Ya, Maria Farida bukan’nya muda lagi, sama seperti Rita Rudani. Mungkin ada aura tersendiri, mereka berdua mempunyai persamaan, iaitu meminati jejaka-jejaka yang 10 atau 20 tahun lebih muda daripada mereka.
Maria mempunyai hubungan intim dengan pelakon baru Shahz Jaszle (Tari Tirana, Asmara) yang baru berusia 24 tahun. Malah, Shahz juga tidak segan silu menayang foto mereka berdua bersama di dalam profile BlackBerry Messenger milik’nya. Fuh, anda lihat’lah sendiri, memang bergaya sakan habis Maria menayang jejaka idaman’nya itu.
Bukan itu sahaja, gerak-geri dan perlakuan mereka berdua memang seperti pasangan yang dibuai cinta. Kata orang, wanita yang lebih berumur selalu’nya lebih memahami kehendak seorang lelaki muda. Sama seperti wanita, lelaki juga suka dimanjakan dan diberi perhatian. Mungkin, skill tersebut ada pada Maria sehingga mampu membuat Shahz jatuh cinta kepada’nya.
Atau, Shahz Jaszle itu anak ikan Maria Farida? Amboi, melampau mulut!
UPDATE: Shahz Jaszle menafikan hubungan cinta antara mereka berdua, kata’nya sekadar suka-suka.
P/s : Masa bergambar tak hingat lelaki ngan perempuan, halal ker haram..pelik btui..