Assalammualaikum
Aku letih dan geram gak bila baca kisah seorang ibu tunggal yang TERPAKSA membesarkan anak-anaknya seramai 4 orang dgn mengharapkan ehsan daripada pihak gereja, sedangkan dia sebenarnya sangat LAYAK dgn duit zakat dan baitumal. YA Allah..mengucap panjang aku dgn kisah dia..
lagi -lagi bila aku baca kisah MURTAD kat blog denaihati
Hari ni aku nak share dgn korang tentang kisah adik aku yg telah pon bergelar "IBU TUNGGAL" baru je 2 bulan..selepas arwah suaminya meninggalkan beliau bersama 2 orang anak yg masih kecil, orang kata kalau bercerai hidup, nafkah anak-anak mmg pihak lelaki wajib bayar, boleh carik smpai lubang cacing, tapi kalau dh bercerai mati, nak mintak kat sapa nafkah anak-anak???
persoalannya sekarang, masa selepas urusan pengkebumian jenazah arwah suami adik aku, orang SURAU kat situ ada bagi borang untuk diisi oleh golongan anak yatim dan ibu tunggal..orang cakap, time kita tgh susah mcm tu, mesti dlm pemikiran kita..CONFIRM adik aku boleh dpt bantuan tu kan.. TAPI.. lepas hantar borang, terus SENYAP.... aku ckp kat adik aku, takpe kita usaha cara lain..
Lepas tu, aku pon download la borang baitumal utk ibu tunggal dan anak2 yatim dari laman web baitumal, aku paksa adik aku tulis dan hantar borang tu, sb bagi aku..adik aku dgn anak2 dia LAYAK sangat dpt bantuan, yelah..adik aku bru je nk membina hidup, tiba-tiba Allah swt beri dugaan begini pada dia, mana nk bayar kereta, rumah, anak sekolah hutang bank, makan, pakai dan macam2 lagi lah kan.. dah lah arwah tu takde insuran nyawa..huh..masa ni la terpikir pasal insuran.. yelah sapa boleh agak kan, ajal maut di tangan tuhan..semuanya urusan ALLAH swt, tidak di cepatkan atau dilewatkan walau seminit pon..
Bila adik aku turun naik pejabat utk buat urusan dgn baitumal ni, siap hantar borang dan interviuw bagai..last-last, dia panggil adik aku dan cakap ADIK AKU TAK LAYAK sb tak cukup FARDU KIFAYAH.. masa ni aku mmg tak paham, sb diorang tak expalin apa2 pon, dan bagi aku kalau org yg berkelayakan dah cakap mcm tu, siapa aku utk menidakkannya.
fardu kifayah - KLIK SINI utk detail
UNTUNGnya adik aku ni ramai adik beradik, kami ni lah yg cuba bantu dia setakat yg boleh dan mampu, akhirnya aku pon suruh dia mohon PENCEN PENAKAT, itu pon lepas aku terbaca smpai katam kat laman web KWSP , alhamdulillah dapat juga dia dgn pencen panakat tu, nak harapkan HR tempat arwah tu berkerja..HARAM la nak dibantu, tanya apa2 pon..semua tak tahu, nama je kompeni melayu..selagi tak kene batang hidung sendiri..mmg masing2 buat muka tak tahu..
Nak di jadikkan cerita, anak buah aku ni bersekolah kat sekolah rendah convent sentul, sebelah sekolah dia ada satu kuil utk penganut agama buddha, dan kuil ni ada persatuan NGO, persatuan ni akan pergi ke sekolah2 yg terpilih dan akan memberikan bantuan untuk anak-anak yatim..Masa adik aku dpt surat dr pihak kuil tu, adik aku mmg tak nak sebenarnya, tapi aku suruh pg tgok dulu, bantuan apa yg nk di salurkan, dan korang nk tau APA BANTUAN YG DI BERI oleh pihak kuil tu..???
Antaranya adalah :-
pakaian seragam sekolah dan kelengkapan sekolah, kiranya BAJU/KASUT/BEG/BUKU dan peralatan pembelajaran utk next year di tanggung oleh pihak kuil tuu
semua tu di berikan tanpa melalui sebarang BORANG dan interview..
MAAF la, aku mmg tak menipu ok, aku tulis ini semua berdasarkan pengalaman aku dan keluarga, bukan nk memihak pada sesiapa, tapi korang fikir lah sendiri, bende macam ni, bak kata adik aku "kalau tak kene batang hidung sendiri, kompom smpai bila2 pon kita takkan tahu"
kemana perginya wang zakat Kita ??? - sila baca
So, bila tajuk akbar kosmo hari minggu lepas menceritakan ttg ibu tunggal yg terpaksa mengharapkan ehsan gereja utk hidup selepas keluarganya tidak di bantu oleh pihak yg bertangungjawab..aku hanya mampu tersenyum kambing dgn semua institusi kerajaan yg kononya mengatakan membantu golongan ibu tunggal dan anak yatim,sila siasat dgn tulus dan jujur, sekurang-kurangnya, bantu la apa yg patut, bantulah mereka meringankan keluarga yg memerlukan bantuan..sedih beb.. islam itu indah dan mudah..aku tetap sayangkan agama islam sampai hujung nyawa, jgn di sebabkan ada segelintir manusia yg tak tahu menilai, maka islam itu di pandang serong oleh org yg berpikiran cetek mcm benjamin stephen
ISU MURTAD
satu lagi, bila aku bukak FB NI dan baca komen-komen daripada melayu-melayu murtad, yg bangga dgn diri mereka yg dh MURTAd tu , seyes beb..Aku TERKEDU.. dan TAKUT, Takut dgn Azab dariNYA, Marilah kita Mohon dari Allah swt agar tunjukkan Jalan yg benar kepada mereka yg telah MURTAD..
Adakah golongan MURTAD daripada golongan yg terlebih berpikir sampai kene tunjuk TUHAN depan mata baru otak tu nak berfungsi??..huhu..kesian
Bila dah bodoh..dan kebodohan menjadi istidraj - BACA kat SINI
Sabar..sabar..
Kepada pihak kerajaan yg bertanggungjawab, sila jalankan tanggungjawab kalian semua, tanganilah masalah SOSIAL ini sewajarnya, jgn jadikan POLITIK sebagai perkara utama, Bantulah golongan-golongan yg memerlukan khidmat kalian, itu lah gunanya Pilihan raya YANG BERSIH
P/s : Bila ramai melayu murtad, yg bertepuk tangan bukan iblis dan syaitan saje..agama dan kaum lain pon tumpang happy juga.. percayalah...
9 comments:
menakut kan baca FB dorg tu
pasal bantuan tu, aku no komen
ye la xkena batang hidung aku lg kan
tp ape2 pn pihak berkenaan perlu amik berat isu ni
sbb org luar mmg baik hati nk tlg tapiiii mungkin ade harga yg perlu kite bayar
Takziah pada adik awk.. mcm ne lah perasaan dia kan bila suami dah tiada lagi. x dpt kina bayangkan...
lagi sedih bila pihak berwajib TIDAK memberi sokongan dan bantuan dengan sewajarnya.
dan lagi sedih...
agama lain lak yg bantu.. isu mcm nie mmg kina ada pernah dengar. mmg x terkezut pun. kenapa blh jadi mcm nie kan?
aduh.... nampak mcm kejam kan org melayu kita? tapi ini la hakikatnya. selagi org yg bertanggungjawab x bertanggungjawab lagi mcm² perkara yg tak baik akan terjadi 1 hari nanti.
kina dOakan adik awk dipermudahkan segala urusan dan ada yg sudi membantu dia. amin...
isu murtad dan gereja diwujudkan untuk tutup isu biometrik..penipu gile ni kak..sokong Gabungan Pilhanraya BErsih..hidup hidup hidup Islam,hancur hancur hancur kezaliman..
Panjangnyaa n3 sis ni...melepas geram jer rasa...kwn ofis syni pun baru je jad ibu tunggal tapi dia cam bijak jugakla nak cari saluran dapatkan bantuan..penakat tu dh dapat...pastunya perkeso...janda kaya dia...hihi...
bace hingga ke noktah terkahir..
baru bincang same2 dgn kawan2 kat sek tentang isu zakat..inilah realiti ummat sekarang..ketenatan yg terlampau!
bace hingga ke noktah terkahir..
baru bincang same2 dgn kawan2 kat sek tentang isu zakat..inilah realiti ummat sekarang..ketenatan yg terlampau!
sha,
aku bersimpati sgt2 utk adik ko tu.
dan peringatan utk semua insan di luar sana,
silalah menabung demi insurans, sbb kita xtahu nasib kita kelak mcmn.
Btw sha,
aku ada 3 insurans. aku sgt2 beringat bab soal sakit mati ni sbb aku tahu psgn sdiri pun kita x boleh nak bergantung harap.
btw,
ank dia bape org?
ada apa2 ke aku blh bantu adik ko?
semalam pas baca blog denai hari terus gi terjah..nak pitam baca statement2 dia org tu..astaga!
Tahu!!! Sama macam kes minta bantuan kebajikan untuk warga emas. PTetiba sennyap..aku call baru ingat..'
Lepas tu kata warga emas tu tak layak pinjam..padahal dia memang susah!!!
Agensi dan agama tak salah tapi org yang menjalankankan kerja tu yang salah!!!
Post a Comment