertaan yg amat mudah dan ringkas.

Tarikh tutup di cepatkan pada 4/10/2010 - sampai hari isnin jer k. sesiapa yg nk join lagi, meh la klik SINI

Kat sini ade senarai peserta Cabutan Bertuah aku yg picisan ni.. sila check ye smua..

Sila Check No. Cabutan Bertuah orang sekali

6 .nana
12.Syakila
19.ogy
20.ayu
28.Chenta Hati Mid
35.Acik
36.axelida
39.anis
40.Leily
43.Macy
44.gnesop
47.cimOt
49.
50.

Haha... sila lah amik no korang..

Nak join lucky draw ni, sempat lagi, isnin kang baru tutup..

Thank again..muahhhaaaahhaa

Friday, October 01, 2010

Fakta - Fakta Kelakar yg Boleh Buat korang Mereng


Salam

Entri ni di copy paste dari blog abg Nara, Aku just nak share skit,  
Fakta-fakta ni dengan korang.. Jom layan..

sblm tu sesiapa yg nak join Cabutan bertuah dr Aku just click SINI


Tahukah Anda!!!

1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.

4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.

5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.

Baca lagi untuk fakta-fakta yang boleh buat anda mereng.

6. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.

7. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.

8. Tahukah anda?..Otak kita mengandungi 80% air. Walaubagaimanapun..seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak iaitu sindrom ‘masuk air’.

9. Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.

10. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf ‘W’ dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.

11. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-’dous’ iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.

12. Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.

13. Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.

14. Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian?? Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah Kampung Kerinchi.

15. Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.

16. Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS. Untuk menyembunyikan rasa takut dikalangan orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak berani untuk mengatakan bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal juga mampu membunuh jika dihentak dikepala dengan kadar yang kuat.

17. Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur. Taugeh dan Sawi pula ialah nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan Utopia.

18. Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta. Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur.

19. Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter dan jangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu semua publisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta bintang paling popular.

20. Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan ‘pos laju’ menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti. Mengikut akta pula, seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari Pos Malaysia, jika selalu berhenti-henti minum kopi di kedai mamak boleh diberhentikan kerja serta-merta.

21. Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita cukup untuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga kilogram dan tepung itu kalau di buat roti canai, rasanya amat lazat jika dimakan bersama-sama dengan kari kepala ikan.

22. Ini adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km kecuali orang yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singa tersebut.

23. Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi manakala orang yang jauh perjalanannya sewaktu berkelana seperti Azroy dari filem Gila-Gila Remaja pula hanya mendapat luas permandangan memandangkan dia hanya mengelilingi Kuala Lumpur sahaja.

24. Tahukah anda?..Seekor lembu kentut sebanyak 200 kali lebih banyak berbanding manusia. Tetapi ini tidaklah ada apa-apa berbanding dengan kentut seorang manusia yang bernama Faizal, tidak berbunyi tapi busuk.


P/s : okaylah kekawan slamat membaca, story copy paste jer ni,

Air Asia bagi tiket FREE


Salam..

Dari pagi semalam iklan ni duk main kat blog aku yg picisan ni, 24 hrs sampaikan mlm tadi aku bukak jap pun ade lagi, pastu pi lah singgah kat nuffnang, oooo..rupanya aku dpt BE smalm, manalah aku tau, bukannya penah dapat pon kan.

Berbalik pada tajuk kat atas, sesiapa yg dh click iklan ni akan tau apa hadiah yg ditawarkan oleh Air Asia, berbaloi - baloi jugak lah kan, just buat sedikit entri dan kemungkinan besar anda layak mendapatkan hadiah yg berupa tiket penerbangan.. sapa lak nk bagi FREE kan!!

kepada yg rajin, meh la jengah iklan ni, mana tau ada rezeki korang, aku tak join sb BZ this 3 mth until end of this yrs.. kalah pak menteri shedule aku penuh dah.. haha


p/s : pada semua peserta cabutan bertuah aku, Gud luck to You all, tak sangka ramai yg berminat, tersengih - sengih aku baca ayat yg korang sambungkan, kira aku baru lepas kene terapi sengih la tadi..hehe.. FREE gak, kalau jumpa psikologi kan kene bayar..

Nak Join cabutan bertuah click SINI tau.

Aku rasa, cabutan bertuah tu mungkin akan di tamatkan awal, sebab penyertaan pon dh ramai, setakat hari ni, takpelah bagi peluang dulu kat org lain, mungkin ada lagi yg berminat..


Hari tu menang duit RM100, aku dh beli something pon dgn duit tu, mmg sangat2 berbaloi - baloi, bukan ape, duit kalau aku simpan pon abis gak, baik aku beli brg tuk buat kenangan, barang apa tu? tunggu next week..





Thursday, September 30, 2010

Letih nak buat Contest DIGI iphone

Salam...


Rasanya ramai dh tau yg Nuffnang ada buat contest berkenaan
digi iphone kan...

Aku baru jer buat 2 entri , itupun dah malas.. haha
kalau ikut syarat2 yg ditetapkan kene buat 4
camner nak menang iphone..(perasan jap)

ni pon pala dh tepu, macam - macam hal yg dipikirkan skrg
nak uplad picture pon malas..., jap lagi mungkin nak layan contest dr kawan - kawan jelah..
senang skit.. hehe.. ikut luck memasing kan, smua hebat - hebat gak,

sekarang ni memang musim contest,lucky draw dan giveaway, insyaAllah kalau ada rezeki merasa gak la hadiah yg di tawarkan..

setakat ni adalah jugak contest yg penah menang, tapi kalau lucky draw tu mmg payah gak, rezeki tak kesitu gamaknya..

mlm karang baru buat contest digi tu, tepu dh kepala ni, serius..


Wednesday, September 29, 2010

DIGi iPhone for Play

salam

For me, No More "Toyol Kuning" play with DIGI iPhone But now
Kambing will take over too PLAY with it.. muahhhh...love kambing now


Let's PLAY iPHONE Application together with kambing...bekkk

Now !!
Top 3 Application that Really Awesome to use when
U really..really need it , JOM LAYAN

Smartphone Application


My 1st Lovely Application !!

Download Apps at iPhone
Why?
I'm "Cinemafreek", All the new movie, seriously i will watch it with my beloved hubby.
For sure, i really need the Latest news from Cinema. That make me download this

Cine Apps


What i get from this Application
* Add a cinema into my favorite list
* Connect to goggle map to get the direction to my cinema choice
* See what is being show int the "Now showing" & "Coming soon" tabs
* Read synopsis and watch trailer and video clips of selected movie

Seriously I LOVE
DOWNLOAD APPLICATION AT iPhone

My 2nd Lovely Application !!

Application for Mom and Dad
Why?
Yup! My Baby Hariz like to watch sesame street cartoon,
he love to see elmo dance and sing, which make him so happy


What can i get using this Application
*Choose monster body and touch its face to give eyes, nose and hat
*Elmo will dance and sing together with my little hariz

When My Little Hariz HAPPY, Make me and Daddy Smile Always

My 3rd Lovely Application !!

Application for Fun & Games
Why?

i'm Crazy to have some fun when i get bored or nothing to do
In this application, they are so many Games to play
For sure i can invite my friend to join and play together,
we can compare score and mostly i loose .. haha


There are so many Application in this SmartPhone
All this Application you can Play Just on
iPhone
Exceed Your Vision

Tuesday, September 28, 2010

Bersediakah Kita??


Salam...

sebenarnya banyak yang hendak di update today.. tapi aku masih malas dan penat, banyak sangat agenda yg berlaku 2 ke 3 hr ni, tak tau mana satu yg hendak di ceritakan dulu,

dari cerita sahabat yg dh pergi mengadap illahi, majlis pertunangan adik ipar , bermalam kat dlm kete smpai sakit pinggang aku dan paling aku ralat , masih belum bertemu sahabat aku yg baru saja kehilangan suami tercinta..

Pernah tak korang terfikir, kalau suami yg di kasihi pergi dulu....
Aku tau kita memang tak pernah terfikirkannya, apatah lagi aku yg 100% mengharapkan suami melakukan banyak benda, bayar rumah dan kereta, itu mmg tamggunjawap dia, melakukan kerja2 kasar dan berat, melakukan hal yg remeh temeh, mintak rasakan masakan yg aku masak, mintak idea nak pakai baju apa, mintak tolong angkatkan barang2 ke atas.. kemaskan tanaman kat depan dan belakang rumah..buat itu ini dan bermacam lagi...

Sampaikan aku tak sangup nk listingkan apa yg perlu aku hadapi kalu dia tak ada, dan aku tak boleh bayangkan kelukaan hati sahabatku yg sedang menangisi pemergian suaminya.. Aku takut sebenarnya, menghadapi yg suatu hari nanti kita pasti akan pergi, walhal bende tu memang wajib di lalui, tapi aku belum bersedia, apatah lagi sahabatku yg masih mempunyai 2 puteri kecil yg perlukan kasih sayang seorang ayah.. Ya! Allah tak tau nak cakap apa..



okaylah! otak dah tepu ni, nanti update citer lain pulak..

Sunday, September 26, 2010

Al-Fatihah untuk Sahabatku


Salam

Pagi tadi aku menangisi permegian sahabat yg telah ku kenali sejak 9 tahun yg lalu, Arwah telah meninggalkan balu yg juga sahabatku baikku beserta 2 org puteri mereka yg berumur 5thn dan 3 thn.

Pada semua pemandu di malaysia, bawalah kereta dengan sabar dan patuhilah undang2 jalan raya, kerana anda memang tidak akan tahu kesannya pada orang lain.

Cerita kemalangan ada ku ambil kat SINI

kemalangan berlaku di jalan Mahameru
arah jalan tun razak
jam 10:30mlm


Ini adalah kereta arwah yg baru dibeli pada bulan ramadhan lepas

ini pulak kereta pemandu setan yg bawak laju sampai kereta melambung
dan langgar kereta arwah.



Buat Sahabatku Fasz,

Aku turut sedih dengan kehilanganmu, aku tahu berat mata yang memandang berat lagi bahumu yang memikul, aku juga tidak setabahmu menghadapi dugaan dari Allah.. tapi percayalah sahabat, setiap yang berlaku akan membuatkan dirimu tabah dan sabar.

Al-Fatihah untuk arwah syed Nasrul Faisal 31 tahun..