Friday, March 02, 2012

Nama Jalan yg Kuang ajor...

Assalammualaikum

Selamat hari Jumaat semua,  moga hari ni, kita semua beroleh kesenangan dan keberkatan.. dan yg paling penting sila jaga tutur bahasa anda sblm keluar rumah..hahahah

okay aku terkejut jap tadi sb terbaca NAMA jalan ni...@@%!@$^*%!#@@!@

oppsss..korang baca la sendiri, pelan-pelan dan dalam hati jer tau


nampak tak?
nama kampung tu..
ni goggle map k


only in malaysia
wahai org kampung, sila la tukar nama jalan tuuu
bahasa mencerminkan BANGSA..



Wednesday, February 29, 2012

Warehouse Sale - Sport Item

Assalammualaikum

Bagi peminat barangan sport semua , jom beramai-ramai singgah ke RSH sport center, sb kat situ ada buat warehouse sale great diskaun..untuk mereka yg masih berpoket tebal or kredit kad masih dlm limit lagi..ahaksss

Harga yg di tawarkan berbaloi dgn barangan yg dijual 

So sapa yg nak pegi sila amik alamat di bawah..


Company:  RSH Sports
Location:  Lot 691, Kompleks Hamodal 5, Jalan Lagoon Selatan, Off Jalan Kewajipan, Subang Jaya
Contact:  03-51232668
Start Date:  Wednesday, February 29, 2012 (All day)
End Date:  Sunday, March 4, 2012 (All day)

Selamat Shopping smua..

aku dh shopping smalam RM600 kopak cam tu jer..hahahaha..
adeh!!!


TGI Friday's Celebration Today Only

Assalammualaikum

Bertuah badan sapa yg lahir pada hari ni 29 Februari..selang 4 tahun baru umur meningkat..ahhaha, joke jer..

Lagi bertuah sebab, sapa yg lahir pada hr ni akan dapat makan percuma di TGI Friday's.. Just tunjuk IC korang, dan dpt makan FREE.. dan kalau korang teringin nak makan kat sini, hari ni promosi, Buy 2 and get 1 set FREE.. 

So, anyone nak lunch kat sini?? beli 2 set dapat percuma satu lagi set untuk org yg ketiga.. kan dh jimat tu




Company:  TGI Friday's Malaysia
Location:  TGI Friday's Malaysia
Start Date:  Wednesday, February 29, 2012 (All day)
End Date:  Wednesday, February 29, 2012 (All day)
Are you born on the 29th of February? FREE Entree on TGI. Fridays and get a free main course!!
* T&C apply



Tuesday, February 28, 2012

Air Asia - 20,000 FREE SEATS


Assalammualaikum

Okay..Air asia dah start buat promosi balik, so..kepada kawan-kawan yg nak plan pegi melancong, meh la gigih bukak website airAsia dan cubalah dapatkan tempat di antara 20k Free Seats ni..

Tak cuba tak tau!! kann..kann..kan...

Ada duit, ada masa, semuanya boleh dong..

TAPI..pegi FILIPINA JER....hahahaha.., ingatkan boleh pg merata dunia..kihkihkih..terkono den



Company:  Air Asia
Location:  Air Asia
Start Date:  Tuesday, February 28, 2012 (All day)
End Date:  Sunday, March 4, 2012 (All day)
Are you ready as Philippines’ AirAsia will be flying you to Davao and Kalibo?

20,000 FREE SEATS up for grab - just pay all-in-fare RM15 one way! Remember to take this chance to fly to both AWESOME destinations!

The Philippines is now open to you tonight at 00:01 hrs (GMT+8)

Booking Period: 28 February 2012 – 4 March 2012
Travel Period: 28 March 2012 – 31 Jan 2013


P/s : tengah gigih masuk website airasia tuk carik harga yg berpatutan


Yoga Bayi: Aksi Kejam Terhadap Bayi?? gila


Assalammualaikum

Tadi singgah ke satu blog bacaan, dan terbacalah kisah Yoga Bayi..Mak aii!!! seyes menakutkan betul cara diorang handle budak kecil tu, seram aku nengok cara dia melambung-lambung, dah macm melambung anak patung pulak rasanya..

Korang Nilaikanlah sendiri...
Yoga Bayi: Aksi Kejam Terhadap Bayi, Menakutkan?


Cuba pembaca bayangkan seorang bayi yang baru berusia dua minggu, yang masih lembut tubuhnya dihayun ke kiri dan kanan oleh seorang dewasa mengelilingi kepala serta diperlakukan seolah-olah seperti peralatan senaman harian.

Menakutkan?

Begitulah ‘Yoga Bayi’ yang dipraktikkan oleh seorang pakar terapi dari Rusia, Lena Fokina, 51, terhadap seorang bayi yang menjadi ‘mangsa’nya dan aksi-aksi ‘akrobatik’ tersebut jelas membimbangkan ramai pihak, khususnya para ibubapa.

Menurut Lena, terapi itu asalnya diamalkan oleh puak-puak Afrika purba yang kemudiaannya dipermodenkan oleh seorang pakar, Dr. Igor Charkovsky, dan dilakukan terhadap bayi yang berusia beberapa minggu hingga umurnya mencecah dua tahun.

Wanita Rusia itu juga menjelaskan bahawa teknik itu sangat membantu tumbesaran bayi dan menegaskan bahawa tindakannya itu tidak salah dari sudut kemanusiaan sama sekali.

“Kaedah ini pada asalnya dibangunkan untuk menyembuh dan membetulkan kesihatan bayi yang mempunyai masalah otot atau tulang, namun ia juga sesuai untuk kanak-kanak yang sihat.

“Pergerakan ini direka untuk meningkatkan keupayaan otot dan pembangunan mereka.

“Dan sebenarnya bayi mampu membaca, menyanyi, bercakap, berenang sejak dilahirkan. Ia (yoga bayi) juga membuat tangan mereka yang lebih kukuh. Kami berperi kemanusiaan dan tidak berbuat apa-apa kesalahan pun,” katanya yang dipetik dari laman Dailymail.uk.com.

Meskipun menyedari ramai pihak yang marah melihat perlakuannya terhadap bayi yang menjalani terapi yoga bayi itu, Lena menegaskan bahawa tubuh badan bayi yang masih lembut itu mampu menyesuaikan diri dengan kaedah itu.

“Tubuh badan bayi yang kecil yang boleh menyesuaikan diri dengan proses mudah jika diamalkan secara beransur-ansur.

“Bayi itu akan selamat (dari sebarang kecederaan) sekiranya ibubapanya atau pengamalnya mempelajari, memahami dan menggunakan cara yang diajar oleh Dr. Charkovsky.

“Kebanyakkan orang rasa marah melihatnya (cara terapi yoga bayi) kerana mereka tidak sedar mengenai keupayaan sebenar bayi sedangkan sebenarnya kebolehan bayi-bayi ini lebih luas dari yang difikirkan,” katanya lagi.

Bagaimanapun, hujah Lena dan Dr. Charkovsky ini telah mencetus kontroversi dari ramai pakar-pakar perubatan moden yang membantah terapi ‘kejam’ itu.

Ada di antara pakar-pakar itu yang berpendapat bahawa terapi itu mampu menyebabkan gegaran otak dan mengakibatkan kecacatan mental bayi.

Lena menyifatkan kritikan negatif yang diterimanya itu sebagai jahil dan melalui pengalaman selama 30 tahun mempraktikkan yoga bayi, belum ada lagi bayi yang berakhir dengan kecacatan mental mahupun fizikal.

“Pertama kali saya mencuba yoga bayi ialah pada 30 tahun lalu terhadap anak perempuan sulung saya, Alexandra. Pada mulanya saya bimbang, tetapi kemudian saya menyedari bagaimana anak-anak saya gembira menikmatinya dan ia begitu memberi inspirasi kepada saya.

“Mereka yang mengkritik kaedah ini adalah jahil. Jika mereka cuba untuk memahami apa yang kami lakukan, mereka akan mengubah pemikiran (tanggapan) mereka.
Semua anak-anak saya telah berkembang mengikut kaedah Charkovsky dan mereka semua telah mencapai keputusan cemerlang dalam kehidupan. Anak-anak saya adalah juara Rusia dalam acara payung terjun, terjun bebas dan menunggang kuda.

“Sekarang anak-anak saya mengamalkan mereka kaedah-kaedah yang sama pada anak-anak mereka sendiri. Ia adalah bukti yang terbaik,” katanya penuh yakin.

Berikut adalah aksi bayi yoga yang dimaksudkan dan para pembaca diingatkan agar jangan melakukan aksi-aksi sedemikian selagi tidak mempelajari dan mahir dengan kaedah yang diperkenalkan Dr. Charkovsky tersebut.

Sumber dari http://mynewshub.my



Burger King Flaming Only Rm1.95 (27Feb until 29Feb)


Assalammualaikum

Kepada yg teringin nak makan burger king dgn harga yg murah, sila lah melawat BR yg berdekatan, start pada Semalam 27 Feb 2012 sehingga rabu ni 29 Feb 2012, harga burger Flaming hanya RM1.95..TAPI..

sblm tu, sila baca entri ni smpai habis untuk tujuan pengesahan.. k


Company:  Burger King Malaysia
Location:  Burger King Malaysia
Start Date:  Monday, February 27, 2012 (All day)
End Date:  Wednesday, February 29, 2012 (All day)
BK® Officially brings you BK® FLAMING DEALS..! 

RM 1.95* Only for an ala carte Whopper Jr® or ala carte Grilled Chicken!

3 DAYS ONLY!!! From 27 - 29 February 2012 Only! 

*With any medium carbonated drinks purchased

Terms & Conditions
- One medium carbonated drink purchase for each ala carte burger
- While stocks last
- Not applicable with other BK® promotions
- Not applicable for BK® Delivery
- Valid at all BK® Peninsular restaurants except BK® KLIA

Terima kasih sb sudi baca entri ini..



Monday, February 27, 2012

Giveaway Vote & Win for Azry Hariz

Assalammualaikum

Jom sertai "Giveaway Vote & Win for Azry Hariz" , hadiah yang ditawarkan berbaloi untuk 5 orang peserta yang bertuah.
 Sticky Post 
27 Feb - 12 Mac 2012


Cara menyertainya
1)- Copy Banner di atas  letakkan di sidebar blog anda, dan Link kan balik ke Entri ini - TIDAK perlu buat Entri
2)- Pastikan anda ada Lama Facebook
3)- Klik LINK INI untuk terus ke laman FB Johnson's baby
4)- Klik "VOTE NOW"
5)- Taip nama "AZRY HARIZ" di ruangan search
6)- dan "TEKAN VOTE" untuk gambar ini.


7)- dah siap VOTE, sila tinggalkan NAMA dan LINK ke blog anda, di ruangan komen.
8)- Pemenang akan di tentukan melalui Lucky Draw.
9)- Hadiah akan di Update kemudian, InsyaAllah berbaloi

Terima Kasih kerna sudi menyertai.


Jemputan Walimatul Urus

Assalammualaikum

Buat kawan-kawan yg mempunyai kelapangan pada hari ahad ini iaitu 4/3/2012, di jemput hadir agar dapat memeriahkan lagi majlis perkahwinan adik aisha No.3 bertempat di :-

Alamat Majlis :-
Dewan Orang Ramai,
Condominium Sentul Utama
Jalan Dato senu 26
51000 Kuala Lumpur.

Kedatangan anda semua, amat aisha hargai.





Maaf, kualiti gambar yg amat teruk, smuanya sb nak cepat ;-)

" Beras kunyit kami taburi
Air Mawar Direnjis Wangi
Undangan Kami Setulus Hati
Harap Sudi datang Merai "


Walimatulurus Lisa & Yusri

Assalammualaikum

Semalam baru bekesempatan tgok TV Astro  rancangan "Walimatulurus Lisa dan Yusri ", sangatlah Loving couple bila tgk cara lisa dan yusri berkomunikasi, Sangat touching rasanya tgok cara mereka berpandangan, hope perasaan tu berkekalan sehingga ke akhir hayat... 

Dan part yg paling aku suka dlm rancangan ni, masa Mak lisa ambik part dlm perhubungan anak dia, Sblm yusri keluar dgn lisa, dia keluar dulu dgn mak dia tgok wayang..hahahaha..zaman aku manalah ada cam tu, kira yusri ni lelaki yg gantlemen jugak.. nak anak, keluar dgn mak dulu is not a big issue.. yes!! i like

Erra pon ada sekali dlm temubual rancangan ni , kira sporting jugaklah erra ni, sb statment yusri sblm ni dia kan takut di kecewakan lagi, sb tu dia takmo kawan dgn perempuan sehingga dia meet lisa.. emm..takpe citer lama, just tutup buku jer... as long erra pon happy with emran , and yusri pon dh jumpa penganti.

tak sabar nk tgok PART 2 pada 3 Mac ni, harap sempat tengok, kalau tak pon kene tgok ulangan la jawapnya.. my sis kawen la hari tu, mesti BZ gila kan..;-) nak tgok lisa mandi bunga dgn kawan2 dia, waktu aku kawen mana lah ada bende ni, just pg spa, mandi rempah dan susu, itupon terkejar-kejar..huhu

ok lah.. kepada peminat mereka just stay tune kat astro untuk tonton PArt 2 pada 3 mac 2012, jam 10 malam


lisa yusry

"Moga mereka berbahagia sehingga ke akhir hayat
dan di kurniakan ccahayamata yg soleh dan solehah"
AMIN


Sunday, February 26, 2012

Tukar Header untuk tahun 2012


Assalammualaikum..

Lama dah rasanya tak tukar header dan color kat belog ni, kali ni aisha tukar color pin and red skit untuk menaikkan semangat berblogging..hahaha, maklumlah, semangat asyik kelaut jer..

header lama color biru masih di simpan, syang pulak nk buang.. So, start from today, ni wajah blog aisha yg terbaru.. harap mood sentiasa mariii..hehe

yg lama 2011

yg baru 2012

hasil kerja tangan di waktu smua org dah beradu..huhu.. ok ler tu...




Kemenangan ke-3 dr Magazine yg sama!!

Assalammualaikum

Jumaat lepas aisha ada terima satu SMS dr penaja hadiah, SMS tu suruh ambik hadiah kat menara citibank, Dalam hati, tertanya-tanya juga mungkin ni magazine bulan yg lain kot, nak confirmkan balik hadiah tu dgn magazine mana, balik umah terus check..

Ya Allah!! tak sangka langsung, sebab last 2 week baru je amik 2 hadiah dr magazine yg sama, la ni datang pulak satu lagi..Alhamdulillah rezeki betul rasanya.

Walaupon hadiah ciput, tapi amat bersyukur sebab aisha org baru yg cuba berjinak-jinak join contest melalui magazine/FB atau pasaraya..hahahaha..Moga bersemangat lagi lepas ni.

InsyaAllah..


Coklat...ok la tu kan


ni la magazine tu
adakah sebab penghias muka depan adalah FS??
minat dia??? owh tidak.....hahaha

Semangat ni nak join contest..hahaha