Friday, May 28, 2010

Korang Mandi tak Pagi Ni??

Salam..
Mandi..
KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan
untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta
berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang
diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita
diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam
dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun
pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki
kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang
dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan
tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar
supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20
minit.

Mandi air sejuk sangat baik
untuk meredakan ketegangan. Ia dapat
menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang
dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal
boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam
air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian
dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam
selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala: Merendam kaki dalam air panas membantu
menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah.
Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan
pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti
lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya
selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia: Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang
mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki
sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan
hidung, selsema dan sembelit.

Wednesday, May 26, 2010

HADIAh tuk Follower ku yg ke 100.. korang nak tak?

Salam..

Niat dalam hati suci ku ini..cewahh
untuk memberikan hadiah kepada
Aiyu Esa.. TAHNIAH sebab jadi Follower ku yg ke 100
.
.
Ape Hadiah nye..??
CD CAse jeans
\
Oklah Ayu Thanks sebab sudi jadi follower Aku.. Korang yg lain jgn mara ye
nanti cepat naik uban kat rambut tu..
ATAU
korang nak CD case ni jugak?
ok kalau nak.. aku wat cabutan bertuah..
ader 3 biji lagi..
macam mana nak tak?
tinggalkan komen korang kat entri ni
aku cabut sekali masa hariz giveaway nanti
sape2 pon layak
x yah follow
komen jer
.
.
ok suke tak??

update HAdiah dan Peserta Hariz GiveAway!!

Salam..
Sorry lambat update..
Aku dah lama nak citer pasal hadiah ni,
tapi weekend hari tu pi balik kampung melawat family En.Suami
Jadi nak bagitau ni adalah hadiah tuk HAriz Giveaway..
.
.
1st place

1 set of color station and CD case.. buat daripada kain Jeans..
.
.
.
2nd & 3rd Place

Album gambar Mickey & Pooh
.
.
DAN ini adalah
CD Case.. dibuat daripada kain Jeans.. tuk 1st/2nd & 3rd sahaja

.
.
manakala tuk 7 hadiah saguhati adalah
1 Jigsaw Puzzle
Cabutan akan di lakukan oleh En.Ady aka husband mithali aku..
dan keputusan akan di umumkan pada
30/5/2009 jam 9 pagi
.
.
Nama senarai peserta sila check kat side bar sblh kiri
harap maklum ye kawan2
terima kasih tuk semua yg JOIN Giveaway Hariz
tarikh tutup 29/5/2009 jam 12.00 thgari