Tuesday, September 27, 2011

Telur dan Beras Tiruan

Assalammualaikum

Terkejut gak bila baca cerita ni kat blog INI, seyes..selama ni ingatkan telur je di buat tiruan..la niii, BERAS yg menjadi makanan wajib org Asia pon menjadik tiruan gak..seyes nak cepat kaya betul lah diorang ni..

 Media Singapura melaporkan bahawa China sedang mengeluarkan beras palsu.
Perusahaan makanan China telah terlibat selama bertahun-tahun pelbagai skandal yang melibatkan barang palsu atau tercemar. termasuk skandal susu pada 2008 juga isu hangat susu ditemui mengandungi racun melamin. 290,000 orang mangsa yang jatuh sakit dan 11 kes kematian.
Sekarang ada laporan dari media Singapura bahawa China sedang mengeluarkan beras palsu, yang dikatakan sangat berbahaya.
Menurut Bahasa Korea “Hong Kong Weekly” (juga dari rujukan website Vietnam), Media Singapura menyatakan bahawa beras palsu sedang dihasilkan di kota China Taiyuan, di daerah Shaanxi. ”Nasi” ini merupakan gabungan dari kentang, ubi dan plastik.
Ia dibentuk dengan mencampur kentang dan ubi kayu ke dalam bentuk biji beras, kemudian menambahkan lagi bahan sintetik industri.
Pejabat Restoran China Association mengatakan bahawa makan tiga mangkuk nasi palsu ini seperti makan satu kantung plastik. Kerana masalah ini sangat serius, ia menambah bahawa akan ada penyelidikan kilang dijangka mengeluarkan beras. Sementara itu, kos yang rendah beras palsu adalah menyebabkan peniaga untuk membuat keuntungan yang besar.
Di Vietnam, telah berbagai laporan di media dalam negeri tentang makanan tercemar, sehingga ramai orang khuatir tentang jaminan keselamatan makanan.
gambar ehsan google


Patutlah company tmpt aku keje skrg ni, tgh berkira-kira nk tingkatkan security produk baru yg masuk hari tu, semuanya sebab takut ader org ciplak paten produk ni.. kalau sampai negara china..hhhmmmm..jangankan beras, esok lusa..DNA kita pon di klonnya..huhu..

Dunia akhir zaman, macam-macam ada...

P/s : gunalah beras tempatan , insyaAllah..di tanggung bersih dan halal 

Astafirullahalaziimm...

2 comments:

zaidah said...

macam manalah kita nak hidup sihat klu dah semua makanan n termasuklah beraspun dah palsu...

Iela Fazielah said...

macam2 la.... org cina pandai2 tp yg bukan2