Wednesday, June 30, 2010

Aida Radzwill tukar nama Aida Khalida


Salam
Dulu Aida Rahim lepas tu Aida Radzwill, sekarang dah jadi Aida Khalida. Terima kasih kepada Aida sebab dia dah guna nama baru sekarang, sedap nama tu. Kata orang kalau guna nama sendiri yang emak bapa kita bagi, lebih berkat. Mungkin lepas dah tukar kepada nama diri sendiri, kehidupan Aida lebih tenang dan bahagia, Joyah harap macam itulah. Sebut pasal Aida, nak cerita apa yang berlaku di mahkamah Selasa lalu. Suaminya, Joe Radzwill mahu pelakon itu kembali semula kepadanya atau jika tidak Aida diisytiharkan sebagai isteri nusyuz.

Joe juga meminta supaya tuntutan cerai fasakh yang dibuat oleh Aida, ditolak oleh mahkamah. Melalui peguamnya, Joe membuat tuntutan supaya pelakon berusia 53 tahun itu kembali taat kepadanya memandangkan mereka masih suami isteri yang sah dan kes berkenaan akan dibicarakan lagi pada hujung Julai depan. -Utusan


Kisah dulu - dulu..
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Perseketuan hari ini mengesahkan pernikahannya Aktres Aida Radzwill atau nama sebenarnya Khalidah Adibah Ahmad dengan penyanyi dan pelakon Joe Radzwill, setelah tujuh tahun berkahwin.
Pengesahan itu dilakukan oleh Hakim Syarie, Mohamad Shakir Abdul Hamid selepas memutuskan pernikahan kedua pasangan tersebut adalah sah menurut hukum syarak.

Selepas mendapat surat pengesahan ini, pasangan itu diminta untuk mendaftarkan pernikahan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Menurut peguam syarie, Nahar Alias, pihak JAWI akan menyiasat kes ini dan selepas itu mahkamah akan menentukan denda terhadap pasangan ini.

"Mereka boleh dikenakan denda maksimum RM1000 atau penjara kerana poligami dan bernikah tanpa kebenaran," kata Nahar.
Joe dan Aida bernikah di Yala, Thailand pada 6 November 2002 oleh wali hakim merangkap ahli jawatankuasa Majlis Agama Islam Wilayah Yala, Thailand, Othman Daramah dengan dua saksi warganegara Thailand, Abdul Aziz Ahmad dan Othman Ibrahim.

Sewaktu pernikahan itu, Aida berstatus janda manakala Joe masih beristeri. Namun pada November 2002, Joe telah menceraikan isterinya itu.
Joe Radzwill bercerai dengan isteri pertamanya, Rozita Ramli pada 6 Mac 2003.
Hasil perkongsian hidup dengan perkahwinan pertamanya itu, mereka telah dikurniakan dua orang anak.

Kedua-dua pasangan hadir bersama dengan memakai pakaian yang sedondon semasa perbicaraan tersebut.
Ketika ditanya mengenai mengenai sebab kelewatan mendaftarkan pernikahan tersebut, kata Aida:
"Biasalah...saya ada masalah lain, selalunya saya sibuk dan memang tak sempat, kadang-kadang tak ingat dan leka.

"Tapi yang penting pernikahan saya dengan Joe sudah disahkan," katanya.
Sementara itu menurut Joe pula, selain tidak mempunyai masa yang sesuai, masalah penceraiannya dengan isteri pertamanya juga menjadi punca kelewatan pendaftaran pernikahan mereka.

"Susah untuk mencari masa yang sesuai, hari yang saya tidak sibuk, Aida pula sibuk.
"Penceraian saya degan isteri yang pertama pun memang menyebabkan kelewatan untuk mendaftar pernikahan saya dengan Aida," kata Joe.

Menurut Nahar, pasangan tersebut memfailkan permohonan untuk mendapatkan pengesahan pernikahan mereka pada 27 Julai 2009.
Pasangan ini pernah ditahan oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam pada 1 Disember 2002 kerana disyaki berkhalwat di sebuah kondominium di Damansara Kiara.


setahu aku.. si joe ni blum cerai lagi masa aida kawin ngan dia, si isteri tgh pantang lagi mase joe ni kawen dgn aida..ala cam kes noman dgn si memey bengong tu..
ape la nk jadi dunia artis ni sekarang.. kawen cerai buat main- main..

Cerai mmg halal tapi perkara yang paling di benci oleh ALLAH s.w.t

smoga tabah menghadapi cobaannn...

Season 3 Cute Baby with TOY contest!!


Anjuran
dan
Penaja Bersama
.
.
Mempersembahkan..
pertandingan
CUTE BABY WITH T.O.Y.S
.
Contest ni adalah kali ke 3 anjuran dr suziey and momguest
Anda nak Join?
sila lihat syarat2 penyertaan di sini
.
.
SYARAT UTAMA
msti mempunyai blog sendiri..
contest bermula 21 June 2010 - 15 July 2010 @ 2.00pm
kelayakan umur peserta adalah 1 bulan - 4 tahun shj
penyertaan hanya utk anak sendiri…
.
Gambar Hariz with Toys
Hadiah Season 2 winners adlh mengikut tema contest:
~Butterflies & Flowers Storage Box 3pcs Set for GIRL~

~Fun Cars Storage Box 3pcs Set for BOY~
akhir sekali.
.
.
GRAND PRIZE for FINALE SEASON are 3D2N FULL PACKAGE @ REDANG/LANGKAWI ISLAND & 70PCS 4R SIZE PHOTO SPONSORED BY MALINASIAM.COM

Tuesday, June 29, 2010

GIVEAWAY "CAYANG IBU"


Salam
mari kita meramaikan giveaway "cayang ibu" ni
syarat2 mudah dan ringkas
GA ni bertujuan untuk merapatkan silaturrahim sesama blogger
.
Letak picture ngan anak anda atau
anak sedara pon bole
.
okay
ni picture yg aisha letak
story skit :-
Picture ni amik masa teman ayah hariz main pertandingan
lawan bowling inter dept kat selayang mall
ayah hariz dpt tmpat ke 4 drpd 30 org..
nk cakap pandai main pun, tak jugak
maybe ader luck time tu..
jadi ibu dan hariz pon posing la skit kat sini
buat kenangan
.
.
kali ni aisha TAG
shaza
lienast
mamalyna
tra
ct nurkhijah
.
Pemenang Give Away ini disaring melalui cara:

"CABUTAN UNDIAN OLEH IMANINA & IBU IMANINA"

Hanya
2 pemenang yang akan di pilih

Tarikh akhir penyertaan adalah pada :

30 Jun 2010

Mari join reramai...

nak join click sini