Assalammualaikum
walauppon aku ni pengemar minum jus buah-buahan, tapi seumur hidup tak pernah terfikir nak minum jus yg di campur dgn buahh 'bit"..yelah dahlah warnanya purple pekat..pastu nampak macam tak sedap lah pulak kan..tapi bila member opis syorkan yg minuman ini akan memberikan kesihatan kpd diri dan boleh menurunkan berat badan, rasa macam nk try pon ada
BAhan-bahan nk buat jus ni terdiri drpada..
1) - sebiji akar bit
2)- sebiji lobak merah
3)- sebiji epal merah
kisar semua bahan dan boleh diperahkan sedikit lemon utk mendapatkan sedikit rasa menyegarkan..
diorang panggil minuman ni sbg JUS MIRACLE
Antara kebaikan jus Miracle ni
1. mencegah sel kanser utk berkembang
2. memperkuatkan paru-paru, mencegah sakit jantung dan darah tinggi
3. memperkuatkan sistem pertahanan badan
4. Baik utk penglihatan mata
5. membantu membuang air besar,sembelit
6. membantu masalah jerawat
7. mengurangkan sakit haid
Masa bila nak minum
Minum sewaktu pagi dlm keadaan perut kosong dan selepas satu jam barulah korang sarapan. Nak lebih berkesan lagi, minumlah 2 kali sehari iaitu waktu pagi dan petang jam 5..
jus ini sama sekali tidak mempunyai kesan sampingan, sangat berkhasiat dan mudah menyerap.. dan sangat berkesan utk org seperti aku yg nak menurunkan berat badan ..sebabnya first day aku minum, aku pening sekejap waktu pagi dan perut pon memulas nak membuang sisa-sisa toksik dlm sistem percernaan..hehe..itu akulah kan..insyaAllah akan try 2 week utk mendapatkan kesan terbaik..