Tuesday, June 26, 2012

Resepi Hokaido chiffon cupcake


Assalammualaikum

Semalam, mmg tak tau nk buat apa, tapi disebabkan aku ada hutang dgn budak 2 org kat opis, so..aku pon teruskan lah hajat utk membuatnya..

Resepi ni mmg akan membuatkan cupcakes korang lembut mcm kek span, tapi rasanya mmg sedap sgt, aku buat kek ni sb nk balas balik bebudak 2 ekor tu sb sudi belanja aku n hubby makan kat burger bobby simpang 3...

Tak sia-sia, aku buat cupcakes ni... teksture dia, tak sama mcm buat kek lain, dgr citer cupcakes ni kalau org jual kat luar mahal harganya..





utk filling cupcakes ni, aku guna strawberi flavor..pehhh..mmg sedap


Resepi Hokaido chiffon cupcakes.

4 biji kuning telur
30 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
55 gm tepung cake
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder

4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula caster

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan 8 biji ramekins bersaiz besar
Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras
Atau boleh juga gunakan cawan muffin

Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali
Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje
Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata

Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering
Pukul putih telur dan garam hingga berbuih
Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks)

Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.
Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik
Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama

Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 80% penuh
Hentakkan sedikit bekas ramekins utk mengurangkan gelembung udara pada kek

Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit
Keluarkan dari oven bila kek masak
Hentakkan bekas remakins sekali lagi dan biarkan kek sejuk
Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.

kredir resepi amik kat SINI



Monday, June 25, 2012

Bobby Burger simpang 3..akhirnya

Assalammualaikum

Jumaat lepas my adik2 dr opis sudi belanja akak diorang ni makan kat BOBBY burger simpang 3 di area keramat, punyalah lama akak diorg ni mengidam nak makan..akhirnya...dapat jugak..


ni aku punya burger
"pahlawan tripple burger with extra cheese"


my hubby makan
"kambing with double cheese burger "


budak baju oren dgn yg sebelah dia tu yg sudi belanja akak diorg ni
hehehe..tq dikk

pastu, diorg siap tapau kan sekali tuk aku..hahahha, mmg terbaek la korang berdua ni.. 


"double chicken with extra cheese"
besar gila burger ni


penuh satu pinggan

First time makan kat sini, mmg kene bg 5 star kat setiap burger yg aku rasa, setiap hidangan burger yg dimakan mmg tidak mengecewakan, sos yg melimpah dan banyak beserta dgn salad yg fresh..mmg membuatkan aku nak repeat lagi..

yang penting daging yg dimakan, tidak kira sama ada kambing, ayam atau lembu, semuanya mempunyai rasanya tersendiri.. cuba dulu baru tau...


budak ni pun suka makan burger ni
yg penting sos tidak pedas 

p/s : thanks adik sy yg bernama ayem n syed...muahhhaahaaa



Resepi Kek Coklat

Assalammualaikum

Ok..ni resepi kek coklat amik dalam internet gak, tak ingat dr , tp rasanya dlm myresepi , cuma baru sekarang baru rasa nak test power...hahaha, comot tapi sedapppp

ok kekawan, selamat mejamu mata..

Ader rezeki, aku buatkan utk korang nanti yaa


kek coklat  Moist marvelos



ni tukang menyebuknyaa...hahaha

asal pegang senduk jer, nak tolong, adoii letih ibu tau

Resepi Kek Coklat

Bahan-bahan 
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 cawan gula halus
4 biji telur gred A
250 gm buttercup
2 sudu kecil esen vanilla
*1 cawan serbuk koko
*1/2 cawan gula halus
*1 cawan air panas
*1/2 cawan susu cair

Cara-cara
Masukan bahan yang bertanda * serbuk koko,gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat sejukan dan tuangkan *susu cair kacau rata dan ketepikan.

Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji,vanilla di gaul rata dan ayak tepung dengan baking powder 3 x baru masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata,

Masukan dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api bawah
Sejukan kek dan dibahagi 3 atau biarkan begitu saja.

Untuk moistnya satukan 100 gm coklat masak, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar air panas dan cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan diatas kek dan hiaskan ikut suka.

Selamat mencuba



kredit utk http://www.myresipi.com/top/detail/2963