Tuesday, September 21, 2010

Yeah! Cerita Pasal Raya Pulak


Salam..

Alhamdulillah, selepas seminggu beraya, segala lemang dan ketupat udah di rasa, tekak pon sihat dan tidak sakit.. hehe... maklumlah macam-macam yg dibedal, niat nak buat open house, maybe hujung bulan sebab this week kene balik kampung , adik hubby nak bertunang, adoi.. jauh tu, kat mersing.. family punya pasal, anywhere pon kitaorang support.. Family firs kan..

Dah seminggu beraya, baru terhegeh - hegeh nak upload picture raya, maklumlah mood masih not so good, jom layan skit picture Raya... adelah beberapa keping, tema tahun ni HIJAU.. mak aku cakap, macam org PAS haha..PAS pon PAS la mak..janji pakai baju raya..hehe

Ni Picture kami sekeluarga.. tema HIJAU gelap..
baju ni aku beli kat first lady je, harga pon bolehlah, berbaloi..

baju encik hubby n Hariz pon beli siap jer, maklumlah aku kan rajin.. hehe

posing manja skit ngan encek suami, rasa mcm baru je kawin

ni hariz dgn baju melayu dia yg besar dari badan.. kopiah tu kejap jer atas kepala

ni My Happy Family, yg duduk tu Mak kita ye.. bukan kakak..letih dah dongar ..
eh!ni kakak ko ye..huh tolong skit yer.. yg lain ni antaranya Adik dan anak buah

ni aku, suami, adik ipar n Adik aku no 2 bersama Ayahanda aku

NI haah ..keluarga adik aku yg kecoh, dari mak... bapak sampai ke anak..hhehe

Ni Omak den dengan anak kesayangannya... maklumlah dia ni satu - satunya anak lelaki yg ade.. yg lain semua ppuan..

ni pulak budak yg dh penat bermain seharian.. tetiba je diam..
rupanya dia cas bateri jap sebab letih sangat gamaknya...
aku tengok pon letih..


dalam bebanyak gambar yg ade, cuma adik aku no 3 jer takde, sebab dia tengah berkhidmat kat luar negara, tak taulah bila dia boleh balik.. agaknya next year pon x de gambo raya lagi.. huhu..nasib ko lah dik.. smoga jangan bersedih di perantauan.. hehe

okaylah itu jer nk citer pasal picture raya tahun ni, agak lambat skit publish citer pasal raya ni , harap - harap tak basi lagi.. nanti kalau jadi planning aku nak buat open house, insyaAllah aku jempot korang semua..

ok bye!!

p/s : Takziah di ucapkan tuk Arwah Blogger Nadia @ TTT , semoga rohnya dicucuri rahmat.. Al-Fatihah..






Sunday, September 19, 2010

Hadiah saguhati dah pos yg Utama baru je POS..hehe

salam

Mood berblog this week very down babe... sorry la, pas tu bila buka blog cam boring ya amat pulak.. godek -godek n tukar header n make some arrangment skit, baru boleh berblog dgn mood beraya..

hadiah untuk pemenang saguhati dan misteri sudah di pos sblm raya dan untuk Hadiah utama, baru aje di pos semalam.. itupun di poskan oleh Sall..

jom nengok hadiah yg di pos..




nanti bila dah sampai hadiah, jgn lupa publish kan blog korang ye.. this week akan ada contest baru.. tak payah pakai kreativiti.. just tepek picture..kontes ape tu?? hehe TUNGGU ya..

okaylah, nak upload picture raya jap lagi..

Al-fatihah untuk pelakon M Rajoli

m rajoli meninggal dunia

Pelakon veteran M. Rajoli, 65, yang dilaporkan berada yang dalam keadaan kritikal sebelum ini telah meninggal dunia di Hospital Ampang, Selangor, Jumaat selepas dimasukkan ke hospital itu petang Khamis lalu. Menurut adik ipar Allahyarham, Mohlis Md. Din,47, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.45 malam, 17 September 2010 di sisi isterinya Hassimah Mat Din dan anak bongsunya, Mohd. Arif.


Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur sebelum solat Zohor 18 September 2010. M. Rajoli disahkan menghidap kanser di kelenjar otak atau lymphoma sejak tiga tahun lalu dan dijaga sepenuhnya oleh isteri pertamanya, Hassimah Mat Din. -mStar

Minat dengan lakonannya yang membawa seribu makna, kepemergianmu tiada pengantinya, al Fatihah buat Arwah dan salam takziah kepada keluarga arwah.

Marilah kita sedekah Al Fatihah kepada Allahyarham M Rajoli.