Wednesday, October 05, 2011

Kisah Mimaland (Kenangan 1971 - 1992)


Assalammualaikum

Mungkin ader yg pernah mendengar kisah mimaland ini, last week aisha ader dpt email ttg kisah  ni.. tak sangka pulak, rupanya ada kisah di sebalik penutupannya..

Jom kita layan..

Taman rekreasi yang terkenal pada era 1980-an iaitu Mimaland mula dibina dalam tahun 1971. Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalah singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Ia dibina di sebuah kawasan berbukit seluas300 ekar di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur. Pembinaan Mimaland dibuat dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat.

Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah 'taman haiwan prasejarah' yang mengandungi binaan model-modeldinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuat penggambaran di situ.

Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan 'giant maze', serta kawasan untuk merentas rimba.

Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku juga. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan. Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakanpada dinding kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.

Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapadakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994. Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.


Dahulu



Sekarang




Cerita - cerita dulu

1983 - Filem Mekanik, dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada Mimaland. Taman haiwan prasejarah sekali lagi menjadi lokasi pilihan, kali ini untuk menggambarkan babak fantasi zaman batu lakonan Azmil Mustapha dan Julie Faridah (yang kelihatan di situ sedang membasuh buah betiknya sambil ditemani oleh dinosaur yang jinak) 

1986 - Filem Gila-Gila Remaja mempunyai banyak dialog kegemaran ramai, antaranya ialah: "Esok jangan lupa, Mimaland!" yang diucapkan oleh pelakon Faizal Hussein. Lokasi tasik menjadi pilihan untuk babak lagu selingan, dan selepas itu Azroy dan Suzana singgah minum di restoran tepi tasik. Kelihatan pekerja di tempat sewa sampan itu memakai t-shirt seragam yang bertulis Mimaland. 

1987 - Filem Tempo '88 memilih lokasi penting di Mimaland iaitu kawasan kolam renang terbesar di Asia Tenggara dan papan luncur air gergasi yang menjadi punca berakhirnya era Mimaland enam tahun kemudian. Dua orang pelakon tidak terkenal berlegar-legar di situ dalam sebuah babak mengarut yang diakhiri dengan aksi tipikal, iaitu seseorang perlu jatuh ke dalam kolam renang, dan semestinya orang yang ingin menolongnya juga akan terjatuh sama. Sangat filem Melayu 80-an.   


Inilah papan luncur yg dikatakan meragut nyawa seorang warga singapura..

Kesimpulannya :-

Tempat ini mmg sudah menjadi sejarah, kawasan ini tidak lagi di bangunkan langsung,  berapa agaknya kos utk buat semua ni yer... maunya juta2 kot

kesian owner ni kan, gulung tikar akhirnya..dgn jayanya..aku try google citer pasal mimaland ni, owner tanah ni magnum cooperation ( ni kedai no ekor kan )..huhu...patutlah tutupp

Friday, September 30, 2011

Kata - kata ungku aziz


Assalammualaikum

Just wanna to share this.. yg mana satu diri korang yer??? Aku...No....tututt



hehe...layan jelah

Thursday, September 29, 2011

Majlis Pertunangan yang Indah


Assalammualaikum

Pada tarikh 17 September yang lepas, family aisha ada mengadakan acara majlis pertunangan utk kedua-dua adik perempuan aisha, Siti Rohani dan Siti Murni ( suci jer nama diorang kan )..huhu

Majlis ni diadakan kat umah family di sentul, dan alhamdulillah semuanya berjalan dgn meriah dan lancar.

My sis yg no 3 iaitu Ct rohani berbaju color merah hati bertunang dgn jejaka pilihan my mom org kuala krai dr negeri kelate, dan akhirnya jatuh cinta gak..suka mak kita tau..( eceli dia takut anak2 dia tak kawen ) hehe

dan

My sis yg no 4 iaitu Ct Murni berbaju color Pink bertunang dgn jejaka pilihan hati iaitu org dr negeri selangor jer..iaitu sekincai..



Ni lah picture my sis




Ni pula gambar aisha dan keluarga bersama anak buah kesayangan syamir


hantaran yg 100% made by aisha n sister
 color PINK & BIru muda..canteeekk tau
..berpeluh ketiak aku..ahaksss


cantik kan semua hantaran ni 



tak lupa juga 2 kotak coklat KONTROVERSI antara aku dgn MILKADEAL !!
sampai skrg coklat yg aku nk tu, belum redeem lagi voucher nyerr..huhu

NYAMPAH lah  weyy

TAPI seyes aku nk cakap yg
OWNER chocolata paradise tu mmg sengaalllll lah sgt
sebab aper??
next entri la kan



kepada kedua-dua adik ku, moga kalian di murahkan rezeki.. moga majlis perkahwinan korang akan dtg nanti meriah dan korang pon happy - happy selalu..( ehemmm..mak nak cucu lagi weyy!!) cepat kawen laaaa.. kan..kann

P/s : selamat bertunang juga buat Nurul Atiqah ( maaf dik, akak tak dpt dtg, sb majlis korang jatuh pada hari yg sama..)

huhu...layan