Assalammualaikum
kepada semua peserta adyshariz Lucky draw dan kekawan blogger sekalian..
MAAF di pinta dari kalian semua.
Aisha dan keluarga sedang berkabung di atas pemergian arwah adik iparku, iaitu Allayarham Nazil Zabha bin zakaria, dan buat masa ini, sebarang perkembangan tentang Lucky draw ini akan di lewatkan sehingga di beritahu kelak.
Kami sekeluarga masih lagi terkejut dgn pemergian arwah secara tiba-tiba, dan telah meninggalkan adik ku sharifah bersama 2 orang anaknya yg masih kecil..Norlaila sofea 8 tahun dan shamir Nazman 4 tahun.
Yg pasti berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul, aku amat sedih kerna melihat adik yg disayangi di beri dugaan yang maha hebat ini. Pastinya Allah! tuhan yg maha kaya dan maha mengetahui setiap kejadian telah merancangNYA.
arwah meninggalkan isteri dan anak 2 org.
dan inilah raya terakhir utk kami sekeluarga bersama beliau..
Jika ada sesiapa yg mengenali arwah, aku mohon maaf andai arwah ada terkasar bahasa dan perbuatan sepanjang kehidupannya di bumi Allah swt. dan sekiranya arwah ada berhutang pada kalian, sila beritahu kepada kami sekeluarga, insyaAllah akan kami langsaikan...dan aku wakil dari pihak keluarga memohon maaf bagi pihak arwah, minta di halalkan segala makan dan minumnya sepanjang arwah mengenali kalian..
Kini,
Hilang sudah teman buat suamiku, kerana hanya mereka menantu dalam keluarga kami, gugur juga airmata suami, kerna teman utk bebicara sewaktu pulang ke rumah mak telah tiada..dan paling terasa pasti mak,mamat,bedah dan adik ku ifa, kerna saat pemergiannya, mereka ada di sampingnya..Ya!Allah, kau kuatkanlah hati kami, berikan kami ketabahan dlm meniti hari-hari mendatang..Aku harap adik ku tabah dan sabar dgn dugaan yang Allah berikan kepadanya...tuhan lebih menyayanginya..
Sedih,
kehilangan arwah yg amat disayangi amat memilukan hati kami sekeluarga, sepanjang kehidupan kami 9 tahun ini, arwah banyak membantu dalam meringankan beban kami sekeluarga, ibarat bahu yg memikul beban 9 tahun yg lepas kini diletakkan kembali.. mak paling sedih aku lihat, sehinggakan acap kali memanggil suamiku dgn nama nazil. Ya! Allah kau berikan ketabahan dan kesabaran kepada mak..
Adik,
org yg paling terasa dgn pemergian arwah pastinya adik ku sharifah, kehidupan mereka amat bahagia dan di berikan amanat 2 org cahaya mata yg amat mereka kasihi.. sehinggalah semalam, segalanya berubah.. Allah sedang mengujimu wahai adikku, jgn kau khuatir dgn kehidupan mu selepas ini, aku akan menjaga kalian sebaiknya, itu janji aku kepada arwah saat aku melangkah pergi meninggalkan kuburnya.. yang pasti kehidupan di dunia ini, akan kita harungi bersama..itu sudah menjadi tanggungjawab kami sekeluarga, apalagi bila mengenangkan 2 orang anak yg telah yatim yg tidak mengenal apa-apa..
sekian untuk coretan kali ini..
Insyaallah, apa yg aku janji dgn kalian akan di kotakan, dan MAAF di atas segala kesulitan..
Al-Fatihah utk arwah Nazil Zabha bin Zakaria