Saturday, February 05, 2011

Best tak Cuti?


Assalam'mualaikum

gong xi fa chai smua, banyak makan limau semalam..ngehee..aku tak makan limau sangat, takut sakit tekak ler, si kecik ni makan 2 ulas pon dh macam nak kene cirit-birit aku tengok..

bercutiii..hmmm..cuti kali ni tak berapa nk enjoy, 2 hari balik kampung encik Ady dan 3 hari duk umah jelah, nak buat macam mana, suami tercinta pi carik rezeki, jadik plan lepas ni maybe nak bawak si kecik ni shopping kat tesco jap..la..la..la, kempis poket aku lagik..haha

macam mana cuti korang, mesti syiok kan pegi holiday?.. aku dok umah layan si kecik jelah, hari ni, jom layan picture hariz tadi, letih gak nak suruh dia pandang kamera..huhu..mesti org sebelah ingat aku terjeri-jerit marahkan anak..lalalala....lantak la..

jom layan picture budak ni..






dah hujung-hujung baru nak pandang kamera, letih mak di buatnya..takpelah nak, asal ko happy, mak pon happy...

sekian cerita pasal budak ni.. jap lagi update yg lain pulak k..




Wednesday, February 02, 2011

Jom Up Traffic - Serius berbaloi



Assalam'mualaikum

Last few day, ada masuk satu blog yg diberi nama http://ohdaus.blogspot.com/ Encik daus ni ada membuat satu backlink yg amat menarik tuk blogger yg nak up kan traffic kat blog memasing.

cara-caranya mudah aje

copy code kat blog beliau dan informlah kat daus kita, ni lah rupa code tersebut..yg aku punya ada kat sebelah kiri blog ni..
hasilnya, lepas beberapa hari, hasilnya adalah lumayan gak, maklumlah aku ni bukannya selalu dok depan PC 24 jam..hehe...so, traffic pon suam-suam kuku jer...ngehee

nilah bukti yg menunjukkan, daus kita ni tak tipuu..

ha..nampak tak..
mencanak naik graph tu.. ,tapi mana buktinya traffic ni dari daus??


okay smua, daus tak tipu dan daus tak bohong, dia cakap nk kasi traffic..and semua tu adalah betul..kalau korang nak join sila lah singgah ke blog daus,TAPI jgn lupa inform daus yg korang masuk backlink ni dari blog adyshariz, takde hadiah atau contest pon, cuma nk daus tau yg akak ni dah promote blog dia..huaaaahhhaaaa...macih dik,bagi hari-hari bagi UV kat akak ya lepas ni..

banyak gak yg aku join tuk up kan traffic blog ni, dan salah satu yg berkesan adalah dari DAUS.

nak join sila ke SINI..
dan bagitau daus korang datang dari blog adyshariz..jgn lupaaa tau...

P/s : jap lagi nk balik kampung, nanti bersiaran dari sana pulak ya..selamat bercuti semua , berhati-hati di jalan raya..harap sgt jalan tak jam jap lagikk..


sila click tuk menderma kat blog ini..

Bila SiKecik Mula nak Membaca..

Assalam'mualaikum..

hari ni last keje kat my company, esok dah start cuti, banyak jugak urusan yg nk disettlekan esok, dari pegi bank hinggalah kerja-kerja rumah yg perlu di siapkan sblm kami bertolak pulang ke kampung encik Ady..

Malam tadi si kecik ni tido umah my sis..alahai..winduu la pulak sama dia, sblm nk lelapkan mata, asyik teringatkan my hero ni..buat apa? nangis ke tido sana?.. nak minta nyanyi ker waktu tido..? doa tidur baca tak..?? emm..macam-macam persoalan dlm minda ni..last-last bila call my sis tadi, dia ckp my herooo tgh happy, tido pon tak nangis..huarggg..anak omak dah bosar rupanya.. jgn ko lupakan omak ko ni nak. ...hehe..emosi la pulak


biasanya kalau kitaorang ada kat umah dan si ayah melayan lappy, si ibu pulak memasak kat dapor.. my hero ni suka membaca..tak kisah la magazine ker atau buku bergambar.. tapi yg paling tak boleh tahan, dia pi baca magazine kiriman enfagrow..hehe

mak dia pon belum baca lagiikk..dia dah baca dulu, abis di selak dan di tenung semua bende dalam magazine tuu..alahai anak omak..

jom la layan picture hariz ngan majalah enfagrow tuu












emm..lepas ni, ibu kene gigih belikan buku cerita dan rajin - rajinkan diri ibu bacakan untuk hariz, nampaknya hariz dah mula berminat nak membaca..alhamdulillah, umor tak sampai 2 tahun tapi dah ada minat ke arah pembelajaran..moga jadi anak yg cemerlang..amin



[Terkini] Krisis Di Mesir Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia @NajibRazak



Assalam'mualaikum

entri khidmat masyarakat, rasanya ramai yang dah tau situasi di negara MESIR, banyak blog yg dah perkatakan tentang cerita-cerita student Malaysia atau warga malaysia di sana, dan sebagai warga malaysia yg prihatin, marilah kita sama- sama mendoakan yg terbaik utk semua yg berada disana, moga di jauhkan dari bala bencana..Amin




kat sini adalah sedikit tulisan dari pelajar di Mesir


Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.

Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:

Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.

- Nadia

So what can you do now?

  1. Kalau ada Twitter, retweet this. Aku sengaja mention @NajibRazak dalam tajuk entri supaya everytime orang retweet, akan automatically mention nama dia. Click the retweet button. Lagi banyak, lagi bagus. It show’s that things are really serious there and we care.
  2. Reblog this. Copy paste dan post dalam blog. Time ni memang aku galakkan sangat-sangat untuk korang copy paste.
  3. Share this on Facebook.

“Tolong Ingatkan @NajibRazak Nasib Rakyat Malaysia di Mesir”

p/s : takut siot sebab dengar ada student yg kene rogol dan rompak..Ya!Allah..tak boleh nk bayangkan..harap di jauhkan..

Cash Out Nuffnang 1st time



Asalam'mualaikum


sorryla kekawan, dh malam baru boleh terjah rumah korang, waktu siang, bizi sangat..mengalahkan pak menteri bawak pak arab jalan-jalan kat chowkit road ..la..la..la

tadi, bukak blog korang, ramai citer pasal dah cash out nuffnang..aku pon cam tak leh nk sabaq-sabaq dah, yelah, ada yg kata, kalau cash out baru nuff bagi BE baru..tah apasal start 4 hari lepas dah takde BE baru..semua dah jadi ME..

jadi selepas berblog selama 11 bulan, aku pon cash out gak..idakler banyak benor..Alhamdulillah rezeki allah taala kasi, tak kisah pon berapa, janji iklas nuff tu bagik...tang duit ni bukan boleh kita berharap sangat, kalau ada rezeki, kita amik..kalau takde takpelah, tu bukan rezeki namanya..kita usaha cara lain pulak

Alhamdulillah..rezeki, trima kacih nuffnang


Nak kata banyak..idak ler kan..bolehlah buat simpanan untuk si kecik,kot dah bertambah duit tu bolehlah belikan apa-apa tuk dia nanti..

ni pon tgh berkira-kira, bilalah gamaknya nuffnang yg baik hati tu nak bagik lagi BE kat blog kerdil ni, org bagik kita trima..kecik tapak tangan , stadium bukit jalil hamba tadahkan.. ahaks,rosak peribahasa melayu dikerjakan....ampun smua..

lepas ni, kene gigih lagik la tuk dapatkan BE dan mengumpul duit kat tabung yg dah tinggal kosong tu kan.. apalagik..jom la kita berblogwalking dan beramh mesra lagik..harap-harap tahun 2011 ni akan menjadikkan tahun yg cemerlang buat kita semua..amin




P/s: hey org yg keje kat KL..slamat bercuti naa..selamat hari wilayah,smoga bergumbira di rumah..
org keje kat selangor..meh keje sungguh-sungguh hari ni..next 2 week, kita plak cuti P/Holiday..

Tuesday, February 01, 2011

Makan di THAI BASE sri damansara

Assalamualakum..

hari minggu yang lepas, officemate hubby ada buat makan-makan kat THAI BASE sri damansara, kalau ikutkan mmg dh banyak kali makan kat sini, of coz tempat ni menjadi pilihan sebab makanan yg HALAL, SEDAP dan SEAFOOD yang MURAH...hehe ( nak yg murah jer)

tempat ni kalau orang damansara memang kenal lah, sebab masakan kat sini ala-ala thai, tapi kurang pedas skit. budak-budak pon boleh makan.

macam biasalah, kami berkumpul beramai-ramai, total semuanya adalah 4 table..lebih kurang 35 orang la kan.


waktu ni, kami beramah mesra dulu..



aku pon beramas-ramas mesra gak..ngehee..padahal hari2 jumpa..


Biasalah, antara menu yang akan di order kat sini..adalah menu yang best sekali..antaranya adalah...


Siakap 3 rasa


kerabu mangga


Tomyam campur


Ayam masak lemon




Udang masak butter..


Alhamdulillah, encik ady dengan hariz, memang layan syiok waktu makan ni, aku pulak macam ulaq sawa kekeyangan..rezeki beb..takkan nak tolak kan..



dah kekeyangan, tapi lauk banyak lagi, so..ada gak la yg bungkus bawak balik..mana larat makan banyak sangat..semuanya sedap..korang doakanla aku murah rezeki..ngeheee..nanti aku belanja makan kat sini...(aminnnn)



P/s : iklan HB aku remove buat seketika sebab entri dr USTAZLOVE ada menerangkan sesuatu pasal iklan ni...sila baca untuk detail...

Entri Auto Publish..tuan blog akan BZ malam baru BW.. harap memahami

Monday, January 31, 2011

Tengok Filem Ngankung kat Youtube jer..


Assalamualaikum

hari ni bersiaran dari rumah je, maklumlah takde kemana-mana..hujan lebat dari pagi tadi..satu malaysia kot, agaknya la..kalau layan tidur pon syiok gak..


IKLAN jap..sila lah click


bila dah duk umah, try la nk blogwalking.. dalm duk BW tu, tersinggah la ke blog blur atau pon jiwa kacau, rupanya mamat ni dah uploadkan citer ngankung ker You tube..hehe, kalau tau si david mesti membebel tak hingat ni..


pastu, aku pun ambik kesempatan NONTON la filem ni kat you tube..so far, citer ni okay gak, kalau di perhatikan banyak pengajaran dlm filem ni, kalau rasa nk tengok citer ni, silalah ke blog jiwa kacau..aku tak mau ambik code kat you tube, nanti takut lak kene saman dgn david...la..la..


tengok wayang kat lappy sambil makan jajan. manyak syiokk lor..hari pulak ujan..lagi syiok beb



p/s : ramai yg tanya nk online camner lepas jual PC..hehe..
lupa nk story, lappy kan ader..hadiah encik Ady tu bini dia..macih


sila lah click