- Cuti bersalin 90 hari!!(tertakluk kepada jumlah cuti yang diperuntukkan)
- Pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan akan digantikan dengan penilaian yg sewajarnya.
- Bantuan RM500 kepada penjawat awam yg akan dibayar pada Disember.
- Menyambung khidmat pegawai khidmat singkat utk setahun lagi.
Saturday, October 16, 2010
Budget 2010 yg Aku suka
Perfume Keluaran BARAT...HALAL ker untuk di gunakan?
Saya manusia yg begitu lemah iman, tidak mampu menegah dgn perbuatan serta pertuturan. Hanya doa yg termampu dilakukan. Namun saya masih tak gembira dgn sikap saya krn tidak berusaha bersungguh mencegahnya. Maka, saya rasa sekarang Allah berikan saya lorong pertuturan mengajak rakan-rakan yang dirahmati Allah meninggalkan sesuatu yg selama ini kita jahil mengenainya...
Cerita begini...
Sewaktu mengikuti rombongan Puspanita ke Indonesia bersama kumpulan isteri-isteri orang kenamaan termasuklah Puan Seri dan beberapa orang Datin, kami transit di Singapura dlm perjln balik. Sewaktu di duty free shop sambil berjalan bersama seorang Datin, kami melalui kedai perfume. Ramai ahli-ahli biasa puspanita dan lain-lain Datin serta Puan Seri singgah dan mencuba berbagai jenis perfume yg ada. Memang agak lumrah perkara ini berlaku dan ia bukan setakat di kalangan wanita malahan kaum lelaki juga.
Tiba-tiba seorang Datin bersuara kpd kumpulan 'pembeli' perfume ini... "dengar ni nak cerita" katanya. "Dulu saya suka pakai minyak-minyak wangi begini dan buat koleksi hampir semua jenis jenama perfume buatan luar negara. Satu hari saya ikut Dauk melawat Europe dan kami dibawa ke kilang membuat minyak wangi. Dalam kilang yang begitu besar itu, bermacam-macam jenama minyak wangi dipersembahkan kpd rombongan kami dgn harga kilang yg jauh lebih murah berbanding dgn harga di pasaran.
Sampai pd satu peringkat pembuatan, kami melalui kawasan di mana terdapat tangki-tangki besar berisi bendalir putih yg dicampurkan ke hasil akhir iaitu minyak wangi tadi.
Saya pun tanyalah pekerja kilang itu apa bendalir putih tu dan untuk apa kegunaannya?" Jawapnya.. "Oooh! That's lard, and it helps the smell stays longer". Datin itu bertanya lagi dalam nada terkejut dan wajah selamba, "you mean you add lard in all types of perfume?" "Oh yes! Or else the odour will not last."
Cukup setakat itu cerita saya kpd sahabat sekelian. Dipendekkan cerita, saya menyeru kpd rakan2 Muslim sekelian, bhw semua jenama pewangi import ada mengandungi minyak babi. Marilah kita semua berhenti dari menggunakan barangan tersebut. Ramai rakan-rakan kita yg mengunjungi tanah suci Makkah dan Madinah dan disana banyak terdapat minyk wangi yg tak dicampur dgn bahan dari babi.
Di negara Egypt yg merupakan negara pengeluar minyak wangi terbesar dari kalangan negara-negara Islam, bermacam2 perfume boleh didapati dan barang tersebut juga boleh diperolehi di Malaysia. Kita hanya perlu bertanya negara asal pembuat perfume itu.
Ujian Allah adakalanya begitu ringan dan mudah.... berhentilah menggunakan minyak wangi jenama Barat... itu sahaja. Namun ia memerlukan kekuatan iman yg jati utk mengubah diri kita ke arah keredhaan Allah.
Friday, October 15, 2010
Rating NONA jatuh sebab Maya Karin tak best ??
Selepas hampir setahun Maya Karin mengemudikan rancangan Nona, maklum balas yang diterima adalah pelbagai. Sudah menjadi adat resam dunia hiburan, ada yang suka dan ada yang tidak. Rata-rata maklum balas yang diterima kebanyakannya merasakan Maya tidak mampu menarik perhatian minat mereka untuk terus menonton Nona seperti mana musim-musim terdahulu. Sehingga ada desas-desus mengatakan rating Nona tidak lagi sehebat dulu apabila ia hanya sekadar mencatatkan jumlah penonton sekitar 1 hingga 1.2 juta setiap minggu sahaja.
Pelbagai reaksi yang diterima tentang gaya penyampaian Maya yang pada hemat mereka kelihatan kekok dan begitu canggung sekali jika hendak dibandingkan dengan penyampai terdahulu. Memang pada asalnya, kata Penerbit Eksekutif Nona, Hartina Ayu Harun, pemilihan Maya sebagai hos Nona adalah untuk memikat golongan urban di samping pengikut setia program wanita unggul itu.
"Adalah tidak wajar untuk menyalahkan Maya sebagai punca rating Nona tidak sehebat ketika Normala atau Nurfarahin mengendalikannya dulu. Kami di TV3 harus akui persaingan kini semakin sengit dan penonton pun mempunyai seleksi untuk memilih rancangan kegemaran mereka. -Utusan
P/s : yg pastinya aku dah tak layan rancangan Nona..haha..
Teka-teki imam ghazali
Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".
Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."
IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."
Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "
Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "
Thursday, October 14, 2010
Majlis Pertunangan Adik Ipar KL - Temerloh - Mersing
(Gossip) Maria Farida Peluk Erat Shahz Jaszle, Hangat Bercinta
Ya, Maria Farida bukan’nya muda lagi, sama seperti Rita Rudani. Mungkin ada aura tersendiri, mereka berdua mempunyai persamaan, iaitu meminati jejaka-jejaka yang 10 atau 20 tahun lebih muda daripada mereka.
Maria mempunyai hubungan intim dengan pelakon baru Shahz Jaszle (Tari Tirana, Asmara) yang baru berusia 24 tahun. Malah, Shahz juga tidak segan silu menayang foto mereka berdua bersama di dalam profile BlackBerry Messenger milik’nya. Fuh, anda lihat’lah sendiri, memang bergaya sakan habis Maria menayang jejaka idaman’nya itu.
Bukan itu sahaja, gerak-geri dan perlakuan mereka berdua memang seperti pasangan yang dibuai cinta. Kata orang, wanita yang lebih berumur selalu’nya lebih memahami kehendak seorang lelaki muda. Sama seperti wanita, lelaki juga suka dimanjakan dan diberi perhatian. Mungkin, skill tersebut ada pada Maria sehingga mampu membuat Shahz jatuh cinta kepada’nya.
Atau, Shahz Jaszle itu anak ikan Maria Farida? Amboi, melampau mulut!
UPDATE: Shahz Jaszle menafikan hubungan cinta antara mereka berdua, kata’nya sekadar suka-suka.
P/s : Masa bergambar tak hingat lelaki ngan perempuan, halal ker haram..pelik btui..
Wednesday, October 13, 2010
Jom Timbang Blog Korang.. Aku dah
Tuesday, October 12, 2010
Demam + Blogwalking + Hadiah Lucky Draw
Perkahwinan Datuk Sani.. Tokey bas yg berjaya
Usahawan berjaya, Datuk Sani Salleh yang sebelum ini seorang artis sudah pun berkahwin dengan tunangnya(kini isteri) semalam kalau tak silap
Majlis perkahwinan yang meriah tersebut diadakan di Ri-Yaz Heritage/Marina Resort and Spa, Pulau Duyong. Selamat pengantin baru di ucapkan kepada Datuk Sani dan isterinya.
Nanti dah beristeri nanti jangan lupa pulak dengan bas-bas tu ya Datuk Sani. Miahahaha! Just kidding!
KUALA TERENGGANU: Majlis pernikahan usahawan bas berjaya, Datuk Wan Mohamad Sani Salleh, 34, dengan Fatimah Dalilah Omar, 30, di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI) Pulau Wan Man, di sini, semalam meriah dengan konvoi lebih 10 kereta mewah termasuk Ferrari dan Lamborghini.
Kehadiran konvoi berkenaan di pekarangan masjid itu dinantikan penduduk kampung yang menunggu seawal jam 9 pagi di kiri kanan jalan bagi melihat lebih dekat pasangan pengantin selain tidak melepaskan peluang merakamkan konvoi berkenaan.
Air mata kesyukuran mengiringi Pengarah Urusan Kumpulan Sani United Sdn Bhd itu sebaik selesai melafazkan nikah tiga kali yang diakadkan bapa pengantin perempuan, Omar Endut tepat jam 11.30 pagi, dengan disaksikan jurunikah Ustaz Mohd Shukri Harun, imam Masjid Batu Buruk, di sini.
“Saya bersyukur majlis pernikahan berjalan lancar dan tidak menafikan sedikit gementar ketika berhadapan situasi itu,” katanya pada sidang media selepas majlis berkenaan.
Majlis yang turut dihadiri kira-kira 150 jemputan termasuk keluarga dan saudara-mara serta sahabat handai pasangan pengantin.
Konvoi mengiringi pasangan pengantin bermula dari Ri-Yaz Heritage/Marina Resort and Spa, Pulau Duyung, di sini, kira-kira jam 10.30 pagi dan tiba di perkarangan masjid jam 11 pagi.
Pihak pengantin lelaki menyediakan 13 dulang hantaran termasuk cek bernilai RM100,000 dan sebuah Mercedes Benz CLK manakala hantaran balas pihak perempuan 15 dulang.
Mengenai destinasi bulan madu, Wan Mohamad Sani, berkata beliau belum memikirkan perkara itu bagaimanapun tidak menafikan destinasi pilihan isteri, Paris.
“Paris kota cinta,” kata Datin Fatimah Dalilah ketika ditanya kenapa negara itu menjadi pilihan dia dan suami untuk berbulan madu.
Majlis persandingan mempelai itu sebelah malam di Cindai Ballroom, Ri-Yaz Heritage/Marina Resort and Spa membabitkan hampir 1,000 jemputan.
Terdahulu, jamuan membabitkan jemputan penduduk kampung dan saudara mara diadakan di tempat sama sebaik majlis akad nikah selesai sebelum berakhir jam 3 petang.
Monday, October 11, 2010
7,000 pemilik setuju hantar balik kereta - Alahai Proton
KUALA LUMPUR - Seramai 7,000 pemilik model Proton Gen.2 dan Satria Neo bersetuju menghantar kenderaan masing-masing untuk pemeriksaan komponen berikutan langkah pemanggilan semula kedua-dua model itu.
Pegawai Perhubungan Awam Proton Holdings Berhad (Proton), Widia Yana Abdul Rahman berkata, maklumat tersebut diperoleh melalui laman sesawangnya sejak pengumuman mengenai perkara itu dibuat Jumaat lalu.
"Kami mendapat maklum balas yang positif daripada para pemilik model tersebut.
"Bagaimanapun pemeriksaan itu melibatkan kerosakan pada clock springs sahaja dan bukannya keseluruhan kenderaan tersebut," katanya dalam satu kenyataan kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.
Kosmo! baru-baru ini menyiarkan langkah Proton memanggil semula kesemua model Gen 2 dan Neo yang dikeluarkan antara tahun 2004 dan 2008 ekoran kerosakan pada komponen clock springs.
Menurut Widia Yana, pihak Proton tidak meletakkan sebarang tempoh tarikh tamat bagi pemeriksaan percuma tersebut.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Proton i.Care di talian 1-300-880-888 dan laman webnya www.protonaftersales.com serta wakil jualan terdekat Proton.
Perutusan Filem 2 Alam Macam umumkan bila nk Raya pulak
Ha ha, nak gelak salah, tak nak gelak nanti di’cop gila. Ini cerita serius, filem 2 Alam yang di’katakan akan mengutip RM40 juta bakal ditayangkan di pawagam pada 18 November. Itu tidak mengapa, cuma buat kali pertama dalam sejarah, pelancaran filem dibuat ala-ala perutusan hari raya!
Fuh, terus jem otak kami bila muncul-muncul sahaja, Dr. Rozmey buat ucapan, “berbesar hati mewartakan & memuktamadkan tarikh tayangan filem 2 Alam serentak ke 83 pawagam seluruh negara 18 November 2010 bersamaan dengan 11 Zulhijjah…” Nasib tiada pemegang mohor diraja.
Dr. Rozmey kacak selepas ini.
p/s ; Aku copy paste dari http://www.ohbulan.com/
tak penah lagi org lain wat camni, ni kalau david teo tgok mesti bengkek jer..hehe