Monday, August 02, 2010

Menang Contest: Miss Zahidah Holiday

Salam...

Terima Kasih buat Miss Zahidah kerna sudi
memilih Entri akak
sebagai pilihan 1 Hadiah Utama..

Terima Kasih jua kepada pihak juri
MEL and IZZAH

1 Hadiah Utama

Adyshariz

komen dari hakim: kreatif sebab buat pantun, menarik ada gambar

Tahniah juga Pada

Mama Zharfan
Tiefazatie

Result keseluruhan

sememangnya korang mmg the best jugaklah..


Thanks a lot

Saturday, July 31, 2010

Malam Pertama si Milah dan Dollah



Al kisah
berlakunya cerita di sebuah kampung nun di utara kedah. Di situ tinggallah dua keluarga yang satu tu janda beranak satu. Anaknya pompuan bernama Milah dan yang satu lagi tu duda beranak satu jugak. Tapi anak dia ni lelaki yang diberi nama Dollah.

Setelah dari kecik hingga ke besar dorang berdua tu berkawan, maka mak dengan bapak kedua-dua belah pihak telah setuju untuk mengahwinkan dorang ni. Maka berpesanlah mak si milah kepada anaknya... "Milah....bila hang kahwin nanti...bila time malam pertama tu hang hati-hati sikit sebab mak dengaq maknya si Dollah tu dulu mati sebab bapak dia punya sebesaq kepala lutut . "

So..mak takut gak kot-kot la si Dollah tu nurun ikut pak dia" Maka si milah pun ngangguk laaa. Dalam pada tu jugak..bapaknya si Dollah tu pun tak lupa bagi peringatan pada anak dia..Dia pun pesan la kat Dollah.... "Dollah......bila hang kawin ngan Milah nanti...time malam pertama tuh hang kena jaga-jaga sikit...bukan pasai apa...pak dengaq pak nya si Milah tu dulu mati sebab mak dia punya bergigi."

Takut-takut lak si Milah tu nurun mak dia. Terkejut beruk si Dollah..Anyway...Dollah pun ahah je la...Diringkaskan cerita ......kawin la Milah ngan Dolah. Time malam nak tidur pun tiba... Duk.. dak.. duk...dak...kedua pengantin tu bila lampu dah padam...ye la... teringatkan pesanan mak ngan bapak dorang. Tapi diaorang buat-buat cool je......macam tak de apa-apa.

Masa tidur tu Milah pakai baju tidur yg paling seksi sekali pernah dibelinya. Jarang habih.....Dolah pun apa lagi..terliuq la...tapi bila cuba nak bukak step je..dia teringat pesanan bapak dia. Dolah pun dapat idea nak hulur lutut dia...kot-kot la betul bergigi si milah punya...selamat sikit...Si Milah pun dapat idea jugak nak sua mulut dia...ye la..kot-kot betul besaq kepala lutut...selamat sikit sebab dia boleh gigit. Bila bertemu je gigi si Milah ngan lutut si Dollah...apalagi...dua-dua terkejut beruk lagi..Dollah terus lari balik rumah dia bagi tau bapak dia..."pakkk....betulla si Milah punya bergigi pakkk". Si Milah pun cam tu gak...balik habaq kat mak dia.


Tapi pak si Dollah tak puas hati . Diaorang pun pi rumah Milah nak buat spot check. Masa tu Milah tengah mandi. Dollah ngan bapaknya pun terus je tolak pintu bilik air si Milah. Apalagi...terkejut la si Milah yg tengah mandi telanjang tu...dengan tak berlengah lagi dia terus je capai pokok kangkong yg hidup subuq kat longkang bilik air dia tuh untuk tutup anu
dia.....Bapak Dollah pun....bila nampak je...apalagi.....terus jerit.......

HAH!! TU DIA.....MAKAN KANGKONG PULAK DAH!!



Friday, July 30, 2010

Jamban oh Jamban

ini bukan Jamban aku.. ini encek goggle punya
sian dia..



JAMBAN...

Kewujudanmu bukanlah sesuatu yang perlu dipertikaikan.Ketiadaanmu
merupakan masalah besar bagi negara-negara membangun seperti Malaysia. Kau berada di mana jua di saat kami memerlukan. Aku tahu ramai yang membencimu. Cuma mereka akan ingat pada mu bila tibanya detik-detik yang meresahkan itu.Ramai yang berkata...baumu kurang menyenangkan. Tetapi, mereka lupa, bau

itu bukanlah bau asal dirimu. Bau itu sebenarnya datang dari perut mereka
dan juga perutku ini. Ada perut yang mulia dan ada juga perut yang menerima apa sahaja, walaupun hasil itu bukan yang diterima hukumnya.

JAMBAN...
Kadang-kadang aku berasa kasihan dan simpati mengenangkan nasibmu
yang terbiar tanpa penghargaan. Mereka menyumbat mulutmu dengan baja semula jadi itu dan kemudian mereka mengutuk dan mencacimu. Sungguh besar pengorbanan yang kau lakukan. Namun jasamu tidak dikenang. Bagiku keujudanmu

adalah simbolik di dalam kehidupan yang penuh ketidakadilan ini.Yang bertenggek di atas terus menyalahkan sesuatu yang dibawah...yang lemah dan tidak mampu melawan.
JAMBAN...
Aku berasa sungguh tenang setiap kali dapat bersamamu. Segala
masalah bagai dapat aku lupakan. Terasa lapang dadaku...terasa lega mindaku.
Fikiranku menjadi tenang setenangnya air di dalam aquarium yang tidak berpenghuni. Kaulah sumber ilhamku. Kadang-kadang aku terfikir...adakah Shakespere juga menyanjungi kewujudanmu?
JAMBAN...
Ketika aku menulis catatan ini...aku tahu...karya sebegini tidak
akan terpilih sebagai Karya Terbaik Minggu Ini...Kerana tajuknya 'JAMBAN'. Jika anugerah itu diberikan...pasti ramai yang akan mempertikaikannya.Eeee....kotor dan menjijikkan...macam la tak ada benda lain yang nak ditulis. Sudah banyak daerah dan negara yang aku lawati.. Namun aku tidak pernah mendengar sebarang penghargaan yang diberikan kepadamu. Misalnya...'Jamban Terbaik Minggu Ini'...Ataupun sekurang-kurangnya...'Jamban Terbaik Abad Ini'. Mungkin tiada siapapun yang akan terfikir untuk memberi anugerah seumpama itu kepadamu. Kau bukan bunga...kau bukan batu permata dan kau bukan juga lambang semangat muhibbah dan kejiranan.

JAMBAN...
Ribuan terima kasih aku ucapkan atas jasamu selama ini...Dan terima
Dan terima kasih juga kepada mereka-mereka yang melibatkan diri di dalam usaha
pembersihan jamban. Aku tahu kerjaya seumpama itu selalu dipandang hina dan langsung tidak mendapat perhatian. Bayarannya juga amat sedikit dan mengharukan. Namun aku kagum dengan kesanggupan kalian kerana aku tahu...Aku juga mungkin tidak mampu untuk melakukannya. Jika ada yang menghina...bersabarlah...walaupun kerja itu kotor namun hasilnya adalah HALAL


JAMBAN... Sampai di sini sahaja yang mampu aku tuliskan untukmu sebagai penghargaan. Telah lama aku terfikir untuk menulisnya....Dan sekarang aku sungguh lega kerana berjaya meluahkan apa yang terbuku di kalbuku selama ini. Hari ini aku tak berapa sihat....jadi aku nak tidur awal sikit. Nanti bila aku terjaga pasti kita akan bertemu lagi. Aku tahu kau tak akan lari. Kau sentiasa setia menanti di situ.

Nota kaki : aku tau korang pon camtu.. bole ker idup tanpa Jamban..
fikir - fikirkan...slamat termenung