- Cuti bersalin 90 hari!!(tertakluk kepada jumlah cuti yang diperuntukkan)
- Pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan akan digantikan dengan penilaian yg sewajarnya.
- Bantuan RM500 kepada penjawat awam yg akan dibayar pada Disember.
- Menyambung khidmat pegawai khidmat singkat utk setahun lagi.
Saturday, October 16, 2010
Budget 2010 yg Aku suka
Perfume Keluaran BARAT...HALAL ker untuk di gunakan?

Saya manusia yg begitu lemah iman, tidak mampu menegah dgn perbuatan serta pertuturan. Hanya doa yg termampu dilakukan. Namun saya masih tak gembira dgn sikap saya krn tidak berusaha bersungguh mencegahnya. Maka, saya rasa sekarang Allah berikan saya lorong pertuturan mengajak rakan-rakan yang dirahmati Allah meninggalkan sesuatu yg selama ini kita jahil mengenainya...

Cerita begini...
Sewaktu mengikuti rombongan Puspanita ke Indonesia bersama kumpulan isteri-isteri orang kenamaan termasuklah Puan Seri dan beberapa orang Datin, kami transit di Singapura dlm perjln balik. Sewaktu di duty free shop sambil berjalan bersama seorang Datin, kami melalui kedai perfume. Ramai ahli-ahli biasa puspanita dan lain-lain Datin serta Puan Seri singgah dan mencuba berbagai jenis perfume yg ada. Memang agak lumrah perkara ini berlaku dan ia bukan setakat di kalangan wanita malahan kaum lelaki juga.
Tiba-tiba seorang Datin bersuara kpd kumpulan 'pembeli' perfume ini... "dengar ni nak cerita" katanya. "Dulu saya suka pakai minyak-minyak wangi begini dan buat koleksi hampir semua jenis jenama perfume buatan luar negara. Satu hari saya ikut Dauk melawat Europe dan kami dibawa ke kilang membuat minyak wangi. Dalam kilang yang begitu besar itu, bermacam-macam jenama minyak wangi dipersembahkan kpd rombongan kami dgn harga kilang yg jauh lebih murah berbanding dgn harga di pasaran.
Sampai pd satu peringkat pembuatan, kami melalui kawasan di mana terdapat tangki-tangki besar berisi bendalir putih yg dicampurkan ke hasil akhir iaitu minyak wangi tadi.
Saya pun tanyalah pekerja kilang itu apa bendalir putih tu dan untuk apa kegunaannya?" Jawapnya.. "Oooh! That's lard, and it helps the smell stays longer". Datin itu bertanya lagi dalam nada terkejut dan wajah selamba, "you mean you add lard in all types of perfume?" "Oh yes! Or else the odour will not last."
Cukup setakat itu cerita saya kpd sahabat sekelian. Dipendekkan cerita, saya menyeru kpd rakan2 Muslim sekelian, bhw semua jenama pewangi import ada mengandungi minyak babi. Marilah kita semua berhenti dari menggunakan barangan tersebut. Ramai rakan-rakan kita yg mengunjungi tanah suci Makkah dan Madinah dan disana banyak terdapat minyk wangi yg tak dicampur dgn bahan dari babi.
Di negara Egypt yg merupakan negara pengeluar minyak wangi terbesar dari kalangan negara-negara Islam, bermacam2 perfume boleh didapati dan barang tersebut juga boleh diperolehi di Malaysia. Kita hanya perlu bertanya negara asal pembuat perfume itu.
Ujian Allah adakalanya begitu ringan dan mudah.... berhentilah menggunakan minyak wangi jenama Barat... itu sahaja. Namun ia memerlukan kekuatan iman yg jati utk mengubah diri kita ke arah keredhaan Allah.


Friday, October 15, 2010
Rating NONA jatuh sebab Maya Karin tak best ??
Selepas hampir setahun Maya Karin mengemudikan rancangan Nona, maklum balas yang diterima adalah pelbagai. Sudah menjadi adat resam dunia hiburan, ada yang suka dan ada yang tidak. Rata-rata maklum balas yang diterima kebanyakannya merasakan Maya tidak mampu menarik perhatian minat mereka untuk terus menonton Nona seperti mana musim-musim terdahulu. Sehingga ada desas-desus mengatakan rating Nona tidak lagi sehebat dulu apabila ia hanya sekadar mencatatkan jumlah penonton sekitar 1 hingga 1.2 juta setiap minggu sahaja.Pelbagai reaksi yang diterima tentang gaya penyampaian Maya yang pada hemat mereka kelihatan kekok dan begitu canggung sekali jika hendak dibandingkan dengan penyampai terdahulu. Memang pada asalnya, kata Penerbit Eksekutif Nona, Hartina Ayu Harun, pemilihan Maya sebagai hos Nona adalah untuk memikat golongan urban di samping pengikut setia program wanita unggul itu.
"Adalah tidak wajar untuk menyalahkan Maya sebagai punca rating Nona tidak sehebat ketika Normala atau Nurfarahin mengendalikannya dulu. Kami di TV3 harus akui persaingan kini semakin sengit dan penonton pun mempunyai seleksi untuk memilih rancangan kegemaran mereka. -Utusan
P/s : yg pastinya aku dah tak layan rancangan Nona..haha..