Friday, April 08, 2011

Tiket Wayang Free utk tengok Filem CUN

Assalammualaikum

hari tu dapat tiket wayang Free kan, jadiknya sebagai anak melayu yg sejati makan belacan dan budu kkihkihkih....aku nak habaq mai, yg aku dgn encik ady nk berdating tengok wayang citer CUN kat pawagam..sekali sekala tgk citer melayu tak salah kan? hehe


Aku dgn Encik Ady ni, kawen dh lama..berapa lama? hehe..biarkan kami ajer yg tahu..karang kalau ramai yg tahu, tak best la kan..tak suprise..

saja jer nk meromantikkan diri dgn encik somi..sekali-sekali bergumbira..dgn tersayang tak salah kan


kalau nak tengok MAYA karin naik kerbau?? jomlah ke panggung wayang.. bila la akku pulak nk merasa naik kerbau..hehe..maunya lemas kerbau tu kene himpap dgn aku yg oberdoss..kihkihkih

P/s : esok cuti ..mau pegi mana wey


Budak Miera Liyana ni memang tak serik - serik apa?

Assalammualaikum

sangat menyampah dan meluat dgn perangai budak ni, umor baru jer 18 tahun..org dok sibuk nak masuk U...dia pulak sibuk nak tayang body kat org ramai..menyampah tahap maximum hokay..

Gambar hari tu KLIK SINI

hari tu, tunjuk badan celah depan, skrg tunjuk pulang tang belakang..bang**** punya budah, ISLAM hanya dibibir saja.. aku just nk bagitau, insaflah wahai adik miera, awak tak pakaian seksi melampau ..kalau tak seksi pon, awak  masih cantek lagi..tolong la..menyampah dgn dunia artis skrg ni, penuh dgn manusia hipokrit yg terlampau- lampau..


P/s : nak lawan ratu kontroversi agaknye....seyes malas nk layan drama melayu yg kekdang tu..asyik2 nk tunjuk gambo disko/pub dan maksiat..Ya!Allah..jauhkanlah bumi Malaysia ni dari bencana..KAU berikanlah kesedaran kepada kami, dan bukakan pintu taubat di hati kami...amin


Thursday, April 07, 2011

Makan lagi di Thai Base Sri Damansara

Assalammualaikum

Malam tadi, aku dgn encek Ady pi makan lagi kat Thai base...erkkk..alhamdulillah sangat - sangat berpuas hati, sebab makanan kat sini memang tak mengecewakan langsung, lagi-lagi menu Butter Prawn yg masyuk..memang kalau dh makan sekali, kompom nak lagik dan lagik

jom la tengok menu semalam..boleh ajer kalau takat nak makan sebulan sekali dgn member opis kat tmpt yg mahal skit, yelah kan, penat bekerja..berbaloi jugak utk di nikmati..

sesi melihat menu, seblm order


hah..aku nk order yg ni..macam best je
Pineapple de Q ball Jelly
huh..panjanng benor namanya


ni la restoren tu..kalau nk singgah sila call tau
location sri damansara


ni air encik Ady, honeydew..
amik ko gelas besor ya amat


nilah..aku punya 
Pineapple de Q ball Jelly
sedaaaaapppp sangat harga RM5.20


macam biasa
siakap sweets and sour


butter prawn
marveloss


ayam masak lemon yg moist

dan beberapa lagi menu seperti
sotong masak butter dan
tofu chicken..apetah..hehe


Total keseluruhan makan 8 org RM 137.50
not bad lah kan

last sekali..
ni lah mukee org yg tengah menyesal lepas mentedarah makanan yg ada tanpa segan silu.
.dan tetiba 
baru perasan yg tuan punya badan tgah diet ler..kihkihkih
layannnn jelah


Mana BEST bercuti ke Bandung atau Sabah?

Assalammualaikum..

sekarang ni tengah dok berpikir.. tahun ni maybe nk pi bercuti jauh skit dari KL ni, bosan dan boring sudah dgn shopping kompleks dan taman bungga kat sini..kihkihkih

agak-agak korang pegi mana best..?? BANDUNG tuk shopping atau SABAH tuk cuci mata tgok laut + melantak seafood..

ha..ha..konpius aku, nk pegi kedua-dua tempat mmg tak boleh la tahun ni, my sis nak kawen bulan 6(adik no 5)  dan bulan 12(adik no 4) , cuti tahunan memang ke arah tu ler jawapnya..

adooohaii..mana yg best yer kalau nk pi release tensen keje ni? rasa-rasa korang??

BANDUNG
rambo bandung







SABAH






p/s : adeh..payah nye nk pilih... sedang jeles dgn ayu aka ibuayahdamia sebab dia sedang berseronok kat sabah sambil berhoneymoon again..and again...huhu

gambar semua pinjam dari encek google..harap maklum yer

Wednesday, April 06, 2011

Bila ader Makyah teringin sangat jadi Miss malaysia

Assalammualaikum

Astafirullahalazim...mengucap aku tengok video ni, tak taulah pulak ada golongan ***le** atau **pon*** yg amat teringin jadik miss malaysia smpai sangup buat kat hotel utk acara prestij mereka..

Paling tak boleh tahan waktu suara-suara garau di kepitkan supaya menjadi sehalus mungkin, yang amat menyedihkan lagi..semua peserta adalah berbangsa MELAYU ataupon yg pasti mereka semua menganut AGAMA ISLAM... 
ni pengacara wey...suara sgt jantansss

siap boleh berterima kasih pada mak..ayah dan suami...adeh..tepuk dahi aku di buatnya...tapi yg amat pelik sekali, betul ker noraniza idris menjadi salah seorang juri atau hanya di tambah utk menyedapkan lagi cerita vcd ni..huhu..memang vcd terlampau tau..

agak-agak korang yg mana satu menang..

nak tengok video..KLIK SINI

kredit tuk bang nara..

suka baca komen ni :-
Kite semua berbumbungkan langit Ilahi..Rasulullah shollallôhu ‘alaihi wasallam bersabda: ”Barang siapa diantaramu melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika ia tak sanggup, maka dengan lidahnya. Dan jika tak sanggup juga, maka dengan hatinya, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” ~ H.R. Muslim.

p/s : bila dunia di akhir zaman, banyak la bende yg memesongkan akidah berlaku..Ya! Allah Ya Tuhanku, kau ampunkan lah dosa-dosa kami dan mereka

Tuesday, April 05, 2011

Menang CDNZ 1st Anniversary Giveaway

Assalammualaikum

Alhamdulillah, rezeki aisha lagi, terima kasih kepada pihak penganjur kerna sudi memillih cadangan yg di utarakan..

tahniah juga kepada pemenang yg lain.. nak tau result keseluruhan KLIK SINI

ada 3 lagi pemenang yg memenangi GA ni.. aisha menang bahagian slogan dan cadangan menarik..

tahniah kepada  semua pemenang..expecially nana...

P/s : kemenangan ke dua bulan April 2011

Berhenti kerja..??

Assalammualaikum

amacam mood korang pagi ni, happy ke? atau ke laut..aku ader sedikit syahdu beb..kenapa plak aku syahdu pagi-pagi buta ni? 

mana taknya, member yg dok keje ngan aku selama seploh tahun berkhidmat sama-sama. tetiba aku dpt tau dia dah antar surat resign..kehceewaa la skit kan..walaupon dia tak encem, pastu kuat pentingkan diri sendiri, belagak pandai(mmg pandai pon)..dan memacam yg negatif dan positif laaa

alih-alih..sedey la pulak aku bila member zaman2 bujang nak berenti keje..reason dia pon aku mcm tak leh nk accept sebenarnya..tapi dah dia tak moo keje sini lagik, takkan aku nk pakse2 kan...

bagik aku..all the best untuk karier dia, moga dia happy bila dh bekerja di dunia luar sana, maklumlah lepas graduate, dia terus keje kat company ni sama mcm aku..dari rambut dia banyak smapailah dah  licin..kihkihkih(botak ler)

gud luck beb..sayonara...sob...sob

p/s : azam tahun ni nk, aku nk carik keje lain jugak..erkkk..rasa2 tercapai ker? dah soploh tahun azam yg sama..huhu




Monday, April 04, 2011

Budak tadika main gitar - tangkap nangis aku tengok

Assalammualaikum

hari tu singgah ke belog NI.. jalan - jalan sambil BW lah kan..tetiba terbacalah entri kat belog dia, siap ader vedio lagik..huhu.. bila aku play jer video tuu..adusssss...tangkap nangis beb..aku yg dh umor 3rd series ni pon, jgnkan gitar..nak pukul kompang pon sumbang...

korang layankan ajerlah video ni..kalau ader yg nangis gak...hehe..kita sekawan la beb


kredit tuk belog http://www.akmarwati.com

P/s : penah main kompang org kawen, last2 kene pecat, sebab aku mmg fail soh main alat muzik ikut rentak..hehe

Menang GA Like & Comment dari Lynn Azlina

Assalammualaikum

Terima kasih pada lynn, sebab sudi bagi hadiah kepada semua peserta yg join GA anjuran dia..dia ckp sebab ramai yg tak join, maka semua peserta dapat hadiah..hehe..macih dik..

nak tengok result KLIK SINI tau

dan again..and again..terima kasih ya lynn



Ya Allah! sedih betul bila dengar budak umur 7 tahun Mati di belasah oleh cikgu

Assalammualaikum

malam tadi baru sempat tgk berita kat Tv, itu pun berita nightline 12 tgh mlm..sebabnya payah betul sejak kebelakangan ni nk tengok Tv bila si kecik dah ada rancangan kesukaannya..aiseymen..mmg geram gak kekadang tu..tapi apa nk buat..selagi boleh mengalah..aku bersabarlah dulu..dah remote tv dia ctrol..sabar jelah

masa tgk berita nightline mlm tadi, ade kes budak kene pukul dgn cikgu sampai koma dan telah pon meninggal dunia..ya! Allah..paling menyedihkan, budak tu baru je umor 7 tahun, apalah sgt budak umor 7 tahun nk berpikir, nk baca al-fatihah pon mungkin ada yg tak lancar lagi..kejam sungguh si pelaku yg menzalimi budak tu, nak pukul ada caranya..ni sampai meninggal dunia, bagi aku mmg zalim lah kan..

Harap sgt pihak berkuasa siasat perkara ini sedalamnya, kalau institusi perguruan memiliki guru sedemikian, mmg tak mustahil lah akan dtg, ramai la para cikgu yg akan dpt saman ataupon masuk lokap, sebab tak dpt kawal emosi sewaktu mengajar pelajar...

 
PARAH... keadaan Saiful Syazani yang parah akibat dipukul gurunya, Khamis lalu.
PARAH... keadaan Saiful Syazani yang parah akibat dipukul gurunya, Khamis lalu.


kesian sungguh nasib anak ni, menitik air mata aku bila tgok berita mlm tadi, kenapalah manusia skrg ni ramai sgt yg kejam, mana peginya sifat kemanusiaan..ingat nyawa boleh di tukar gantikan ker?..dah terlambat tuk guru terbabit menyesal, nasi dah menjadi bubur.. harap bertaubat dgn jadikan pengajaran dgn apa yg terjadi..

Al-fatihah utk adikSaiful, moga rohnya dicucuri rahmat
Janji Allah itu pasti
yg bersalah pasti akan dihukum, andai terlepas hukuman didunia..
di Akhirat tidak sekali- kali...

P/s : banyak keje menanti hari isnin ni...kenelah iklas kerja kalau nk duit berkat...insyaAllah



Keputusan penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010

Assalammualaikum
Rasanya ramai yg dah tengok result malam tadi, tahniah la kepada yg menang kan, walaupon aku hanya tengok ala kadar jer sebab berebut remote control dgn si kecik..kihkihkih..takpe aku tak kesah sangat pon
nak tahu keputusan sepenuhnya..??
aku pon hanya tengok mana yg sempat ajer tau, hehe...utk record, siti penah menang 7 kali manakala mawi pulak penah menang sebanyak 3 kali..so, mawi pon dah suam2 kuku, dan siti pulak tarik diri..maka..ABPBH tahun 2010 pastinya milik org lain...tahniah....tahniahhh

nak kenal lebih siapa itu sam...KLIK SINI


-Anugerah Pengacara TV Lelaki Popular – Aznil Haji Nawawi
-Anugerah Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana
-Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail
-Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana
-Penyanyi Duo/Artis Berkumpulan – sixsense
-Artis Komedi Lelaki Popular – Zizan
-Artis Komedi Wanita Popular – Noorkhiriah
-Artis Baru Lelaki Popular – Shahir
-Artis Baru Wanita Popular – Ana Rafali
-Pelakon TV Lelaki Popular – Remy Ishak
-Pelakon TV Wanita Popular – fasha Sandha
-Artis Nasyid Popular – Rabbani
-Penyanyi Lelaki Popular – Faizal Tahir
-Penyanyi Wanita Popular – Yuna
-Pelakon Filem Lelaki Popular – Shaheizy Sam 
-Pelakon Filem Wanita Popular – Lisa Surihani
-Augerah Pencapaian Sepajang Hayat – Datuk 
-Bintang Paling Popular ABPBH – Shaheizy Sam 


dan dalam banyak2 artis yg dtg, aku paling suka dia ni skrg..hehe(irma hasmie)..still cantek dan cun dlm pakaian yg menutup aurat..hope siti akan ikut jejak langkah dia..


p/s : tak sangka mak dia peminat no 1 anak dia, siap undi lagik...kihkihkih..dasat betul..kakak dia zizie pon ader tau, tapi x nmpk pulak muka bung..huhu

Nurkilan