Showing posts with label citer citer kosong. Show all posts
Showing posts with label citer citer kosong. Show all posts

Saturday, January 22, 2011

Aku di Bukit Broga semalam..ade pulak yg di timpa MUSIBAH


Assalam'mualaikum


Semalam aku dgn hubby ada aktivity ke BUKIT BROGA panjat bukit, pastu pegi mandi sungai kat sg.terkala di ulu langat bersama rakan-rakin opis.. tapi dalam seronok - seronok tu, rupanya ada pulak yg di landa musibah..


tapi sebelum citer pasal musibah yg melanda budak tu, jom la layan cerita kat sana.

3.00 am
semangat nk pegi panjat bukit, pukul 3.00 pagi aku dgn encik Ady dah bangun tidur, maklumlah kami berdua ni dh lama tak melakukan x tivity bersama, bila dh ada budak tecik ni, mmg tak join dah xtviti berkumpulan yg memerlukan tenaga dalaman..ngehee, tapi kami decide hantar hariz ke rumah my adik di sentul..hehe..ralat jugak nk tinggalkan, tapi takkan nk angkut naik bukit tu, maunya menjerit satu hutan, naya nanti.

4.00 am
sampai kat area opis , tunggu lah bebudak lain sampai..huh..org pertama gak yg sampai..nampak sangat x cited giler

4.30 am
bergerak ke bukit broga.. konvoi 15 biji kete.. ade gak yg tak tau jalan, dah folow pon bole sesat la pulak.. kene tungguu laaa lagii

6.00 am
lepas banyak kali berhenti..akhirnya sampai gak..mak aiii ramai org, akhirnya kami decide pegi solat kat surau dulu, dapatlah berjemaah dgn imam masjid tuu

6.30 am
lepas park kerete kene la bayar RM2.00, sebab tuan tanah tu dah stanby kat depan pintu masuk bukit tu kan..punyalah banyak kete..sib baik kami awal gak smpai

6.45 am
bermulalah pendakian kami semua..


8.00 am
sampai gak puncak bukit pertama, gayat gak aku di buatnya...Konon nk amik gambar kat buaiyan, tapi ramai sangat orang, sebab ramai giler yg ada atas bukit tu, aku dgn encik Ady duk kat satu tmpt jer, nk naik atas lagi bebudak dri Universiti ramai giler..tensen pula aku tengok..


lepas dok lepak kat atas sejam, pastu kami pon turun..nak turun punyalah kejap, masa nak naikk, pancit gak la aku di buatnya..ngehhee..sib baik tak pitam..seruis beb, kalau badan tak fit, naik la pelan - pelan, janji sampai kan..

dah turun bukit tu, kami buat BBQ pula kat sg tekala, sronok gak la..xtviti ni..MAKAN time

berita yg menyedihkan tentang Accciden tuu

KAJANG: Keseronokan seorang pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Shah Alam menawan puncak Bukit Broga di sini, berakhir tragedi apabila dia ditemui terbaring selepas dihempap seketul batu besar, pagi semalam.
Difahamkan, mangsa mendaki bukit itu bersama 15 rakan lain kira-kira jam 5 pagi sebelum ditimpa kemalangan itu ketika mahu turun dari bukit berkenaan. Mangsa, Norhanani Shahimi, 23, menderita kesakitan hampir dua jam selepas batu besar jatuh secara tiba-tiba di atas belakangnya.

Bapa mangsa, Shahimi Abdan, 50, berkata, anak sulungnya itu kerap mendaki bukit berkenaan, namun tidak menyangka akan ditimpa malang. Saya mendapat panggilan telefon daripada rakannya kira-kira jam 10 pagi mengatakan anak saya ditimpa kemalangan hingga mengalami kecederaan serius di bahagian tulang belakang,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, anaknya ditemui dalam keadaan terbaring di lereng bukit oleh seorang rakannya yang turut serta mendaki bukit itu. Saya dimaklumkan, sepasukan penyelamat JPAM bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat berhubung kejadian itu, kira-kira jam 11 pagi,”katanya.



tak sangka aku, ada pula yg jatuh bukit..kesian budak tuu..hope cepat sembuh la dik..

P/s : Alhamdulillah..kami semua selamat pergi dan selamat balik..takut pulak dengar citer camni..kene keep fit la lepas ni la..la..laa








Monday, January 17, 2011

Arwah faizal Yusof - My senior masa form 4 and 5


Assalam'mualaikum

actuatly, memang dah lama nak citer yg arwah ni satu school dgn aku lepas Nana dan Ayu aka ibuayahdamia buat entri pasal artis..Tapi itulah, nampaknya Allah sw.t lebih menyayangi beliau.. al-fatihah tuk Arwah..

ni la arwah faizal yusof

the story
masa aku form4 and 5, aku tukar skolah dari skolah menengah puteri titiwangsa ke skolah bandar baru sentul, yelah 3 tahun skolah perempuan pastu bila adik2 dah membesar, mak ngan abah banyak pakai belanja, jadi aku pon tukar skolah dekat skit dgn rumah. kira jimat belanja la kan..

s.m.b.b.s
masa kat skolah ni, aku kene culture shock beb..mau taknya, dari skolah perempuan ke skolah campur ngan budak lelaki..keganasan kat skolah ppuan dulu aku simpan jadi kenangan jelah..hehe..ni kira nak cover cun la kan...

my senior
aku dulu skolah main hoki dan sedikt olahraga, nk di jadikan citer, arwah ni dgn pelakon Lisdawati(senior gak).. mmg top la kat skolah sebab org kuat olahraga..masa tu cikgu olahraga kami Pn.Sharifah Mazlina (yg panjat gunung everst tuu)..huh ramai lak superstar kat skolah ni..hehe..tak sangka lak cita2 diorang nk jadikk artis kan..

ni la lisdawati..senior aku gakk

time sukan
huh..aku memang minat gile kat arwah ni, sebab org pemes,org kuat olahraga, pastu arwah ni nakal dan macho gak kat skolah..tapi dah ade awek..tak silap aku nama akak tu rohayu, org nya mestilah cantik kan..pastu yg lisdawati pulak,(nama sebenar dia Nisdawati)..jrg la tegur dia ni, sebab dia ni nmpk sombong skit..huh takpe aku tak herann pon..tapi arwah ni mmg aku suka tengok time olahraga..hehe..jadinya keganasan masa kat skolah ppuan aku buang jauh2..saja je nk cuba nasib..(perasan beb)

BERJAYA... Sharifah Mazlina mengibar bendera Malaysia sebaik sampai di garis penamat Antartika


itulah, nk di jadikan citer..arwah telah pon meninggal dunia pada awal tahun yg lalu, aku dgn member skolah yg lain mmg terkejut giler..sebab kami kenal arwah sebagai org yg kuat bersukan dan aktif gak, ramai gak member yg dtg rumah arwah tuk beri penghormatan yg kali terakhir..

sedih
aku tau arwah dah meninggal dunia masa time aku tgah berseronok kat berjaya time square..member sms. apalagi mak aku yg ada kat situ pun terkejut gak, sebabnya mak aku dgn ayah faizal ni tinggal satu kawasan perumahan, masa arwah kawin ngan Nana penyanyi tu, mak aku mmg di jemput la kan..huhu..aku tak pegi, sebab mak aku ckp jalan kat sini jammed giler..

arwah dikebumikan pon dekat-dekat area rumah mak aku gak..insyaAllah kalau aku pergi pusara arwah atok aku, aku singgah ke pusara arwah..sedih gak sebab aku pon penah kenal arwah ni, walaupun dia dah tak hingat sapa aku kan...;-(

yg pasti lepas aku balik dari berjaya times square dan hantar mak aku balik, kita orang terserempak dgn Lisdawati, tapi punyalah bongok aku ni, boleh pulak cakap " sapa pulak yg pakai baju kurung tengah malam - malam buta ni mak"..lepas aku pandang betul2..barulah aku tau yg itu adalah lisdawati..muka pon tengah sedey jer..hmmmm...

entahlah, yg pasti ajal dan maut ni tak kira kau masih muda atau dah tua, ia datang dgn izin Allah, samaada kau rela atau tidak..bersedialah dgn akhirat yg pasti ada..itu janji Allah s.w.t pada kita..semoga roh arwah di cucuri rahmat..


P/s ; yatie kumpulan feminin pon bekas skolah s.m.b.b.s - bekas kakak angkat aku daa..kuang..kuang..kuang...

yatie kumpulan Feminin


Sunday, January 16, 2011

Test Food di Sri Angsana Catering


Assalam'mualaikum

Selamat berhujung minggu semua, mesti sronok kan, cuti 2 hari ni ..pastu jalan-jalan cari makan, or mlawat rakan - rakan atau ada aktiviti yg enjoy..hehe..sapa la yg tak seronok cuti dak..

siang tadi pegi test food kat sri angsana Ampang.. maklumlah nak tolong member yg nak kawin, sambil2 tu bolehlah mengeyangkan perut kan..

hah ni la logo sri angsana tuu

sekarang ni diorang tengah offer 3 pakej perkahwinan, my member amik pakej no 2


sorry la tak sempat nak amik gambo, langsung tak terpikir.. tapi nak bagitau yang
daging masak itam johor dan sambal sotong dia..sedapppp betul, sampai la ni masih teringat lagi..hehe.. aiseymen, tak bole lupa pulak..

pakej yg di tawarkan pon berbaloi dengan apa yg di tawarkan..kot ada yg nak kawin tu, sila la tengok - tengok kat sri angsana ni, mana lah tau berkenan pulak..

ok lah itu jer nk story..esok - esok sambung lagiik...daa

Wednesday, December 15, 2010

Kisah Pontianak TUNTUT Janji





Baru seminggu yg lalu, Norman berjalan menuju ke sebuah kubur dan mencabut paku yg berkarat sepanjang sepuluh inci dr batu nisan itu. Selepas itu dia mengeluarkan sehelai benang putih yg diikat bersama dgn jarum lalu dicucuknya kedalam sebatang pokok pisang berdekatan dgn kubur itu.

Di penghujung benang pula, dia ikatkan dgn cawan kertas. Beberapa saat kemudian, Norman dapat merasakan gegaran yg sangat kuat. Bumi dibawahnya merekah dan perlahan-perlahan asap tebal, mengaburi mata Norman. Norman dapati disebalik asap tebal itu kelihatan sejengkang mayat.

Norman dapati mayat itu mempunyai raut wajah muka yg cantik. Norman meraba-raba belakang tengkok mayat itu. Ada sepucuk paku terpacak di tengkok mayat itu. Norman mengeluarkan paku itu. Mayat itu bangkit dan mengilai sekuat hatinya. Oleh kerana Norman bersusah-payah membebaskan pontianak itu, Norman telah meminta sesuatu sebagai ganjaran buat dirinya. Pontianak itu mengilai dgn lebih kuat setelah mendengar permintaan Norman.
Pontianak itu memberi Norman empat nombor dgn dua syarat yg mesti dipatuhi.

Pertama, nombor yg dibelinya hanya boleh dibeli dgn wang gadaian rantai emas isteri Norman sendiri.
Kedua, pontianak itu menyatakan bahawa dia minat makan buah. Dia mahukan Norman membawa tujuh biji buah tembikai berlainan saiz. Norman gelihati mendengar syarat yg kedua itu. dia telah berjanji akan membawakan untuk pontianak.

Satu minggu telah pun berlalu. Norman telah menunaikkan syarat yg pertama. Pada hari ini dia akan menunaikan syarat yg kedua pula. Apabila sampai di kawasan perkuburan itu, Norman berasa marah krn penantiannya tidak mendatangkan sebarang hasil. Dia meninggalkan tujuh biji buah tembiakai yg dijanjikannya ditepi kubur itu. Norman berjalan perlahan-lahan ke keretanya. Baru jarak lima meter dia berjalan, dia dapati seperti ada mata yg memandang ke arahnya lalu dia pun pusing ke belakang.
Kelihatan diatas pokok itu si pontianak yg dinanti-nantikannya.

"Kau nak pergi macam gitu aje? Tak ucap terima kasih?"tanya pontianak itu. "Aku tunggu kau lebih dr empat jam, tapi kau tak datang!" "Kau menang tempat pertamakan?" "Yalah!"jawab Norman dgn gembira. "Kau tahu Norman, aku sunyi kat sini,"dia cuba menggoda Norman.

"Jadi?"Norman menjawab dgn tenang. "Aku ingat kalau kau mati kau boleh temankan aku... he! he! he!" "Tapi itu semua tak ada dalam perjanjian kita!" "Kau dapat banyak Norman. Tapi aku dapat apa?"pontianak itu lantang bersuara sambil turun dr pokok itu dan berdiri dihadapan Norman.

"Aku dah bawakan tujuh biji buah tembikai yg kau pesan, apalagi yg kau mahu? Ingat, aku yg bebaskan kau!" "Aku ingat kau sukakan aku! "hilaiannya menjadi kuat dan nyaring. "Kau jangan main-main dgn aku. Paku yg aku cabut dr kepala kau masih ada, aku boleh paku kau masuk balik dalam kubur kau" "Kau memang berani Norman Kau nak nombor lagi tak?" "Apasal kau tanya?" "Aku ingin sekali jumpa kau Norman. Siapa tahu nanti kau tinggal dgn aku" "Aku fikirkan dulu. Boleh aku balik sekarang?" "Macamana pulak dgn buah-buah tembikai tu? "sambil menunjukkan ke arah buah itu. "Setahu aku kau yg nak semua buah tu kan?" "Aku dah makan Norman. Kau boleh ambik balik buah tu" "Itu semua kau punya. Kalau kau tak mahu makan, biarkan jelah buah tu busuk. Aku tak peduli" "Kau nak semua buah ni busuk?"tanya si pontianak dengan marah sekali. "Aku nak balik sekarang"Norman pun terus pusing dan menuju ke arah keretanya. "Selamat tinggal Norman. Datang lagilah kalau kau nak lagi nombor. He! he! he!"

Mahu sahaja Norman membuka langkah seribu dan terus lari dr situ. Dia dapat merasakan ada sesuatu yg mengekorinya. Terlalu dekat. Dekat sungguh benda yg mengekorinya kalau tidak manakan boleh pernafasannya dapat dirasai Norman. Norman tahu, kalau dia pusing ke belakang, dia akan menerima satu tamparan. Oleh kerana takut, Norman memandu keretanya dengan laju seperti orang gila. Dia terus memandu ke Pantai West Coast.

Disebabkan terlalu penat dan mengantuk, Norman pun memberhentikan keretanya. Norman mengeluarkan kertas dr dompetnya sekali lagi untuk memastikan yg dia telah memenangi di tempat pertama. Pada keesokkan harinya, Norman tiba di rumahnya pada pukul sembilan pagi. Dihadapan rumahnya sesak dipenuhi dgn pengunjung2. Dia masih tidak tahu apa yg terjadi.

Sebaik sahaja dia menjejakkan kakinya ke dalam rumahnya, dua pegawai telah menyambutnya. Setelah mendengar penjelasan drpd mereka berdua, Norman terus menuju ka arah bilik tersebut. iatas lantai, tujuh jengkang mayat yg rupa mereka amat menyayatkan hati Norman.

Isterinya dan dua orang anaknya, ibunya yg telah uzur, adik lelakinya bersama dgn isteri dan anak kecil mereka yg berusia enam bulan,semuanya menjadi mangsa pembunuhan itu. Kepala mereka dipatahkan. Muka mereka pula hampir tidak kelihatan akibat drpd cekauan si pembunuh. Norman begitu terkejut sekali apabila mendapat tahu bahawa, pegawai itu berkata bahawa tiada pergelutan yg berlaku dan perkara ini terjadi di dalam satu bilik sahaja.

Apabila ambulan tiba untuk mengambil mayat tersebut, baru Norman tersedar apa sebenarnya yg telah terjadi. Baru dia ingat akan kata-kata si pontianak itu bahawa dia tidak mahukan kesemua buah2 itu. Apa yg dia mahukan hanyalah tujuh kepala manusia.

So... Moral of the story :-
sape suruh DEAL ngan SETAN?!! Deal ngan manusia jer la... pastu.. sape suruh Main nombor?? main laa... computer games ke.. bricks games ke.. hehehe