Saturday, August 07, 2010

Cabutan Bertuah 5 Hari!!

Salam

Aku telah di TAg oleh Sall tuk join cabutan bertuah ni..

Hanya 4 orang pemenang yg akan dipilih sebab hadiah ada 4 jek.

Setiap sorang akan menerima hadiah berupa "seketol" kartun dak pompan kiut montel chubby molat.... !
dan juga KAd RAmadhan ni...cantik kan








slogan "saya suka kambeng sebab..."
suka makan kambing
sebab kambing tu kiut
suka makan sikit je
sebab takut bau dia tu..
he..he

slogan pukul 4 pagi..merapu skit

okay..kali ni nak TAG

Lienast
Shaza
Tiefazatie


kepada yg nak join just click

Friday, August 06, 2010

Warrent Buffet Manusia ke 2 terkaya..

Salam..

Jom la layan citer ni,
member sebelah meja ni email pagi2..
kot2 ada pula yg kaya lepas baca kisah mamat ni..

gud luck..












Kalau semua ada mentaliti cam dia ni
kan baguih..

aku suka pemahaman dan think positive dia
sangat2 Low Profile




Wednesday, August 04, 2010

Invitation to My Water Moments Event with Sony TX5


Salam..

Ada sesiapa rakan blogger nak Join My Water Moment kat Sunway Lagoon Tak??

Invitation dari Pihak Nuffnang.. Rasanya macam nak pegi kot, sebab masuk FREE kan..

Jom la.. boleh mandi manda..



EMAIL by Nuff ....


Dear Nuffnanger,

We'd like to cordially invite you and your guest to the 'My Water Moments with TX5' event happening at;

Date: 7 August 2010 (Saturday)
Time: 10 am – 2 pm
Venue: Mali Cove, Sunway Lagoon

NOTE:
1. Kindly be there at
9.30 am for registration
2. Don't forget to come in your most comfortable beachwear as there will be lots of 'wet' activities!

Kindly confirm your attendance to the event by sending a confirmation email to
SonyTX5@nuffnang.com by 12pm, 6 August 2010(Friday). Please DO NOT reply to this email. Failure to confirm your attendance will result in your invites being revoked and passed to other bloggers.

We look forward to receiving your confirmation email!

Cheers,
Blogger Relations Department
Nuffnang Sdn. Bhd.

Tuesday, August 03, 2010

7C LELAKI & 8G WANITA


7C kenapa lelaki benci wanita
Datuk Dr Fadzilah Kamsah telah merumuskan 7 'C' yang boleh menyebabkan lelaki hilang minat atau benci kepada seseorang wanita.
1. Comot-Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot yang dimaksudkan ini boleh melibatkan wajah seseorang wanita itu, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukannya serta tindak tanduknya


2. Cerewet-Kata ulama hati wanita terletak di mulutnya. Oleh itu wanita perlu mgawal pcakapnya.

3. Cemburu-Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yang
terlampau cemburu sehingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka.
Ini memandangkan
lelaki akan merasakan diri mereka tidak dipercayai.
4. Cuai-Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam tiga tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, ini akan membuat mereka benci kerana situasi itu.
5. Celupar-Menurut Dr. Fadzilah, wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.
6.
Cabul-Cabul di sini membawa maksud keji dan segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak ada malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya tanpa menghirau batas pergaulan itu.


7. Cabar-Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Oleh itu mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Misalnya mencabar dengan kata-kata seperti, "saya cabar awak ....."

8G pada lelaki yang dibenci oleh wanita
1.Garang-( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh..macam ler dia betul semua, dsb)
2.Ganas-(kaki pukul, ngan pompuan pun nak tunjuk kuat sebab pompuan bukan lawannya)


3.Gementar-(takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain,dsb)

4.Gabrah - tak boleh/pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat pompuan aje, dsb)
5.Gentleman tiada-(langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri,ambik kesempatan,dsb)


6.Gerumal-(bahasa kedah -bohong atau tipu)


7.Ganggo-(keterlaluan- lembut sangat,pemalu sangat,pendiam sangat,macho sangat, dll)



8.Gatal-(miang keladi ngan pompuan lain selain dengan isterinya

Monday, August 02, 2010

Hariz Demam lebih 3 hari dan itu bukan demam biasa

Salam

Nak Citer skit, Minggu lepas Aku dan Hariz berkampung kat Wad Kanak - KAnak 2 kat Hospital Besar Kuala Lumpur. Kenapa? Meh sini aku story sikit...

Last 2 Week (Khamis)
Aku balik kerja dan amik hariz kat rumah pengasuh, bila sampai takde bayangan hariz menyambut aku sambil melompat - lompat dan mulut bisingnya. Bila Aku masuk rupanya Hariz demam Panas , Suhu badan dalam 38.5c, Pengasuh tu cuma tampal cool fever yg aku bekalkan..mmg aku standy benda ni..

Ni picture kat umah lagi.. mmg kain basah x lps la dr dahi & badan dia...

Balik Aku bagi ubat demam, sebab biasanya hariz lps makan ubat akan baik, biasalah kalau budak nk beralih bulan. Mmg demam dah kebah siap berpeluh - peluh lagi, tapi malam tu dlm jam 3 pagi hariz menangis , rupanya demam dia naik balik..huh..panik aku kejap

So, aku just continue bagi makan ubat, dan besoknya aku bawak pegi klinik dan amik ubat demam masuk bontot, sb dia ni jenis susah sangat nk makan ubat, jerit bagai kene rotan..

hari jumaat
lepas pgi klinik dan masuk ubat demam kat bontot, demam dah ok..baguih la kan, tetiba 4 jam lepas tu panas balik, eh..eh...demam ni boleh main on off pulak...konon2 ajak aku main cak...cak.. kot....sempat lagi aku berpikir camgini

takpe aku continue bagi ubat sampai ubat 3 biji msuk bontoo tu abis..

hari sabtu
jam 11 pagi, lepas ayah bwak hariz pusing2 taman naik kete.. lepas tu hariz tidur ... dan tiba - tiba demam hariz naik balik sampai 38.7c..Wah! ni mmg serius ni sebab ON OFF berkali - kali, Aku ajak encik suami ke SMC sb ada amik insurans tuk hariz, tapi suddenly my mom call tanyakan cucu dia, hai mak..cam tau jer cucu tak sihat.. mak aku suruh bawak ke HKL time2 tu jugak, sebab umah mak dekat nak ke situ, adik2 aku pun ramai kat sana.. senang katanya

dengan berat hati dan badan aku pun pegi ke HKL , sebab ape kes byr insuran mahal2 and last2 kene ke hospital kerajaan kan... redha jelah ..nanti mak aku bebel, lagi haru

Petang tu jam 4 lepas di amik darah dan Xray Paru - paru , doktor suruh hariz masuk spital sebab ada jangkitan paru - paru berkuman.. adey!..sakit jiwa aku.. mmg betul jangkaan aku yg hariz ni bukan demam biasa..

Ni picture kat HKL.. masih demam lagi..agaknya takut kot tgk nurse n doc

hari Ahad
Doktor datang buat rawatan susulan, sebab hariz hanya di beri ubat demam..mak aiii...susah sangat nak bagi makan ubat, bersilat jugakla aku di buatnya..

Doktor cakap : anak awak ni ada jangkitan paru - paru berkuman tapi bukan bakteria, uii..suspen aku di buatnya, rupanya hariz ada jangkitan virus kat paru2 dia..

tau tak apa beza bakteria dan virus..

Bakteria : boleh di rawat dgn antibiotik

virus : tiada ubat untuk di rawatan jangkitan virus

aku suspek masa aku bawak hariz jalan2 kat times square hari tu, mesti dia berjangkit tak tau kat mana.. btw masa tu jugak aku nmpk budak skolah kene langgar ngan kereta meninggal kat situ..nauzubillah..jauhkanlah dari keluarga aku... sedey tgk budak tu.. lintas jalan tak tgk kiri kanan agaknya...

hari ahad..
doc bagi ubat demam dan antiviral.. sebab demam dia masih tinggi lagi dan doc try rawat virus ni dgn ubat antiviral .. aku pun bersilat jugalah bagi makan ubat, bukan senag nk bagi mkan ubat, tapi sebab aku cekalkan hati.. aku bagi jugak.. last2 masa dia tidur aku picit ubat tu sikit2 kat mulut..ngamuk gak la..tapi kejap jer..sebab dia ngantuk.. sory syg..

kene juga buat check H1N1 (negarif) dan sedut kahak kat paru2 dia (check virus)
.. mcm biasa nangis jerit - jerit lagi... (kesian anak ibu)

lepas 3 kali makan ubat antivirul tu, dan selera makan pon ada sikit, demam pon dah takde alhamdulillah.. aku harap hariz kuat lawan penyakit ni, kesian aku tgk budak2 masuk wayar kanan kiri, lembik, menangis 24 jam..sian oo duk spital nengok baby umo 6 month..batuk..merengek ... sedey..sedey... x moh dah duk spital

Isnin
Hariz masih lagi tak boleh kluar hospital, sebab doc tak dpt nk check paru2 dia.. kenapa? sebab asal doc masuk bilik jer, dia mengamuk bagai..Anti betul dia dgn doc atau nurse yg pakai baju putih.. padahal bukan nak usik dia pon..uhh.. penat melayan karenah budak tecik ni...

petang
masa lawatan doc, hariz tidur, dan doc pon amik kesempatan check paru - paru dia, alhamdulillah..dh tak ada bunyi lagi, lepas check terus doc cakap boleh keluar.. of course org yg paling gembira ialah Aku..penat duk hospital ni, hati sedey tgk baby - baby sakit.. rasa cam aku nak amik baby tu dan dodoikan.. sebab aku tgk mak baby tu dh letih sangat2... moga Allah membantu mereka..

Sepanjang aku duk kat spital ni..
Wad kelas 3 jer, tapi aku ingat kelas 2...
Nurse dan doc mmg baik - baik belaka
makan..bolehlah .. nama pun hospital
tempat tidur... tilam tuk katil hariz dan aku empuk jugak - selesa
toilet.. bersih
tidur malam - air cond, siang kipas aje..tapi okay la tu kan..

keseluruhan Not bad juga duk kat HKL - 3 hari 2 mlm dan aku cuma byr RM19.50 aje


Okay.. itu jer nak citer.. Walau Ape pon
Aku Berterima Kasih kat Nurse dan Doctor kat Wad kanak - kanak 2 di HKL
Terima kasih banyak - banyak di atas segala pertolongan kalian
Hanya Allah s.w.t yg dapat membalasnya..







Menang Contest: Miss Zahidah Holiday

Salam...

Terima Kasih buat Miss Zahidah kerna sudi
memilih Entri akak
sebagai pilihan 1 Hadiah Utama..

Terima Kasih jua kepada pihak juri
MEL and IZZAH

1 Hadiah Utama

Adyshariz

komen dari hakim: kreatif sebab buat pantun, menarik ada gambar

Tahniah juga Pada

Mama Zharfan
Tiefazatie

Result keseluruhan

sememangnya korang mmg the best jugaklah..


Thanks a lot