Sunday, August 08, 2010

Lagi kisah sedih..

AMPANG: “Saya yakin mereka yang membuang bayi ini berniat membunuhnya,” kata Jamaludin Mawardi, 17, yang menjumpai seorang bayi perempuan dalam pembetung longkang berair berhampiran stesen minyak Petronas di Jalan Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Klang Gate di sini, petang semalam.

DI SINI..Jamaludin menunjukkan tempat bayi terbabit (gambar kecil) ditemui.
DI SINI..Jamaludin menunjukkan tempat bayi terbabit (gambar kecil) ditemui.
Ketika diselamatkan kira-kira jam 3.20 petang, bayi yang masih bertali pusat dan bogel serta terendam dalam air itu diselaputi lumpur dan kotoran serta menangis sekuat hati.

Jamaludin berkata, ketika kejadian dia bermain bersama rakan di kawasan itu sebelum terdengar tangisan bayi, namun hairan kerana ia datang dari arah longkang besar tidak jauh dari MRR2.

“Saya memberanikan diri meninjau ke dalam pembetung itu sebelum terkejut melihat kaki bayi terjuntai keluar dari longkang berkenaan dan bergerak-gerak.
“Sebaik menyedari bayi itu masih hidup, saya memanggil penduduk dan pekerja stesen minyak berhampiran untuk menyelamatkannya,” katanya.

Menurutnya, orang ramai berusaha mengeluarkan bayi perempuan itu dari dalam pembetung berkenaan dengan berhati-hati.

“Ketika itu saya lihat seluruh tubuh bayi terbabit diselaputi lumpur dan kotoran longkang. Keadaannya teruk dan mungkin akan mati jika tidak diselamatkan segera kerana pembetung itu berair.


“Orang yang membuang bayi terbabit binatang berwajah manusia yang tidak ada akal. Saya yakin ibu bayi itu berniat membunuhnya,” katanya.

Sejurus dibawa keluar dari pembetung berkenaan, bayi terbabit dibawa seorang wanita yang juga isteri pemilik stesen minyak Petronas berhampiran ke premisnya untuk dibersihkan.

Bayi terbabit dimandikan sebelum dibalut dengan kain bersih dan diberikan susu berikutan kelaparan.

Isteri pemilik stesen minyak berkenaan, Fadzilah Abdul Majid, 50, berkata keadaan bayi itu kebiru-biruan akibat dibiarkan terendam kesejukan terlalu lama di dalam air.

“Keadaan bayi terbabit amat menyedihkan kerana dia baru dilahirkan. Saya tak pasti siapa yang tergamak mahu membunuh bayi yang baru lahir itu,” katanya.
Menurutnya, dia menghubungi ambulans untuk membawa bayi berkenaan ke hospital.

“Tidak lama kemudian, beberapa petugas Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) bersama ambulans tiba dan membawa bayi itu ke Hospital Ampang untuk rawatan kecemasan,” katanya ketika ditemui wartawan semalam.

Menurutnya, dia benar-benar sedih dengan apa yang berlaku dan percaya hanya manusia tidak berhati perut sanggup membiarkan bayi itu mati lemas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan pihaknya sedang melakukan siasatan bagi mengesan pihak bertanggungjawab yang membuang bayi terbabit di kawasan itu.

Menurutnya, bayi berkenaan kini stabil dan dirawat di Hospital Ampang.

Pihaknya akan mengambil keterangan beberapa saksi bagi membolehkan siasatan dilakukan secepat mungkin.

Kejadian terbaru itu mengulangi insiden sama apabila seorang bayi lelaki yang baru lahir ditemui dibuang di dalam kotak di Jalan Menteri, berhampiran sebuah bank di Sungai Besar, Selangor, jam 9.30 pagi kelmarin.

Ketika ditemui bayi terbabit yang berada dalam keadaan bogel hanya ditutupi dengan kotak dengan menampakkan kepalanya sahaja.

Bayi itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang bagi pemeriksaan lanjut


SEDIKIT LUAHAN HATI

KEPADA YG DAH TERLAJAK TU..BRUSAHALAH BAGAIMANA HENDAK MENYELESAIKAN MASALAH DENGAN BETUL, ..BUANG ANAK NI BUKAN JALAN PENYELESAIANNYA.. FIKIRKAN SEDIKIT MASA DEPAN ANAK TU

BANYAK TEMPAT YANG BOLEH DI MINTA BANTUAN..

KALAU DI KUALA LUMPUR NI PUN ADA BEBERAPA PUSAT UNTUK GOLONGAN BERGINI..

P/S : AKU EMOSI DENGAN KES BUANG DAN BUNUH ANAK NI...

5 comments:

Unknown said...

kes buang buang ni makin menjadi2...kesian kepada si kena buang tu....ntah lah nak cakap apa lagi...

Oh! Apakah. said...

memang teruk betul lah si pembuang bayi niy, but don't worry babies :D, kt akhirat kaurang tuntut lah :D

Zaidah said...

ciannyer baby tu di buang kat dalam longkang.....ade jugak tengok kat tv malam tadik...

Anep™ said...

cian dia..xbersalah pon kene buang..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

kesian baby ne..kalau ye pun nak buang..buangle kat tempat yg org boleh nampak & selamat