Salam..
HAri ni aku ade sedikit free time untuk masuk contest dari cikgu zara, tema terbahagi kepada dua, dan aku pilih satu tema yang aku rasa aku boleh buat..
kalau ada sesiapa yang free dan nak join contest ni sila CLICK SINI
Tema yang di pilih...
Kalau Saya sendiri adalah cikgu Zara
Yang pastinya Tidur malam kene cukup 7 jam, lebih tak boleh, nanti terlepas subuh pulak, bangun tidur kene senyum selalu nanti kalau masam, anak murid cakap cikgu datang bulan, monyok jer, Aku tak nak. Gosip-gosip macam ni takde kelas, pakai baju kene up to date dan sopan, biar anak murid tau yang cikgunye upgrade setiap hari, budak sekarang mana boleh ala kadar nanti ade ajelah gelaran tak masuk akal. Sebelum keluar rumah baca doa dulu " Ya! Allah berikanlah aku kekuatan untuk untuk mendidik anak bangsaku agar menjadi insan yang berguna, Sesungguhnya hanya engkaulah tempat aku memohon". Penting agar ilmu kimia yang diberikan akan meresap ke dalam minda dan jiwa. Sebelum pandu kereta, aku akan buka radio ikim 91.5fm untuk mendengar sedikit informasi dan lagu yang tidak menyakitkan halwa telinga, insyaAllah boleh merehatkan minda seketika. Sampai di sekolah Aku akan tersenyum dan bertegur sapa dengan guru dan anak - anak murid yang lain, biar diorang cakap cikgu zara peramah, paling tidak pun cikgu zara ni baik, mesti anak murid tidak takut untuk bertegur sapa.
Masuk dalam kelas aku tidak akan biarkan emosi menguasai diri, kalau ada anak murid yang terlebih perangai yang kuat berangan, beborak, tenung -tenung budak perempuan dalam kelas, itu semua perkara biasa, sebab manalah tahu masa zaman sekolah dulu pun aku terpernah buat perangai yang cikgu aku menyampah, dibiar pun tak boleh akan aku berikan sedikit tazkirah, biar dia cakap cikgu zara walaupun ajar kimia tapi ilmiah penuh didada. Barulah aku akan di hormati bukan hanya di sekolah malah mungkin boleh diajak makan pizza lagi. Aku akan Pastikan emosi tidak menguasai diri bila berdepan dengan para pelajar, biar pelajar tahu yang cikgu yang baik hati ini sememangnya seorang yang tegas dalam mendidik pelajarnya.
Bila hari guru tiba, InsyaAllah pelajar - pelajar aku akan mendoakan yang terbaik untuk guru yang mereka sayangi, semoga hari guru tidak akan berakhir di sekolah, kerna menjadi cikgu zara adalah satu pengalaman dan kenangan yang para pelajar tidak mungkin akan lupakan…. InsyaAlah..
yang pasti Selamat Hari Guru untuk semua pendidik di dunia…. Sayangilah bekas guru anda dan tanpa mereka siapalah kita..
pekerja kilang - jurutera, juruteknik
pegawai bank
menteri
perniaga MLM
kantraktor
atau
sesiapa sahaja..
Fikir - fikirkanlah...
3 comments:
waaaa tu dia..ulasan panjang lebar yg bernas..setuju dgn pendapt tu..hehe..skema nya bhasa sy:p
Hehehe~
^.^
terima kasih kak~
kat sini Zara dengar ikim di saluran 89.5~ ^^
salam..
bile bekawan dgn cikgu.. bahasa pun kene skema.. cam zaman tulis karangan kat skolah dulu..he..he..
Post a Comment