Saturday, March 26, 2011

Kerja la hari sabtu..huhu bosannya

Assalammualaikum

lepas sekian lama aku tak pernah kerja hari sabtu..pada hari ni, aku  kene lah kejeee..aisey, mood kelaut laa pulak, this week mmg bebanan kerja terlalu banyak..bila banyak keje ..aku bising,bila takde keje pon aku bising..ahakkssss,nak buat camner, aku hanya manusia biasa..ceh..ceh...cewahh

apalah agaknya dibuat oleh encik Ady ngan hariz kat umah sekarang yer? makan? tidor? pusing2 taman? makan lagik? atau pi shopping..adehhh, malas nk pikir..selagi tak tutup mata, kerja..kerja..kerjaaa..

aku ikhlas ye kerja, seyes...kihkihkihh



nampak!!..nampak!! kejer tangah banyak ni yer..hehe..yeke???


p/s : pukul berapa la aku nk balik ni??



Friday, March 25, 2011

Tension dengan kerja??

Assalammualaikum

selamat hari jumaat semua, sampai juga kita di penghulu segala hari..hari ni nak story apa ya,?? malas nk cerita bende-bende yg menyesakkan pemikiran, maklumlah penat bekerja 5 hari ni, esok boleh la enjoy dan family pula..

penat ker kerja korang, tapi penah ker smpai komplen, tak best la? boss kedekut la? bosan la? benci dgn bebanan kerja la?..sblm kompen yg bukan2, sila layan gambo ni dulu ya.. selamat berhibur

kredit gambo kat sapa yg tukang amik gambo..hahaha









p/s : dalam banyak2 gambo..yg mana satu korang tak boleh tahan yer???... aku pilih yg cium ketiak tuuu??ishhhkkk..x sanggup rasanya..

Nurkilan

Thursday, March 24, 2011

TAHNIAH kepada M. Nasir & Ramli MS Kini diberi gelaran Dato

Assalmmualaikum

nampaknya 2 org otai dalam industri muzik telah mendapat gelaran datuk..bukan atuk ye..hehe TAHNIAH tuk mereka berdua, lepas ni, bolehlah dpt elaun dr kerajaan negeri kan..best..best.., tapi lagi best kalau dpt gelaran datuk kalau buat bisness ataupun buat kerja amal..itu aku rasalah kan..



Tahun 2011 ini ingatkan AC Mizal artis pertama yang akan bergelar Datuk. Tup-tup M. Nasir dengan Ramli MS dulu mendapat gelaran ini daripada Sultan Pahang. Nampaknya daripada gelaran “Sifu M. Nasir” kini kita kenalah panggil “Datuk M. Nasir”. Abang Nara memang percaya M. Nasir dan Ramli MS layak selayaknya mendapat gelaran Datuk kerana sumbangan mereka yang sangat besar dalam industri muzik tanah air.
Apa pun ucapan tahniah kepada M. Nasir dan Ramli MS sekali lagi atas gelaran ini. Kalau korang ada info mengenai bila tarikh AC Mizal betul-betul akan dapat gelaran Datuk bolehlah bagitau kat Abang Nara. Tak sabar nak ucap tahniah kat dia. Gambar kredit Mstar. dan Ohbulan.com



P/s : yg bakal bergelar atuk pon ramai tahun ni...kihkihkih...

My Hero dah hampir 2 tahun

Assalammualaikum

Jom layan aksi budak ni masa nk bersiap pi rumah org kawen, sabar jelah..org suruh posing, dia boleh buat2 gaya suka hati dia..hai!anak..bilalah anak ibu ni nak amik gambo dgn baikkk..hehe..adehh..

jom layan gambo hariz yg terbaru, skali sekala nk gak tepek kat sini..

gaya penuh makna, sambil pegang kopok

cehh..posing macam la dah besor sangat..

 buat - buat gaya termenung la tuu

 nampak sangat dah bosann

dia cakap "jap buuu..jap buuu"
korang ingat dia nk pegi mana ya!!


 tuhah dia...posing kat atas lantai la pulakk
bedal jelah hariz..
asal ko bahagia...hehe


"ye..betul tu saya memang tengah bahagia sekarang
tapi kalau saya nangis..lagikk la bahagia.."


goodie bag kat umah org kawen, dapat mug sebijik..bila pegi 2 org..
so dapatla 2 bijik kan..haha..best
ni bukan cawan kecik ya..ni mmg betul2 mug



oklah..harap koraang tak boring layan gambar hariz kat sini..saja je tuk santapan mata time petang-petang ni..kang kalau tepek gambo aku, muntah ijau la pulak..hahaha

p/s : cepat jer esok dah jumaat yer..

Terima kasih sall dan Abg Charlie di atas hadiah kalian

Assalammualaikum..

Terima kasih khas untuk sall dan abg charlie kerna sudi memberikan hadiah tuk aisha, hari tu kan harijadi sall yg ke tut..tuttu..tuuuuutttt...hehe, dia ada bagi hadiah untuk sesiapa yg komen kat entri dia pada 15 Mac lepas..

seramai 16 org telah mendapat hadiah yg comel dari sall..sronok kan kalau ramai blogger buat macam tu..berduyun2 org akan singgah ke belog kita..haha...sila jangan tamak esah oii

nak tau sall bagi apa??..klip kertas yg comel..

terima kasih juga buat abg charlie(shahrin) kerana sudi memberikan hadiah dari Mekah... alhamdulillah..tahun ni ramai yg mengerjakan Umrah..termasuklah suziey dan suami, moga lepas ni turn aku pula..insyaAllah ada rezeki..


Ni gambo si kecil jadi model pagi tadik..belum mandi lagi dah sibuk ngan kopiah ni
walhah..bukan utk dia pon..alahai la anak..

P/s : minggu ni berharap sangat tidak ada perkara2 yg menyedihkan..huhu

Miera Liyana: Biar Tuhan Sahaja Yang Judge Saya

Assalammualaikum

Tak tahulah apa nak jadi dgn gegirl sekarang, berpakaian menjolok mata, biar ajer semua orang tengok FREE badan yg berpakaian ala2 macam org tak beagama..kesian sungguh mereka ini, astafirullahhalazimm..minta sangat bende2 macam ni dijauhkan dari keluarga aku..

dah lah !.. malas nak komen lagi..korang tengok jer la sendiri..tapi kat blog aku ni, saja jer aku senser bende kat dada dia tu..tapi kalau korang teringin sangat..sila lah terjah SINI

dan yg lagik best..gaun ni dibuat oleh, jantan yg bernama Wan..adeh..yg buat pon org melayu gak..
apalah nk jadik dgn dunia skrg..patut BAN kan ajer org2 mcm ni, rosak masyarakat skrg ni..


KUALA LUMPUR, 23 MAC 2011: Biarpun pelakon, Miera Liyana, 18, sudahpun memberi penjelasan serta membuat permohonan maaf secara terbuka atas perlakuannya yang tidak sengaja apabila mengenakan gaun yang terlalu seksi sehingga menimbulkan kontroversi ketika menghadiri majlis makan malam Golden Gala anjuran Rafflesia& Mandalay di Hotel Le Meridien pada Jumaat lalu, namun masih ramai lagi pihak yang tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikannya.
Malah, masih ada segelintir pihak yang berterus-terusan mengecamnya dirinya. Apa tidaknya, alasannya yang diberikan bahawa dia tidak perasaan bahawa gaun ciptaan Wan Huzairil itu nampak seksi ketika mengambilnya pada waktu petang tanpa sempat mencubanya terlebih dulu dianggap sebagai tidak logik.



 P/s : malas nk copy panjang2..tak memberi manafaat pon..huhu


Menang saguhati contest Raflessia Collection !

Assalammualaikum

Alhamdulillah rezeki lagi, terima kasih kpd azimah kerna menganjurkan contest ni, syukur sangat2 dengan kebahagiaan yg diberi oleh Allah swt..


nak tengok nama pemenang yg lain...sila KLIK SINI

ada 13 orang pemenang yg dipilih, akhirnya melekat juga kemenangan melalui cabutan bertuah,bukan senang tau nak menang macam ni.. suka tgok bila Nana dan cute mum slalu menang bab2 tuah ni..lagipon rezeki masing2 juga kan, tak kuasa nak jeles..jeles tau...

p/s : hari ni, semua entri auto publish tau..ekehkehhh..macam selalu laa

Nurkilan

Tahniah untuk adik ku - Result SPM yg boleh dibanggakan

Assalammualaikum

sewaktu entri ni di tulis, satu-satunya adik lelaki aku iaitu mohd zulkiflie, masih belum mengambil result SPM kat skolah sebab dia ada test JPJ tuk amik lesen kete ngan moto, tapi di sebabkan kakak2 dia ni memang BISI BODY la sangat, haha..kami pon dok pakat ramai2, guna sms online pagi tadi untuk tahu result adik aku, lepas dapat jer terus aku  sms my mom tuk beritahu berita tersebut, TAPI, si empunya diri, masih belum tahu lagik..saja jer nk suruh dia suprise sikit kan..

yg kiri sekali, gambo adik lelaki aku ngan hariz + encek hubby



NAK TAU APA DIA DAPAT ?? ...

6A, 2B, 1C - sejarah dapat C (huhu..aku dah agak dah)

Alhamdulillah..rezeki ko mat, pasni  belajar rajin-rajin tuk mencapai cita-cita ko untuk menjadik seorang Engineer...InsyaAllah,mudah-mudahan..pas tu sila jgn lupakan akak ko yg telah banyak berjasa, bawak milo la,biskut la, mc donal la ke asrama ko malam2..haha (sib baik pak guard baik hokay)

Tahniah juga kepada pelajar2 SPM yg lain, tak sia-sia usaha korang selama ni.. baru jer tengok berita tadi , anak posmen dan penoreh getah berjaya dpt 11A+.. Ya! Allah sangat terharu rasanya, susah macam mana pon, itu bukan penghalang untuk berjaya..

P/S : teringat zaman aku amik result SPM dulu..siap baca al-fatihah sepanjang jalan..hahahaa


Wednesday, March 23, 2011

Makan di tesco rawang - sangat Layann

Assalmmualaikum

hari sabtu lepas, pi jalan2 cari makan kat tesco rawang, tapi aku ngan hubby dah tau dah..kalau masuk ikut pintu food court mmg bende ni la yg akan ada depan mata dulu..bagus betul marketing stategik diorang kan..aku cakap dengan encik hubby..sila tahan nafsu makan dulu, anak nak melayan nafsu main ni hah..

So, end of story, mmg kene layan karenah si kecik dulu, barulah projek makan dan shopping boleh berjalan dgn lancar..

banyak betul mainan yg disediakan, satu coin dah singgit..kompom 3 ringgit la abis tuk nafsu budak kecik ni kan..takpe..asalkan si kecik bahagia, mak ayah dia pon lagik bahagia kan..



bersungguh - sungguh pegang stering kerete,
 maklumlah..selalu tgok ayah ngan ibu dia pegang..dia pon nk gak rasa

payah skit nak senyum..macm ada rasa tak puas hati..sebab main kejap jer
abis tu..mak ngan pak dia dah kebuluq nk makan..lapaq beb

 kat tesco rawang ni mmg tak sah kalau encik hubby tak pekena nasi ayam, sedap dan memang secukup rasa, bubuh cendawan skit..harga baru RM6.00, yg aku punya pulak..ketiaw sizzling..rasa best bangat beb..harga RM4.50 jer..Alahmdulillah rezeki..kalau korang singgah sini, sila lah rasa 2 jenis food ni, kat tempat lain tak sama dgn rasa kat tesco rawang ni..hehe..jemput makan






p/s : kalau jumpa aku kat tesco rawang, boleh jer kalau takat nk belanja korang makan ni..



Menang Giveway di blog Enchik Nine

Assalammualaikum

Alhamdulillah, terima kasih untuk penganjur  iaitu Encik Nine yg sudi menganjurkan GA yg menarik, walaupon tak menang hadiah utama, dapat top up pon aisha amat2 bersyukur, maklumlah tepon pon dah takde kredit, rasa amat bersyukur bila menang topup, bolehlah sms 2 ke 3 org rakan2 blogger yg sms aisha semalam kan..kan..


Nak tengok entri yg dapat top up tu..hehe..SILA KLIK SINI tau

Terima kasih juga pada rakan2 blogger yg sudi ucapkan tahniah pada aisha, nak buat entri best ni, kene tunggu hero tidur dulu, kalau tak..maaflah yer, masa yg ada memang di peruntukkan tuk si kecik..


Kalau nak tau, kat Blog Encik Nine ni, kita boleh dapatkan tips2 dan cara2 tuk membuat sesuatu yg memerlukan kepakaran IT..tak sia2 singgah blog Encik Nine, banyak entri menarik kat blog dia..

Tahniah juga kepada pemenang yg lain, nak tau result keseluruhan sila KLIk SINI

P/s : masih penat bekerja, bz betul 2 hari ni..


Tuesday, March 22, 2011

Menang Entri yg menyentuh hati "4th Anniversary giveaway"

Assalammualaikum

Syukur Alhamdulillah dgn rezeki Allah kurniakan, terima kasih pada Ros kerana sudi memilih entri INI sebagai pemenang, tak sangka ada juga rezeki kat Giveaway anjuran Ros, maklumlah pesaing semua tu hebat2 belaka..



keputusan yg sebenarnya ada DISINI..

again..and again, terima kasih ros, kalau nak tau,aisha suka baca entri tulisan ros dari zaman anak dara sampai menjadi ibu, memang best tuk dilayan..kalau korang nak berkenalan dgn ros sila lah KLIk SINI

P/s : aisha dah tua2, baru ade blog..itupun atas galakan seseorang..hahaaa..dah tua,kenelah mengaku kan


Filem dot..dot..dot dalam botol , aku tujukan khas tuk Encek N

Assalammualaikum

dah ada ke yg pegi tengok citer ni kat panggung wayang?..aku tak tengok pon..just baca sinopsis dan cuba memahami jalan citer yg cuba di sampaikan oleh raja azmi.. bila terbaca sinopsis citer ni teringat aku kat member skolah menengah aku dulu..siapa sangka, perangai  kelembutan dia akhirnya telah membuatkan kawan aku ni dah rupa mcm perempuan dah sekarang..haru beb.. payah nk bezakan gegirl ke jantan kalau tgok gambar dia..

dan yg paling aku menyampah..member2 perempuan yg rapat dgn dia, mcm mengHALALkan cara pemakaian si lelaki terbabit..hhhmmm..sikit punya mengong aku rasa..aku amat simpati dgn cara kehidupan yg telah dia pilih..harap sangat Allah bukakan hati dia untuk terima diri dia sebagai lelaki seadanya..

paling aku kesian adalah dgn kembar dia ni..yg kembar ni satu kelas ngan aku, yg "gitu2 tu" kelas lain..kalau dgr rintihan hati member aku ni, dia cakap kalau ikut perasaan mmg dia pon amat marah dgn tindakan kembarnya, tapi apakan daya..hanya doa yg dpt diberikan agar  sikembarnya berubah suatu hari nanti..

kalau nak tau jalan citer ...dalam botol ni selebihnya..SILA KLIK SINI
kredit tuk ohbulan.com



p/s : try gak Add dia dlm FB, tapi dia takmo lah..agaknya takut kot..
hmmm..dunia-dunia,macam-macam ada


Monday, March 21, 2011

Alhamdulillah Menang 2nd place "Giveaway 3 Sponsor"

Assalammualaikum

Alhamdulillah, nampaknya ada rezeki aisha kat contest anjuran en.eqbal..tahniah juga diucapkan buat Deqlis dan MamaZharfan.. kalau korang nak tau keseluruhannya ada 12 org pemenang yg dipilih..baik sungguh hati penganjur GA ni..


terima kasih juga kepada ketiga-tiga penganjur yg sudi menganjurkan Giveaway ini, keputusan sepenuhnya ada DISINI. dan


Entri yg memenangi tempat ke dua ada DISINI..yeye..horay..

P/s : ada sapa2 nk share coklet tu dgn kita ker?..hehe