Saturday, October 23, 2010

Lirik lagu KALAU BERPACARAN.. by Altimet, Anna Raffali dan Sohaimi Mior Hassan


salam

sekarang ni kalau dengar radio... ERA atau SINAR FM, mesti ada kedengaran lagu ni, mmg layan gak la.. nampaknya irama retro dh kembali bernafas, Lirik lagu yg ringan dan penuh teladan..

aku slalu nyanyi lagu ni tuk adik2 aku, tapi aku tambah skit la.. ikut suka aku..hehe, tambah skit lirik dosa pahala, api neraka, hah amik korang...


beli CD pon okay gak, boleh layan lagu diorang yg lain

korang layankan jelah lagu ni.. rasa - rasa tensen, bole jer dgr lagu ni.. pastu kalau nampak ade couple yg tengah buat projek X diorang, korang nyanyi je KUAT-KUAT , sumbang pon sumbang lah janji lepas geram korang tu..kui..kui..kui

mp3 lirik lagu kalau berpacaran

ni la awek dlm lagu ni Anna Raffai

suka pakai baju kurung uuu... cantekk



LIRIK LAGU : KALAU BERPACARAN

Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang


Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman


Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya
Ulang korus


Altimet

Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah
Ulang korus 2x

Berita Gumbira untuk pengganggur sekalian..


Salam

Anda masih belum mempunyai pekerjaan...

Hendak bekerja??

Kerja Apa?? ceh..iklan macam apa tah..hehe

okay..okay aku nak citer yg my company tengah mencari

6 orang yg boleh mengisi jawatan kosong sebagai Engineering Assistant, kelayakan di perlukan adalah diploma (electrik/electronic/mechanical atau mechatronic)

gaji : sblm confirm RM1500 slps confirm : RM1600
benefit : Bonus 2 bln / dinner / cuti banyak / insuran / ada uniform(jimat beb)
klinik panel bersepah dan memacam lagi..

hah ! apa tunggu lagi meh la join..

DAN

ada 1 jawatan kosong utk IT member

berminat!! kalau berminat just inform me , insyaAllah akan di bantu dgn sedaya upaya..
tapi aku bukan org HR ya.. cuma seorang balaci yg rajin..hehe..rajin ker?

company jepun yg bernama
EPSON TOYOCOM MALAYSIA SDN BHD (pi lah search)
Dah establish selama 35 tahun
bisness more to semiconductor produk

kalau korang nk tau our customer one of them
is apple/nokia / sony / and many more


Harap maklum ya..

p/s : tadi ada cabutan bertuah kat opis ni, dpt jugak hadiah walaupun saguhati..hehe
thanks ya kekawan



habis dah..tengah BZ ni, nanti citer pasal lain pulak..

Thursday, October 21, 2010

Pureen Stock Clearance Promotion & Contest

Salam

Purren ada buat clearance stock
Kat mana?


Maklumat lanjut tekan SINI


kat sini pon ada contest tau..
contest apa tu??

Tom and Jerry Double Promo




































Please click here for Tom and Jerry Colouring Contest Form.


Hah! kalau anak korang nak join sila lah CLICK SiNI tuk detail,

hariz bukan tak layak, karang aku pulak yg kene warnakan pastu , confirm aku tak menang..hehe

acara bebudak takkan aku nak masuk kan...

oklah..slamat mencuba..

DOUBLE THE PRIZES, DOUBLE THE FUN!




Choose 2 items you like from the list below and share them with your friends to stand a chance to win!

HOW TO ENTER

Complete the following steps below to be in the running:
Step 1: Choose 2 items from the list below
Step 2: Allow us access to your Facebook profile (we will need to contact you should you win)
Step 3: Invite your friends to pair with you

HOW TO WIN

The winners will be determined by random selection. Increase your chances of winning by inviting more friends to join. WHY? Because there is no limit to how many invitations you can receive from your friends!

Get your hands on the prizes now!

SELECT 2 ITEMS OF YOUR LIKING



Nak tau lebih lanjut click SINI


Wednesday, October 20, 2010

Bila CUACA panas...


Salam

Kalau korang perasan, cuaca sejak kebelakangan ni mmg panas, kesian pulak bila dengar pengasuh hariz mengeluh cuaca panas, nak tidur malam pon tak selesa, Aku pon ada rasa gak sebab bila time nak mandi air tangki tu langsung tak sejuk, panas jer.. masa nilah rumah sapa - sapa yg ada ekon tu, nyaman la waktu malam, bila teringatkan mak aku, kesian pulak org tua tu, mesti kipas 24 jam sehari..

berbalik pada cerita PANAS ni, aku sebenarnya dh tensen tgk rambut budak ni, kejap - kejap tegaruk - garuk, pastu berpeluh memanjang walaupun baru lepas mandi, budak ni kalau panas mmg dia suka mengaru, pastu badan dia akan naik ruam panas.. yelah ! budak dh biase kene ekon, bila dok umah pengasuh, mmg naik aja ruam tu..

nilah rupa budak tenit sebelum aktiviti membotakkan kepala dia..

hariz, sofea n syamir (anak buah kesayangan ni)

Pujuk dulu, main kat playground

Aku memang nak BOTAK kan dia cam syamir ni hah!

.
.
.
DAN

Akhirnya sampailah masa aktiviti nak membotakkan dia
fuhhh.. berpeluh giler di buatnya
mesti org sebelah ingat aku tengah dera dia..




Bila dah settle, kene lah pujuk balik kan
hah ! nilah hasilnya

hah.. merempit ko.. turun..turun..

Bagilah dia layan UPIN IPIN jap

macam pandai jer nak klik apa...


end of the story... tak sangka cepat dh besar anak aku ni, dulu masa kecik - kecik... comei la sangat bila tengok dia, syahdu je rasa hati ni, sekarang bila dh pandai berjalan, berlari, memanjat, bercakap 2 ke 3 butir..haha..memang kawan gaduh ngan aku la .. macam - macam feel budak ni..

tapi sampai sekarang aku mmg tak bagi makan aiskrim kat dia, sebab apa?? entah aku pon tak tau, tunggu ko besor skit la hariz, selagi boleh di kawal..aku try la...

abis dahh

CUTE LITTLE MUSLIM & MUSLIMAH CONTEST



Salam

Kali ni Aisha join contest anjuran Anas
syarat2 penyertaan ada di SINI

kategori yg hariz masuk adalah 1A iaitu
1A - Little Muslim (1 hari - 3 tahun)

Gambar Hariz yg memakai Jubah

Nama : Azry Hariz
Umo : 1 tahun 5 bulan
Tarikh Lahir : 29/4/2009
Kategori : 1A

Harapan ibu dan Ayah :
"kami doakan yang terbaik untuk hariz, moga hariz menjadi anak yg mendengar kata
ibu dan ayah, sihat selalu dan sentiasa ceria, Ingatlah pesan Ibu dan Ayah dan jadilah anak yg soleh bukan hanya untuk dunia tetapi akhirat juga "


kali ni aisha nak TAG

Sall
mama najla

tamat penyertaan pada : 20/10/2010


Tuesday, October 19, 2010

Rita Rudaini Hamil Anak Kedua, Aidil Masih Sayangkan Rita Sepenuh Hati

rita rudaini aidil

Macam filem Hindustan. Itulah yang dapat kami konklusikan daripada kisah rumah tangga Rita Rudaini dan Aidil ini. Semua watak pun ada. Watak keluarga mentua yang tidak dapat menerima menantu. Watak seorang suami yang penyayang dan cuba pulihkan hubungan isteri tercinta dengan keluarganya. Dan paling penting, watak Ayu Raudhah yang menempel di sebalik kebahagiaan rumah tangga orang lain.

Apa pun tahniah kami ucapkan kepada Rita Rudaini yang kini hamil 2 bulan. Walaupun bergaduh, tapi masih sempat lagi meramaikan umat Islam di muka bumi. Teringat kata orang tua-tua yang pernah kami dengar. Kalau makin kerap suami isteri bergaduh, maka makin banyaklah anak yang akan keluar nanti. Nanti kami dah kawin nanti nak gaduh selalu lah.

Dan sebenarnya hubungan Rita Rudaini dan Aidil masih teguh dan kukuh. Aidil masih menyayangi Rita seperti mana di awal perkahwinan mereka dahulu. Kata Aidil:-

Sebagai ketua keluarga, saya tetap berusaha perlahan-lahan memulihkan hubungan isteri dan keluarga. Saya sayangkan isteri, dalam masa yang sama, saya hormati ibu bapa saya. Impian saya mahu pertemukan Rita, keluarga mentua dan keluarga saya. Insya-Allah, saya mahu mereka berdamai. Saya percaya perbalahan tidak akan selesai jika masih berbalas kenyataan di akhbar, ia akan mengeruhkan hubungan. Kami sudah berbincang dari hati ke hati, Rita tidak kisah beralah, asalkan rumah tangga kami terpelihara. Apa yang saya nak tekankan di sini, tidak terdetik di hati kami nak bercerai seperti tersebar dalam internet. Walau apa pun yang berlaku, kami reda dan sanggup mengharungi suka duka bersama demi anak-anak kami. Berpisah jauh sekali.


Respek dan kagum kami dengan Aidil. Walaupun masih muda terserlah bakat kepimpinan seorang suami di dalam kata-katanya itu. Marilah kita sama-sama doakan agar hubungan mereka akan kekal abadi sehingga ke akhir hayat. Terlalu banyak kisah penceraian yang kita dengar di kalangan artis selama ini. Semoga mereka tak termasuk di dalam golongan tersebut.

P.S: Bila agaknya Zakuan nak datang merisik Ayu Raudhah? Kesian kami tengok Ayu Raudhah canang kat semua suratkhabar pasal rombongan merisik Zakuan. Datangnya tidak jugak.

Attention tuk Pemenang Hadiah Misteri


Salam..

Sorry..again..and again.. sebab lambat nak mengepos hadiah misteri ni,

Alhamdulillah, demam dan sakit badan dah takde, jap lagi semua hadiah ni akan di pos, semoga korang semua gumbira dgn hadiah yg tak seberapa ni..

buat pemgetahuan korang ada 2 org yg tidak menghantar email kepada aku, jadinya TIADA hadiah untuk 2 org itu..harap maklum

Jom layan picture hadiah misteri itu..ape tu?...hehe..nanti dah received baru korang akan tahu..

barulah misteri kan..!!



Total hadiah misteri yg akan di pos hanya 8 orang dan untuk adik anis..


Malam ni akak akan Top up hand phone adik sebanyak RM20.00

jadi, selamat bergumbira dgn Top up tu..

okaylah, tahniah pada semua pemenang ..

listing pemenang ada kat SINI