Friday, May 20, 2011

Maaf semua..aku masih bersedih

Assalammualaikum

kepada semua peserta adyshariz Lucky draw dan kekawan blogger sekalian..

MAAF di pinta dari kalian semua.

Aisha dan keluarga sedang berkabung di atas pemergian arwah adik iparku, iaitu Allayarham Nazil Zabha bin zakaria, dan buat masa ini, sebarang perkembangan tentang Lucky draw ini akan di lewatkan sehingga di beritahu kelak.

Kami sekeluarga masih lagi terkejut dgn pemergian arwah secara tiba-tiba, dan telah meninggalkan adik ku sharifah bersama 2 orang anaknya yg masih kecil..Norlaila sofea 8 tahun  dan shamir Nazman 4 tahun.

Yg pasti berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul, aku amat sedih kerna melihat adik yg disayangi di beri dugaan yang maha hebat ini. Pastinya Allah! tuhan yg maha kaya dan maha mengetahui setiap kejadian telah merancangNYA.



arwah meninggalkan isteri dan anak 2 org.
dan inilah raya terakhir utk kami sekeluarga bersama beliau..


Jika ada sesiapa yg mengenali arwah, aku mohon maaf andai arwah ada terkasar bahasa dan perbuatan sepanjang kehidupannya di bumi Allah swt. dan sekiranya arwah ada berhutang pada kalian, sila beritahu kepada kami sekeluarga, insyaAllah akan kami langsaikan...dan aku wakil dari pihak keluarga memohon maaf bagi pihak arwah, minta di halalkan segala makan dan minumnya sepanjang arwah mengenali kalian..

Kini,
Hilang sudah teman buat suamiku, kerana hanya mereka menantu dalam keluarga kami, gugur juga airmata suami, kerna teman utk bebicara sewaktu pulang ke rumah mak telah tiada..dan  paling terasa pasti mak,mamat,bedah dan adik ku ifa, kerna saat pemergiannya, mereka ada di sampingnya..Ya!Allah, kau kuatkanlah hati kami, berikan kami ketabahan  dlm meniti hari-hari mendatang..Aku harap adik ku tabah dan sabar dgn dugaan yang Allah berikan kepadanya...tuhan lebih menyayanginya..

Sedih,
kehilangan arwah yg amat disayangi amat memilukan hati kami sekeluarga, sepanjang kehidupan kami 9 tahun ini, arwah banyak membantu dalam meringankan beban kami sekeluarga, ibarat bahu yg memikul beban 9 tahun yg lepas kini diletakkan kembali.. mak paling sedih aku lihat, sehinggakan acap kali memanggil suamiku dgn nama nazil. Ya! Allah kau berikan ketabahan dan kesabaran kepada mak..

Adik,
org yg paling terasa dgn pemergian arwah pastinya adik ku sharifah, kehidupan mereka amat bahagia dan di berikan amanat 2 org cahaya mata yg amat mereka kasihi.. sehinggalah semalam, segalanya berubah.. Allah sedang mengujimu wahai adikku, jgn kau khuatir dgn kehidupan mu selepas ini, aku akan menjaga kalian sebaiknya, itu janji aku kepada arwah saat aku melangkah pergi meninggalkan kuburnya.. yang pasti kehidupan di dunia ini, akan kita harungi bersama..itu sudah menjadi tanggungjawab kami sekeluarga, apalagi bila  mengenangkan 2 orang anak yg telah yatim yg tidak mengenal apa-apa..

sekian untuk coretan kali ini..

Insyaallah, apa yg aku janji dgn kalian akan di kotakan, dan MAAF di atas segala kesulitan..


Al-Fatihah utk arwah Nazil Zabha bin Zakaria



19 comments:

IntaNBerliaN said...

Salam takziah untuk keluarga.. semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman... InsyaAllah... tabahkan hati & kuatkan semangat..

@LeenShamsh said...

takziah aishah..semoga kalian sentiasa kuat dan redho pemergian arwah..semoga arwah ditempatkan bersama org2 soleh insyaAllah!

Wan Collection's said...

Sha, aku pun turut sedih. aku doakan kalian tabah.
sabar ye semoga Arwah dilimpahi rahmat dr Allah s.w.t.

Sidratul Muntaha said...

takziah sha..
mudahan roh almarhum ditempatkan dikalangan org yg mukmin.
insyaa Allah..
al fatihah tuk arwah.
semoga adik ko terus tabah dan banyakkan bersabar dengan ujian ini.

Nida n' Hanafi said...

Al-Fatihah..

semoga tabah menerima ketentuan dariNya..

shila ariff said...

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..amin..

amiey lee said...

alfatihah..takziah dri kami sekeluarga buat keluarga aisya..harapa tabah menghadapai dugaan dn cubaan dr Allah

cikpuanhady said...

ya Allah, sangat terkejut me dengar.. semoga adik ko tabah menghadapi dugaan ini.. salam takziah buat ko dan semua keluarga arwah.. semoga rohnya dicucuri rahmat..

Iela Fazielah said...

alfatihah utk arwah..semoga adik akak tabah..tp kalau xkeberatan...boleh tahu arwah meninggal sbb ape?

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam ...Semoga Rohnya ditempatkan dlm golongan org2 yg beriman.Semoga adik Adyshariz tabah menghadapi dugaan dr ALLAH.Al-fatihah...

~ diyana nordin ~ said...

takziah buat akk sekeluarga.. setiap dugaan yg diberikan ada hikmahnyer.. moga akk sekeluarga tabah mengharunginye, xspcially buat adik akk.. al fatihah

Jue said...

al fatihah buat arwah....berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul....semoga semuanya tabah...salam takziah dari jue sekeluarga

Cempaka Kuning said...

Al Fatihah...Semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.
Takziah kpd Sharifah dan keluarga.
Sedih saya baca en3 ni.Kepada Sha dan keluarga semoga diberi kekuatan n ketabahan atas dugaan ini.

ninie said...

Takziah buat keluarga....
Moga Arwah dicucuri rahmat dan diletakkan dikalangan mereka yg beriman...Amin...

teratai said...

Al Fatihah utk arwah~semoga ditempatkan bersama-sama org beriman.

Buat keluarga arwah~semoga tabah dengan kepergian org tersayang.

MamaYatie said...

takziah utk asha sekeluarga

Ibu Ayra said...

takziah buat kak aisha sekeluarga... sesungguhnya Allah lebih sygkan arwah... al-fatihah...

my very own blog...whatt?? do i blogg? said...

Salam takziah. Minta maaf, tetiba hari ni tergerak hati nak mencari rakan lama. saya taip namanya, dan dilink kan trus ke blog saudari.Irasnya sama. Arwah nazil dahulu berskolah di Kolej Sultan Abd Hamid, ALor setar kah?

Hj. Dzulkifley said...

Al-Fatihah, Kolu Inalillah Wainna Ilaihi Rajiaunn..