Monday, March 31, 2014

Mencari kenderaan WMT5871 - Hyundai Matrix

<>


Assalammualaikum..

Saya memohon bantuan jika ada sesiapa mengetahui lokasi kenderaan berikut, sila hubungi saya dengan secepat mungkin. Lokasi terakhir kenderaan pada tahun 2010 adalah di negeri Kelantan kawasan TANAH MERAH.

Pemilik kenderaan ini, iaitu arwah ayah saya En. Aminudin bin Ali memberi kereta ini kepada seseorg  untuk disambung bayar tanpa menukar nama. Malang sekali beliau tidak membuat pembayaran selama hampir 2 tahun.

Saya amat memohon agar kenderaan ini dapat dijumpai kembali kerana kereta ini ada penjamin, dan penjamin tersebut sedang dlm proses "black list" oleh pihak bank.

Sekiranya ada sesiapa mengetahui atau dpt memberi maklumat sehingga terjumpanya kenderaan ini, insyaAllah saguhati akan diberikan kepada mereka.

Moga Allah swt, melembutkan hati pihak yang mengambil kenderaan ini agar dpt memulangkan kembali kpd pihak kami atau polis.

Laporan polis akan dibuat secepat yang mungkin untuk memudahkan pencarian kenderaan tersebut andainya tiada respon.

Tetapi kami amat berharap, agar masalah ini dapat diselesaikan tanpa melibatkan pihak berkuasa.

Mohon Sebarkan...


Sila Hubungi : 0182699484
email: najwwa@gmail.com

Terima kasih

Tuesday, March 04, 2014

Birthday Party My hero 4th yrs

Assalammualaikum..

Kisah birthday boy Azry hariz yg ke 4thn, buat tatapan hariz bila dah besar nt..

Just kecil-kecilan tapi meriah...




buah hati saya yg suka sgt sambut hari jadi
BBQ Kecil-kecilan dirumah

     
semuanya masak sendiri



Anak buah aleesya dan mikail.. bam..bam

Moga anak ibu menjadi anak yg taat pada agama dan sentiasa dilindungi dari sebarang bencana.
Ibu dan Ayah love hariz very much...


P/S : Tahun ni punya kek dia mintak gambo zoo.. uhuuuu dah demand la skrg

Writen by me,
AishaAminudin

Doa menghentikan Darah Haid

Assalammualaikum..

Saya ada kenalan yg kene period tak henti-henti hampir 2 minggu, Doc ckp mungkin sebab hormon unbalance.

Slp diamalkan Air Penawar doa ini selama 3 hari..Alhamdulillah period beliau berhenti dgn sendirinya.

Doa menghentikan Darah Haid

Cara-caranya..

Sediakan air secawan
Baca selawat 3x
Al-fatihah 1x
Diikuti dengan Surah al-Baqarah ayah 127 diatas..

InsyaAllah.. yakin dan tawakal pada Allah swt, period yg berlarutan hampir 2 minggu itu dapat dihentikan dengan kehendak dari NYA.

Cubalah..


Written by ,
@@

Thursday, January 30, 2014

Cuti-cuti Kota kinabalu

Assalammualaikum

kisah percutian yang sgt mencuci mata dan minda, kali ini kami curi-curi masa untuk bercuti ke kota kinabalu, sabah.. negeri di bawah bayu, awan biru saja kat KK ni.

Jom layan gambar dan cerita..








Kronologi Cerita

>Percutian 4 hari 3 malam, dh dirancang selama lebih 6 bulan, maklumlah hujung tahun lepas 2013 kami semua mmg bz smpai tahap keluar umah masih gelap, balik umah pon dah gelap (keluar subuh balik mlm- kerja punya pasal)

>Tiket dibeli hujung tahun 2012, sebab masa tu ada promosi pegibalik sorang baru RM100++

>penginapan kami di marina beach resort berdekatan dgn pasar kraftangan dan sewa kereta pon melalui en.sabri (Van/kereta)

>En.Husband naik gunung Kinabalu, tapi aku dgn hariz duk kat kota kinabalu duk habiskan duit...hahaha shopping and jalan2 lah... setakat sabah, kalau bawak kereta insyaAllah selamat lagi.

>makanan laut mentah yg dijual di pasar mmg terbaik...murah dan FRESH.. sebab kami duduk kat apartment ada dapur, so, belilah beras dan sebagainya..murah dan puas hati makan.

> sempat singgah ke hospital queen elizabeth sebab anak sall, si rizki demam.. hahaha, itu kira sekali tmpt yg terpaksa dikunjungi

>memula pusing-pusing sabah ni, rasa mcm sesat je..hahaha, tapi bila pakai gps 80% boleh pakai.






> kat sabah kalau makan kat restoren atau mana-mana kedai, boleh tahan mahalnya..so, please prepare your money banyak skit dr biasa...hahahaa..sebab tu aku amik keputusan nak masak lagik puas hati..kene dengan selera kita kan.

> TEMPAT WAJIB PERGI
pasar kraftangan, tuaran tgk buaya, rumah terbalik, gunung kinabalu, Poring hot spring, bangunan mcm bateri tu, masjid terapung, menara, dataran , tanjung aru....dan banyak lagi...

semoga sapa-sapa yang nk pergi ke sabah, jangan lupa pergi ke tempat-tempat menarik, serius langit negeri sabah sangat menenangkan....nyaman dan cool..

perasaan, ada masa, ada duit, insyaAllah nk pergi bawak semua family

"go around the world, feel happy be happy"


Written by me,
AA
Aisha Aminudin




Ya Allah ! Engkau selamatkanlah bumi gaza daripada perang Ya Allah sesungguhnya dugaan ini dtg drpd mu .. Engkau laknat lah mereka(org kafir) Ya Allah sesungguhnya tempat mereka (org kafir) sememangya di NERAKA JAHANAM .. < amin amin yarobbal alamin > Aisha Aminudin

Tuesday, January 28, 2014

D.I.Y bunga telor tisu murah

Assalammualaikum


Aktiviti biasa kalau ada org kawin aku suka buat bunga telor dari kertas tisu ni, terima kasih kepada rakan-rakan yg sudi berkongsi cara-cara nk buat bunga telor ni..

psssss......material senang nak cari dan murah (betul x tipu)

yg mahal hanya masa sahaja , kerana kerja ni kene teliti skit kalau nk buat, kalau tak teliti, tak cantiklah bunga telor tu nanti kan..

tema perkahwinan purple dan biru -  ikut suka la kan

biasalah  kalau dah start buat mmg berselerak jadinya - remote astro wajib aku control

pandangan dari bawah bunga telor... reben kene banyak br cantik

biru dah siap

masuk kotak - simpan elok2


purple pon dah siap
aku lupa nk amik gambar lepas letak dekat pasunya.. mmg cantek sangat bunga telor ni, bunga telor yg aku buat ni budget ciput jer dr tukang ordernya.. harga dalam RM1.50 sebatang, kalau nak harga mahal skit.. aksesori bunga telo pon lain la..semuanya terpulang pada yg nak order.

sesunggunya kalau korang ada masa, boleh saje buat sendiri, tapi kalau takde kelapangan, silalah order pada yg buat bisnes bunga telor ni..

> aku buat bisness kecik2 je, kalau sudi contact la.. harga boleh bincang mengikut kesesuaian.
> tempahan minimum 50 batang dan harga mengikut aksesori bunga telo
> nak buat tempahan kene bagi aku masa sekurang-kurangnya sebulan

memula buat untuk adik aku kawen tahun lepas, memang bayak try n error jugak, yelah , dh la aku 1st time buat, lepas tu aku bubuh macam2 aksesori kat bunga telor tu..so. pepaham lahkan susahnye macam mana nk handle bende remeh. berkat kesabaran pasti boleh punya.


So kalau ada yg sudi, silalah bagaitau, insyaAllah akan ditunaikan sekirnya sempat.

p/s:  bulan depan ada kawan nk naik pelamin, igt nk sponser bunga telor ni utk dia buat hantarankawin ,insyaAllah mudah-mudahan..amin


"what u give, u get back"..


Written by me,
AA
aisha aminudin




Ya Allah ! Engkau selamatkanlah bumi gaza daripada perang Ya Allah sesungguhnya dugaan ini dtg drpd mu .. Engkau laknat lah mereka(org kafir) Ya Allah sesungguhnya tempat mereka (org kafir) sememangya di NERAKA JAHANAM .. < amin amin yarobbal alamin > Aisha Aminudin

Monday, January 27, 2014

cuti-cuti Hatyai 2013


Assalammualaikum...

Sawadikap....

Biar gambar berbicara..seronokkan sekali skala pg tempat org, insyaAllah ada rezeki kita pg lagi, tak jauh dekat pon jadiklah...

Hatyai 2013.. tahun lepas punya cerita.. sb tahun lepas aku ada peyakit M ..SO, TAHUN 2014 baru free untuk bercerita..
sampai sana wajib pilih makan dulu, harga lebih kurang malaysia juga

Pasar Terapung yg wajib disinggah - rugi x dtg

T-SHIRT antara barang yg wajib dibeli - harga paling ,murah RM10 sehelai

Aiskrim kelapa - Wajib rasa...sedap dan enak, mmg x rugi beli harga RM2.50 murah

Malam2 kami smua sebuk layan gajah dan hiburan tepi jalan..

Arca ni..mmg wajib bergambo..tapi x moh la dekat2..nmpk lucah patung ni

Arca naga... mcm singapore jer.. - <@@>


Kronologi perjalanan..

>Pegi hatyai ni, naik bas atau kereta pon boleh, kita blh masuk ikut bukit kayu hitam atau padang besar, lepas masuk sana lebih baik cari pemandu pelancong, sb masalah komunikasi antara kita dgn dorg mmg akan terjadi.. hahahaha... aku dh rasa, kap...kap..kap.. aku ckp mmg dorg tak paham..

>harga makan kat sana , sorry to say MAHAL jugak, makan kat restoren 3 kepala pon bley kene 300 bath @ 30 ringgit.. padahal bekfes jer..huhu, sabar jelah..
tapi, ada jugak yg murah, kalau masuk 7-11sana, masih ada brgan halal dan murah boleh cari dgn mudah.

>So, far macam aku cakap sekali skala pg tmpt org, kita akan merasa bahawa tempat sendiri jgk yg best, ada jugak singgah ke masjid wakaf (x ingat lokasi)

>pulut mangga dan pulut doyan wajib la carik kat pekan hatyai...sedap pulut tu, tak sama dgn kedai kat malaysia buat, durian pon sedap..mangga lagilah sedap..cantik bersih je pulut tu.

ahahaha..rindunya ngan pulut durian ni

> ok..citer dh abis, sbnrnya banyak nk tulis tapi dah lupaaaa..hehehee..nt kalau ada rezeki aku pg tahun ni lagi..i tell u all k..


Percutian Budget untuk org budget ciput macam saya  >@@<

"As long u happy"


wRITEn by me,
AA - Aisha Aminudin


Ya Allah ! Engkau selamatkanlah bumi gaza daripada perang Ya Allah sesungguhnya dugaan ini dtg drpd mu .. Engkau laknat lah mereka(org kafir) Ya Allah sesungguhnya tempat mereka (org kafir) sememangya di NERAKA JAHANAM .. < amin amin yarobbal alamin > Aisha Aminudin

Wednesday, January 22, 2014

Rezeki duit Free dari Iklan

Assalammualaikum...

Selamat pagi semua, Alhamdulillah tadi saja-saja gatal tangan klik kat nuffnang..maklumlah dah hampir setahun setengah aku mengalami kemalasan nak nak berblogging.. Ya..1 1/2tahun .. mcm2 dugaan aku dpt..huhu




Nasib baik ingat lagi password nuffnang tu.. dan selamatlah aku cash out kan beberapa nilai yg ada..

Alhamdulillah..rezeki Allah swt amat luas, sapa sangka disaat aku dh malas nk berblog..tetiba dtg semangat yg entah dari mana..ahhahahah...

Terima kasih Ya Allah....

Alhamdulillah..lepas ni boleh la beli tupperware bebanyak..hahahha..kegilaan tahun 2014



Writen by Me,
AA  
Aisha Aminudin



Ya Allah ! Engkau selamatkanlah bumi gaza daripada perang Ya Allah sesungguhnya dugaan ini dtg drpd mu .. Engkau laknat lah mereka(org kafir) Ya Allah sesungguhnya tempat mereka (org kafir) sememangya di NERAKA JAHANAM .. < amin amin yarobbal alamin > Aisha Aminudin

Tuesday, January 21, 2014

Penawar Cyst Part 1

Assalammualaikum..

Tajuk entri macam doktor pulak kan, tapi maaf saya hanya manusia yg telah diduga dengan penyakit ini dan diberi penawar dari Allah swt.

kronologi cerita:-

" Saya penghidap Ovarian Cyst di sebelah kiri, saya dapat kesan penyakit ini kerana saya mengalami period yg berpanjangan pada bulan Jun 2013 selama 52 hari., saya ingatkan mungkin sebab saya terlalu stress dan penat sb jadual kerja yg panjang rupanya ada penyakit yg pernah saya alami dulu kembali semula..."


gambar sekadar penyeri tekak


Ya! tahun 2005 saya pernah membuat pembedahan membuang Cyst di kedua belah ovari saya. Sakit selepas membuat pembedahan itu masih terasa...ngilu, sometime gatal, dan trauma...

"Bila saya disahkan kembali menghidap cyst, saya bertekad untuk tidak menjalani pembedahan kerana masih trauma.. doktor sudah menetapkan yang saya mesti melakukan operation utk membuangnya kerana cyst saya berukuran 7cm..."... sedihkan, kalau operation dpt baby oklah jgak, huhu  dugaan...dugaan..

sebelum ni period saya ok saja, segugut tu adelah sikit2, tetiba je dtg penyakit ni ...saya terima sb ini dugaan Allah swt utk saya.

Pada bulan 12 tahun 2013, saya ada check up dengan doktor, sebab bulan jan 2014 ada operation, ini adalah utk confirmkan dan condition  saya semula.

Saya selalu berpegang, setiap penyakit ada ubatnya, insyaAllah Allah akan bantu saya.

"Bila doktor scan, dia terkejut sebab cyst tu memula tak jumpa, scan beberapa kali akhirnya jumpa jugak, tapi doc ckp cyst saya dah mengecut ke size 4.5cm..Ya Allah! gembira tak terucap. Sepanjang balik tu saya macam blur.. sebab tak sangka sgt2.., dah la drive sendiri ke hospital.. result yang saya dapat amat saya teruja, tak sia-sia saya makan vitamin dan jaga makan( kekadang kantoi gak)"

lepas saya makan vitamin dan jaga pemakanan disamping perbanyakkan doa pada Allah swt... akhirnya saya jumpa juga cara untuk menghapuskan cyst ini.

yang pasti bila hormon badan kita tak stabil, mcm2 penyakit akan datang..tak kira muda atau tua.

Nak tau macam mana saya berjaya kecilkan cyst. nanti saya kongsikan di entri yg akan dtg..

Write BYMe..
AA








Ya Allah ! Engkau selamatkanlah bumi gaza daripada perang Ya Allah sesungguhnya dugaan ini dtg drpd mu .. Engkau laknat lah mereka(org kafir) Ya Allah sesungguhnya tempat mereka (org kafir) sememangya di NERAKA JAHANAM .. < amin amin yarobbal alamin > Aisha Aminudin

Kereta Sewa KL MURAH

Assalammualaikum..

Kepada sesiapa yg berminat nak sewa kereta dari Viva, saga, alza,hilux dan Lori..

Sila buka page ALTIMATE KERETA SEWA.

penghantaran kereta disediakan sehingga kedepan rumah... sewa harian pon berbaloi

nak tahu lebih lanjut sila klik banner di atas..



Student adalah golongan yg digalakkan untuk menyewa..
Asalkan Speed trap jaga...
jangan gelojoh memandu..

p/s: kawasan jajahan - Sg.buloh/damansara damai/ bandar tasik puteri/ bdr country homes dan yg berdekatan


wRITE BY me,
AA




Ya Allah ! Engkau selamatkanlah bumi gaza daripada perang Ya Allah sesungguhnya dugaan ini dtg drpd mu .. Engkau laknat lah mereka(org kafir) Ya Allah sesungguhnya tempat mereka (org kafir) sememangya di NERAKA JAHANAM .. < amin amin yarobbal alamin > Aisha Aminudin