Thursday, June 23, 2011

Rezeki di QUEENPINK LUCKY FOLLOWER

Assalammualaikum

Seyes dh lama jugak tak update blog contest, penyakit M tu masih kuat menguasai diri...huhu
TAPI
dah namanya rezeki kan, terima kasih pada ifa, fieda dan intan belian, sebab sudi mention pasal kemenangan ni..lup uu la korang semua

kali ni aisha menang kat QUEENPINK LUCKY FOLLOWER
dapat adiah minyak wangii...uhhhh...best tuuu

terima kasih dik, 

ramai yg menang tu..Jom terjah SINI utk lihat senarai pemenang yg lain

Bila hariz dah pandai mengira


Assalammualaikum

Buah hati ibu dan ayah dan pandai mengira??...biar betul?? kenapa aku terkejut..hehe, bukan poyo yer, mana tak nya, aku dgn en. Ady terkejut, biasanya kami hanya mendengar dia menyanyi lagu ABC sampai Z ataupun Alif baa taa sampai yaa sampai habis, itu belum lagu twinkle2,enjit2 semut, rasa sayang hey atau macam - macam lagilah..

dan biasa juga bagi aku dgn en.Ady dengar dia turun tangga sambil membilang one to three sampai ten, atau satu,dua,tiga smpai sepoloh,  mmg hariz dari kecil lagi sudah di ajar menaiki tangga dengan berhemah dan mementingkan aspek keselamatan, penting tu kalau tak nak tengok dia memberontak dan naik tangga curik-curik, pastu jatuh...huhuhu kes naya tuu
                                               
hariz yg good boy

dan tiap kali dia nk naik tangga pon, dia akan cakap kat kami dulu, cth "ibu, ry nk pegi atas" ataupun dia nk turun bawah..nmpk tak penting tuuu komunikasi dgn budak kecik

sekarang hariz dah 2 tahun 2 bulan, dan yg paling best dia dh boleh mengira dengan sendiri..yeahh, gud job sayang, tadi dia bukak buku bear dia, dan aku pon tanya kat dia " ry, bear tu ader berapa, sambil tunjuk2 dgn jari..dan dia pon selamba badak jawap, one two three four...
" ada four ibu"

wah..okay2..next-next, mcm payah jer nak pecaya kan..betul pulak tuu

gambo lama hariz
"bear yg ni ader berapa pulak ry"
dia pun jawap one two three four five six
"six laaa"

huhu..tak leh jadik ni, aku pon amik sepit baju kat ampai luar umah
" ry, sepit baju ni ader berapa", sambil cekak pinggang ala2 cikgu tadika..hehe
satu dua tiga empat lima nam ujuh apan

" ada apan "

ye..betullah tu, nmpaknya, lepas ni mmg aku tak leh " klepet" anak bujang aku ni

alahai udah besar anak ibu, dan yg paling best skrg, dia selalu tunjuk perut aku, " buuu baby".."buuu baby"

adehhh..nk baby la pulak..

okay En.Ady..apalagik..silalah berusaha k. ke arah kehendak anakmu yg dh besar itu..hehe

p/s : gambo tak leh upload la mlm tadi, blogspot dh problem...cissss



Wednesday, June 22, 2011

Alhamdulillah dapat juga 3 hari

Assalammualaikum

Alhamdulillah, bersyukur sangat rasanya sebab dapat juga aisha berpuasa untuk 3 hari ni, niat di hati nak cukupkan sehingga hujung bulan rejab, moga puasa kali ini di permudahkan..amin

YE korang...bukan senang aku nk berpuasa di kala teman-teman yg lain tengah berseronok mengulit makanan yg lazat sambil borak-borak k...hehe..tapi di sebabkan aku mmg dah lama niat nk puasa pada bulan rejab, maka aku penuhi juga niat itu dgn sabar dan penuh keimanan..

kerana aku yakin janji Allah itu pasti

Kenapa aku nk sangat berpuasa pada bulan rejab?
Kerana, bulan REJAb adalah bulan Allah swt. Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya: 

* Diampunkan dosanya yang lalu. 
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal. 
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat. 




Kelebihan berpuasa pada bulan rejab

 Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipat gandakan pahalanya. * Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan). 
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat. * Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.
Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.
Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat. 

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan. 


P/s : Jom la puasa sama-sama , masih belum terlambat lagi..

Tuesday, June 21, 2011

Gangguan Bekalan air di negeri selangor dan KL (ESOK sehingga hari JUMAAT)


Assalammualaikum

start esok sehingga hari jumaat , akan ada gangguan bekalan air untuk negeri selangor dan kuala Lumpur.. kebanyakan kawasan yg kene adalah kawasan yg berpendudukan tinggi..

Meh tengok sini untuk EXTRA confirmation, karang cakap aku tipu pulak kan, hehe
Sila pastikan samaada kawasan korang ada terlibat atau tidak 
DAN 
Alhamdulillah, my house tak masuk dlm senarai, kecuali tempat keje..huhu

TARIKH DAN MASA GANGGUAN
8.00 pagi, 22 Jun 2011 (Rabu) hingga 8.00 pagi, 24 Jun 2011 (Jumaat) 

SEBAB - SEBAB GANGGUAN 
 Henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) bagi Kerja-kerja Penggantian Injap ’Sluice Valve’ DN 1350 Pam No. 8 di Rumah Pam Air Bersih dan Pencucian Kolam Imbangan ’Compartment B’.  

KAWASAN YANG TERLIBAT

Wilayah persekutuan
Keseluruhan kawasan Bukit Kiara; Kelab Diraja Selangor; Bukit Kiara Resort; Pusat Sukan Bukit Kiara; Pusat Sains Negara; Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); Suruhanjaya Sekuriti; Bahagian Teknologi Pendidikan; Pusat Konvensyen Sime Darby; Jalan Segambir; Jalan Belimbing; Jalan Setiabistari; Jalan Setiamurni 1 hingga 12; Jalan Setiabudi; Jalan Setiarasa; jalan Setiaraya; Jalan Setiajaya; Jalan Medan Setia; Jalan Setiabakti; Jalan Setiakasih; Plaza Damansara; Taman Seri Beringin. 

Wilayah Hulu selangor 
Kampung Serai, Kuang; Kampung Kuang, Kuang; Kampung Cempedak, Kuang; Kampung Gombak, Kuang; Kampung Baru, Kundang; Kampung Melayu Sri, Kundang; Kampung Permata, Kundang; Taman Desa, Kundang; Bandar Baru Kundang, Kundang; Kundang Jaya, Kundang; Taman Rahmat Jaya, Kundang; Kawasan Industri Kundang; seluruh Bandar Tasik Puteri. 

Wilayah Gombak
Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Kawasan Industri Tago; Sunway SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Manjalara Kepong; Desa Aman Puri; Medan Putra.

Wilayah petaling
Taman Bukit Mayang Mas, PJU 1; Kampung Cempaka, PJU1; Dataran Prima; PJU 1; Taman Aman Sari, PJU 1; Taman Bukit Emas, PJU 1; Taman Megah Mas, PJU 1; Ara Damansara; Taman Sunway Mas; Eastin Hotel; Phileo Damansara; Universiti Malaya; Pusat Perubatan Universiti Malaya; Seksyen 17, Seksyen 17A, Seksyen 19 – 22; SS1 hingga SS9 Kelana Jaya; SS 20 hingga SS 26 Damansara; Subang Airport (MAS Kargo, MAS Catering, APAC); keseluruhan Kota Damansara; Kampung Baru Sungai Buloh; Mah Sing; Pinggiran Subang; Subang Bestari; Kampung Sungai Kayu Ara (Jalan Kekwa dan Jalan Dahlia), Damansara; Damansara Idaman (PJU 1A), Damansara; Damansara Lagenda (PJU 1A), Damansara; Damansara Indah (PJU 3), Damansara; Tropicana Golf & Country Resort (PJU 3), Damansara; Tropicana Indah (PJU 3), Damansara; Pelangi Damansara, Damansara; keseluruhan kawasan Bandar Utama (PJU 6), Petaling Jaya; keseluruhan Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh; keseluruhan Perindustrian Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh; Taman Seri Putra, Sungai Buloh; Taman Impian Indah, Sungai Buloh; Taman Matang Jaya, Sungai Buloh; Saujana Akasia, Sungai Buloh; Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh; Seksyen 11, 12, 13, 14 dan 16; Seksyen 51A; Kampung Sungai Penchala/ Bukit Lanjan; keseluruhan TTDI; Mutiara Damansara (PJU 7); Damansara Perdana (PJU 8); Flora Damansara (PJU 8).

 Maklumat tambahan
Para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. Pihak SYABAS berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara akan bersabar dan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut; sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS; dengan menaip PUSPEL[jarak][aduan/pertanyaan], dan hantar ke 39222. Informasi ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel dan ’facebook’ dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’. 


JADINYA
SILALAH, SIMPAN AIR UNTUK BEKALAN 2 KE 3 HARI INI
UNTUK MENGELAKKAN KEJADIAN "TAK MANDI PAGI WAKTU PEGI KEJE"..HEHE


Hadiah...hadiah..lagikk

Assalammualaikum

Alhamdulillah, berkat kerajinan 2 ke 3 bulan lepas, ada juga rezeki aisha dlm LD/GA/dan contest yg telah di join. Di bawah ini gambar hadiah yg telah di berikan oleh penganjur yg telah selamat smpai.

Masih ada lagi hadiah yg belum smpai ke tangan aisha, walaupon contest tu dh abis 2 atau 3 bulan lepas..mungkin lepas ni personaly akan email mereka utk bertanya ttg status hadiah, kalau lambat aisha faham, tapi jangan senyap terus kan, nanti kat akhirat kelak apa lah yg hendak di jawap nanti...hehehe

Terima kasih untuk semua penganjur yg dah send hadiah..InsyaAllah kalau ada masa aisha join contest yg ada

tapi...sekarang ni mood utk join GA/LD/contest masih kelaut..huhu..apa nk buat MALAS la derr...

JOM LAYAN GAMBAR











kalau ader penganjur yg rasa hadiah dah pos tapi tak smpai2 gak
sila email ke email ni ya
najwwa@gmail.com
boleh kita ceciter dgn lebih lanjut lagi

TERIMA KASIH SEKALI LAGI

Monday, June 20, 2011

kenduri kawen..

Assalammualaikum

start dari end of last month, mmg seyes penat giler, mana taknya, banyak kenduri kawen yg perlu di attend oleh aku dgn encik ady, itu belum kira lagi weeding adik aku last 2 week..smpai dh naik jemu aku tengok nasi minyak dgn lauk daging..hehe

ni antara kad undangan perkahwinan utk bulan jun 2011

macam biasa, aku akan attend juga sambil mencuri-curi sedikit masa
dtg dgn anak, suami dan aku heret gak anak buah..

 1st weeding yg aku attend adalah antara saiful dan misra
 seyes badan gebu giler aku rasa masa ni


kemudian
Adik sall - zaba dan isteri
fahmi dan isteri
abdullah dan isteri
my sis zue dan alfie
rozie dan suami

dan weeding yg terakhir aku attend adalah ahad lepas
antara
Fauzy dan khalilah

kepada mereka semua

Selamat pengantin baru di ucapkan
Semoga di murahkan rezeki
di kurniakan cahaya mata yg sihat
dan berbahagia sehingga ke akhir hayat

AMIN