Thursday, September 09, 2010

Gantung kat raya kekawan kat sini


Salam

akhirnya sampai jugak kita di penghujung ramadhan, moga puasa kita di terima sepenuhnya oleh Allah s.w.t... amin

dah puasa kene la sambut raya pulak kan.. kat sini Aisha kirimkan kad ucapan yg tak seberapa dari aisha n family..






SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

MAAF ANDAI KATA SELAMA HAMPIR 7 BULAN BERBLOG NI
ADA TERKASAR KATA DAN TULISAN YANG MENGURIS PERASAAN KALIAN
AMPUN MAAF DI PINTA



Kat bawah ni adalah kiriman kad raya dr kawan2 berblog.. tak sangka ya.. dlm alam maya ni pun kita boleh berkenalan dan bermesra macam dah kenal ..

ecard..

Salam Lebaran




















selamat hari raya smua
kalau e card korang tak gantung kat sini..

maknanya aku dh maleh..hehe.. mood raya dah mari..

tak tau lah berapa lama blog ni bersawang nanti..



meh layan pantun skit



duit raya pasti ku beri

buat mereka moga gembira

salam aidilfitri ucapan dari aku dan family

jom datang ke rumah kami



sayang anak tangan - tangankan

sayang suami siapkan makan

dari rawang aku kirimkan

ucapan maaf dari kejauhan






Wednesday, September 08, 2010

menang GA My Small World


Salam

Alhamdulillah, rezeki di hujung ramadhan...tak sangka pulak slogan pantun yg di buat menjadi pilihan juri, Terima kasih ya Ummi

Pemenang Hadiah Pertama : Aisha Aminudin

Rumahku Syurgaku kerana

Panasku Aman diselubungi dirimu,

Gelapku Indah diterangi cahayamu,
Tidurku Lena dilindungi Olehmu,
Keluargaku bahagia berada disampingmu,

Pastinya Engkaulah Rumahku Syurgaku

(pemenang akan memenangi dekorasi rumah Welcome dari British Home)

(Pemenang pertama akan mendapat dekorasi Welcome)
(Pemenang kedua akan mendapat tempat gantung kunci lil chef)


senarai pemenang yg lain ada di sini

thanks UMMI

Datuk Sosilawati Lawiya, Bekas Isteri Nash Hilang Sejak 30 Ogos

sosilawati hilang

Ajaib tapi benar. Datuk Sosilawati Lawiya, bekas isteri Nash dan jugak merupakan pengasas produk kosmetik Nouvelle Visages didapati hilang sejak 30 Ogos yang lalu. Sudah seminggu kehilangan ini berlaku, tapi sampai sekarang tiada khabar berita atau petunjuk langsung.

Yang peliknya, Datuk Sosilawati dilaporkan hilang bersama pemandu, peguam peribadi dan seorang pegawai bank dan membawa wang jutaan ringgit. Jadi kalau kata nak gi luar negara agak tak logik sebab rasanya tak lepas kot kat airport. Mungkin masih ada kat Malaysia lagi.

susulan kes misteri kehilangan Jutawan Kosmetik Nouvelle Visage, Datuk Sosilawati Lawiya, 47 kini mendapat petunjuk yang baru, suspen jugak tengok berita TV3 dan laporan akhbar di berita harian yang mengatakan kereta BMW X5 milik Datuk Sosilawati Lawiya yang bernombor pendaftaran WTL 11 di jumpai seorang penduduk di Apartmen Angsana, Taman Subang Mewah di sini, kira-kira jam 8.30 malam sebaik butiran kenderaan terbabit disiar Buletin Utama TV3. Ia ditemui diletakkan di tempat letak kereta apartmen berkenaan dengan pintu tidak berkunci tetapi bahagian dalamnya tidak berusik. .. biar betul..!!

Pagi tadi tengok berita hati rasa berdebar-debar aje, mulalah teringat akan drama-drama penculikan, pengkhianatan. Doa dan harapan agar Datuk Sosilawati dan 3 individu yang lain berada dalam keadaan selamat, sebabnya curiga jugak atas penemuan kereta peguam sivil Datuk Sosilawati di temui di hadapan Hotel Dorset ditemui dalam keadaan baik tetapi terdapat kesan lumpur.


SUBANG JAYA: Misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, sejak seminggu lalu semakin terungkai berikutan penemuan dua kereta mewah, masing-masing miliknya dan milik peguam sivilnya di sini, malam tadi.

Kereta jenis BMW X5 warna hitam bernombor pendaftaran WTL 11 milik Sosilawati ditemui seorang penduduk di Apartmen Angsana, Taman Subang Mewah di sini, kira-kira jam 8.30 malam sebaik butiran kenderaan terbabit disiar Buletin Utama TV3.

Ia ditemui diletakkan di tempat letak kereta apartmen berkenaan dengan pintu tidak berkunci tetapi bahagian dalamnya tidak berusik.

Kereta jenis BMW 525i warna biru bernombor pendaftaran AAJ 5 milik peguam sivil Sosilawati, Ahmad Kamil Abd Karim pula ditemui diletak di hadapan Hotel Dorsett di SS12, Subang Jaya kira-kira jam 9 malam hasil maklumat awam.

Difahamkan, kereta Ahmad Kamil ditemui dalam keadaan baik tetapi terdapat kesan lumpur.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mamah ketika dihubungi mengesahkan penemuan kedua-dua kereta berkenaan.

Sementara itu, pengusaha warung, Norizal Othman, 31, yang menemui kereta mewah milik Sosilawati, berkata beliau mengesyaki sesuatu selepas kenderaan mewah berkenaan diletakkan di situ sejak seminggu lalu.
Di kawasan ini memang banyak kereta mewah disimpan. Jadi, kehadirannya menarik perhatian ramai, lebih-lebih lagi agak lama ia diletakkan di situ tanpa diambil sesiapa.

Bila TV3 menyiarkan nombor pendaftarannya dalam Buletin Utama malam tadi, saya terus teringatkan kereta itu lalu memberitahu Jawatankuasa Penduduk Apartmen Angsana yang kemudian menghubungi polis, katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, Norizal tidak dapat mengenalpasti mana-mana individu meletak kereta itu di tempat letak kereta berkenaan.

Kereta itu memang ditemui dalam keadaan sudah diletakkan di situ. Siapa yang memandunya memang saya tidak perasan tapi memang sudah lama ia di sini,” katanya.

Seorang lagi saksi, Roslan Abd Rahman, 46, berkata beliau nampak seorang lelaki Melayu dalam lingkungan 30-an meletakkan kereta itu di situ.

Keadaannya mencurigakan… tengok keadaan sekeliling kalau gerak-gerinya diperhatikan. Saya tidak tahu kereta itu milik Datuk Sosilawati sehinggalah keluar dalam berita, katanya. – Berita Harian Online

Polis juga turut mengambil keterangan dari keluarga Datuk Sosilawati dan jugak keluarga 3 individu yg lain.


p/s : entri copy and paste dari beutifull nara dan yan > kredit tuk mereka