Tuesday, December 25, 2012

Sebab Wanita Lebih Cepat Nampak Tua?

Assalammualaikum...

Lepas baca ni, terus rasa mcm 80% sebab aku gemuk adalah termasuk dalam cerita di bawah, terima kasih kepada admin amRF, SUMBER utama cerita ini..


gambar sekadar hiasan cerita



Sebab Wanita Lebih Cepat Nampak Tua?

Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk.. Tapi tahukan anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?

1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehinggabenar2 hancur, itu akan membantu proses
penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni, terpaksa makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami..layan jer sambung makan, buat2 xdengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan x sempat nak hadam betul2.

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya... takut membazir. Membazir tukan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan "kau ni kuat betul makan!"

3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tido mati terus.kalau yang dengar pun buat2 tido lena sbb malas nak bangun, malas nak ganggu tido nya.wanita lah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu utk anak.. Bila x cukup tido, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut2 pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker, aper ker... xkan nak hilangnya. Petua utk cantik kan ada dua yang penting, minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA.

4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja utk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak2, perangai bapaknya... nak itu, nak ini.. So, wanita pun membebel, marah2... dan bila marah2, banyak leter, so cepatlah jadi tua..

Kesimpulannya. ..wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia lakukan.

p/s : buat bekalan untuk mengingati diri sendiri yg mudah lupa....

AMALAN PEMBUKA PINTU REZEKI

Assalammulaikum...

Jom kita amalkan perkara-perkara berikut, inn sha Allah.. tahun 2013 kehidupan kita akan bertambah pahala dan rezeki.. amin






AMALAN PEMBUKA PINTU REZEKI


1. solat awal waktu
2. jangan buat mak ayah marah
3. rajin bersedekah walaupun 10 sen
4. rajin tolong orang
5. rajin buang sampah atau halangan daripada jalan raya (orang lalu lalang)
6. baca surah al-waqiah
7. selawat 1000 kali sehari
8. suka menyampaikan ilmu walaupun sedikit
9. tidak mengungkit-ungkit pemberian
10. niat cari rezeki kerana Allah
11. selalu berpuasa sunat
12. beristigfar 100 kali setiap hari

itu antara amalan-amalan yang boleh kita buat untuk murah rezeki. tak dapat buat semua, buat yang mana mampu. sedikit demi sedikit kita tingkatkan amalan.

P/s : copy dari FB untuk peringatan diri sendiri...

Sunday, December 23, 2012

Anak kecil berumur setahun dibunuh dan dibakar kejam

Assalammualaikum...

Terperanjat pagi-pagi bila baca berita online dari MynewsHub, berita utama tentang budak berumur setahun telah dibunuh dan dibakar sehingga rentung, ingatkan negara lain, YaAllah!! rupanya kat negara kita jer..

Apalah dosa budak yang berumur setahun tu, pembunuh ni bukan kejam lagi dah, tapi dia sebenarnya gila dan tiada perasaan terhadap anak kecil..



Dalam malaysia ni ramai orang yang sakit otak...harap sangat pembunuh tu dapat ditangkap dan jatuhkan hukuman yang setimpalnya...

Sumber... KLIK SINI

p/s : banyak kes brlaku skrg ni, jagalah family dan masyarakat, semampu yg kita boleh... jgn tutup sbm mata

Saturday, December 22, 2012

Birthday today....

Assalammualaikum..

Alhamdulillah hari ni genaplah umur ku yang ke 33thn, bila tgok angka umur tu, rasa mcm dah matang la sangat, hahaha, nk cakap tua tak sanggup ler..

Harapan sy moga tahun akan datang, sya lebih kurus sikit berbanding tahun-tahun yang sebelumnya dan perancangan tahun hadapan yg dh hampir penuh dalam calender awal tahun 2013 berjalan dengan suksesss... tak sabar jugak tgu planning yg dibuat menjadi..



Planning 2013.. fuhh, banyak jugaklah..
krabi
moto baru
kete baru
gunung kinabalu
USS.......
pehhh....berasap poket ... harap lebat la poket tahun 2013 ni...amin


Mood sya hari ni kene lah 100% happy.. terima kasih buat rakan2 yg sudi wish Happy birthday, sama ada di FB, Whatsap , SMS dan blog...

Anda semua memang terbaik...



Sunday, December 16, 2012

X5Bersih SMBBS 1996

Assalammualaikum..

Alhamdulillah, berkat doa dan kesungguhan, akhirnya berjumpa jugak dgn a few friends dr sekolah menengah dulu,  last week we ada buat simple reunion di NZ kedai mamak depan KLCC, tempat strategik juga.. walaupon tak rajin masuk KL, tapi di sebabkan kawan2 yg dah lama tak jumpa, aku gagahkann diri pegi sana.

Dulu masa zaman sekolah menengah, aku sekolah Perempuan  di puteri titiwangsa jalan temerloh dr form1-3, pastu masuk form 4-5, aku sekolah dekat rumah,jalan kaki pon kejap je kan, nama sekolah tu Sekolah Menengah Bandar Baru Sentul.. Masa memula smpai sekolah tu aku kene culture shock skit, sebab kene bersekolah dengan budak lelaki, adoila... punyalah nakal, bebudak lelaki kat situ... hahaha

So, bila masing2 dah get older, rasa kenangan tu semua kelakar jugak..nakal, degil, menyakat, semua ada lah..

To all my beloved friends, harap hubungan ini berkekalan until jannah..

ni salah seorang my classmate - eisya rahman, hari tu dia tak dpt join sebab bz skit..




Moga berjumpa lagi with you all punya family, baru havoc skit..hehe

Luv u all

My turn - Durian Crepe

Assalammualaikum..

Sekarang ni bila tgok kira dan kanan jalan, ramai sungguh yg jual durian, nak suruh makan tak daya dah rasanya.. bila tengok blog kawan-kawan yang lain ramai jugak yg suka buat doyan crepe.

Jadi misi hari ni macam nak buat doyan crepe..


Resepi amik dari blog my resepi - Ni LINK - kredit utk tuan punya resepi


Bahan-bahan ( 30 bantal )

250grm tepung gandum
2 biji telur
500ml santan
1/2 sudu teh garam
Pewarna (ikut suka nak warna apa. saya selalu buat warna hijau&kuning telur)
Filling**
1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
Isi Durian yg telah dilenyek.
Cara-cara

Campur semua bahan kemudian blender dan tapis.
Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil.
Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.
Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk.




so, kita cuba resepi yang ni dulu eh.. dah siap kita upload gmbar doyan crepe kita..

harap la menjadik...

Wednesday, November 28, 2012

Berita sedih..kehillangan

Assalammualaikum

Berita sedih, salah seorang rakan aisha di zaman persekolahan telah kehilangan anaknya kerana demam denggi berdarah, kesian si ibu kerana amat sedih dgn pemergian anaknya yang tercinta..

Kadang tu sukar untuk letakkan diri kita di tempatnya andai kita diuji sedemikian rupa.. sebak dan sedih pasti akan melanda sesiapa saja.. payah nak luahkan dengan kata-kata,

buat rakan-rakan yang lain, jagalah permata hati kalian sebaiknya.. hiburkanlah dan curahkanlah kasih padanya sehingga kehujung nyawa... inn sha Allah..

Buat sahabat.. hanya ini yang mampu ku titipkan, agar dapat memberi sedikit kekuatan menghadapi hari muka..


** Allah s.w.t telah memilihmu menjadi ibu kepada bidadari syurga..
Kamu adalah pilihan Allah s.w.t
Semoga kamu menjadi ibu yang Redha terhadap kehilangan yang sementara ini**

Hayatilah cebisan ini, agar dapat menenangkan hati dan menerima ketentuan drNYA dengan Redha.

Seindah Bidadari syurga



Di samping para malaikat dan Hurul-Aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga.
Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : "Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu diasuh oleh Nabi Ibrahim AS sampai orang tuanya datang."
(HR. Abu Daud)

Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, di alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar, hisab, mizan dan sebagainya.
Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah."
(HR. Bukhari dan Muslim)

Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamannya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu? Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga.
Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.
Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-Aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.
Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-Aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memgang air di tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"
Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku, apakah kesalahanmu? Apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka? Begitulah ratapan mereka.


Berkata Malaikat: "Wahai Wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad SAW." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, maka Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berda dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat. Petama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, yang kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim yang ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.
Firman Allah SWT yang maksudnya : "Pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira.
 " (Ad-Dahr: 11)




Memang sukar untuk menghadapi kehilangan, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan mereka sekeluarga.. aku cuma dapat mendoakan dari jauh.. agar
mereka sekeluarga menemui sedikit kebahagiaan di sebalik kehilangan... inn sha Allah

Damailah disana
wahai bidadari syurga..







Ya Allah ! Engkau selamatkanlah bumi gaza daripada perang Ya Allah sesungguhnya dugaan ini dtg drpd mu .. Engkau laknat lah mereka(org kafir) Ya Allah sesungguhnya tempat mereka (org kafir) sememangya di NERAKA JAHANAM .. < amin amin yarobbal alamin

Monday, November 26, 2012

Jom tengok Drama Online

Assalammualaikum

Selamat Malam semua, Malam ni aku nak share dengan korang macam mana nak tengok drama melayu ONline tanpa perlu download.. yelah, jimat skit masa dan hard disk korang kan...

Actuatly, aku pon try n error jer nak carik website ni, So, bila dah jumpa confirm la stick dekat situ.. Kalau ada drama yang aku tertinggal kat TV3, aku tak kisah dah sangat, sb blh tgok online kat website ni..

Sekarang ni drama Adam dan Hawa tgah HOT kat astro mustika kan?.. tak payah susah-susah nak download, korang tengok online pon ok gak...

Ni lah website tersebut.. http://www.kepalabergetar.net

Link ADAM dan HAWA - Klik SINI

Contoh drama : ADAM DAN HAWA


Drama yg tengah HOT kat Astro mustika
1st step  until end
Klik Link yang color biru tu


Yang ni wajib tunggu 5 second ya..

Pilih la korang nak tengok macam mana
download atau Online
Duduk la smbil menonton drama
adam n hawa

Jangan stress ye tgok drama ni, aku tgok ramai yg tensen dgn watak ain harwani ni.. dah tu mcm mana.. dah skrip dia mcm tu kan..

Selamat menonton..





Ya Allah ! Engkau selamatkanlah bumi gaza daripada perang Ya Allah sesungguhnya dugaan ini dtg drpd mu .. Engkau laknat lah mereka(org kafir) Ya Allah sesungguhnya tempat mereka (org kafir) sememangya di NERAKA JAHANAM .. < amin amin yarobbal alamin >

Friday, November 23, 2012

Cara Download Filem terbaru

Assalammulaikum..

Waktu dulu, aku jenis malas nak tgok wayang, smuanya gara-gara panggung wayang jauh dari rumah.. (alasan).. tapi bila jusco dh ada kat rawang ni..dan masa nak ke situ pun just 5 - 10 minit jer, memula rajin..pastu malas dah..sb xtvt aku lagi suka dok lepak rumah ujung minggu smbil kemas2 (alasan poyo).. haha.

Bila duduk rumah hujung minggu, biasalah lepas siap keje rumah, pastu confirm duk melanguk depan tv.. nak harap joging jauh sekali..hehe..

Akhirnya aku dah dapat penyelesaian masalah tersebut.. apalagik download la citer best dan terkini dari website yg ada kan..

kat mana nak download? macam mana caranya?
hahaha..senang jer..

Memula korang masuk website ni http://www.ddmf.biz/


Battleship.. bluray
 Pilih movie yg korang nak layan, aku pilih citer ni..seyes bestt

Lepas tu pilih la  korang nak guna provider yg mana..
Macam aku..aku suka pilih Rapidshare

Tunggu jap 5 second.. korang tgoklah dulu iklan yg ada
lepas tu akan keluar SKIP AD
tekanla..apalagik

Tekan butang download
Pastu.. tunggulah smpai abis download..
citer ni ada 5 file.. korang kene download abis baru boleh zipkan semua fail




Lepas korang siap zip.. nanti akan keluar folder baru, dalam tu ada full movie yg dh siap di download..

Laptop aku guna windows Media Player..
So..confirm boleh play movie tuu...

Kalau ada yang tak kene dgn movie tu, mungkin korang tak download abis..

Okaylah, harap cara-cara yang aku bagi ni dapat membantu korang semua.. Lepas ni aku bagi satu link untuk korang tengok drama ADAM dan HAWA online..tak payah download..

tunggu yee..bila akak tak bz..





Ya Allah ! Engkau selamatkanlah bumi gaza daripada perang Ya Allah sesungguhnya dugaan ini dtg drpd mu .. Engkau laknat lah mereka(org kafir) Ya Allah sesungguhnya tempat mereka (org kafir) sememangya di NERAKA JAHANAM .. < amin amin yarobbal alamin >

Wednesday, November 21, 2012

Resepi Pop Corn dalam periuk

Assalammualaikum

Selamat malam semua.. okay, aku lmbt skit nk hupdate sebab seyes bz gila kat opis

Ni xtvt aku malam ni.. makan pop corn sambil layan drama kat lappy.. Penat-penat download adam dan hawa hujung minggu, baru malam ni baru ada masa nak layan..huhu..pop corn ni pon request by my hero kecik.. dia cakap kene makan kopok wayang( merujuk pada pop corn) baru bleh layan movie..

Hokay, nak bagitau ... nak buat pop corn ni senang la sangat-sangat.. rasa pon not bad la jugak, aku tau korang penah buat.. yang ni versi aku k..

1)- Panaskan Majerin 2sudu dlm periuk, gunakan api yg kuat.. Bila periuk dah panas 
2)- Campaklah bertih jagung dalam tu sehingga menutupi minyak ..make sure jgn banyak ..
3)- tutup periuk cepat-cepat dan kecikkan api, pastu korang mesti dengar bunyi pop-pop dlm periuk
4)- Bila periuk dah habis bunyi pop-pop, bukak tudung periuk dan keluarkan pop corn yg dh siap kedlm mangkuk...



Bahan-bahannya

suci jer pop corn ni..


gula pasir 6 sudu
Nak buat caremel lagi senang..

2 sudu majerin dan 6 sudu gula pasir masak atas api dan cairkan sehingga kekuninggan..make sure jgn hangus..pastu tuangkan kedlm pop corn yg dh siap..

Hasilnya..of coz menjilat jari..

Sumber dari


Ya Allah ! Engkau selamatkanlah bumi gaza daripada perang Ya Allah sesungguhnya dugaan ini dtg drpd mu .. Engkau laknat lah mereka(org kafir) Ya Allah sesungguhnya tempat mereka (org kafir) sememangya di NERAKA JAHANAM ..

 < amin amin yarobbal alamin >


Monday, November 19, 2012

Merdeka...!!

Assalammualaikum...

Subhanallah...punyalah lama tak mengadap blog, bukan merajuk atau kecewa, tapi blog ni yang merajuk dengan aku.. sebulan aku try cari masalahnya... Ya Allah!! payah la sangat.. dan akhirnya Allah tunjukkan jalannya...alhamdulillah akhirnya dapat jugak menyetelkan masalah yg ada..

Memula ingat kene HACK dengan orang..puaslah aku try cari coding or apa jelah cara yang boleh, berapa lama aku dok jadi teman setia google sb nak tgok kot ader blog lain yg penah senasib...huhu... rupanya, gadjet yang ada dalam blog ni membawa masalah... Lepas remove semua gadjet yang ada... akhirnya...

bolehlah aku membebel...ohh! seyes miss u all alot....




Friday, July 20, 2012

Rezeki Tree SteakHouse Sg.Buloh


Assalammualaikum

Selamat hari Jumaat semua, Alhamdulillah esok kita semua akan berpuasa dan menyambut ramadhan yg mulia.. banyak planning aku untuk ramadhan tahun ni, insyaAllah tak dapat semua sikit pon jadiklahh..

Yang pasti, ramadhan kali ni aku nk kurangkan kerja dan banyakkan amalan..insyaAllah..hehe, harap boss saya memahami..

Sempena Bulan Ramadhan esok, aisha dan keluarga ingin memohon Maaf andai ada kami terkasar bahasa dan perbuatan selama kita saling mengenali di ruangan penulisan ini.. mana yg buruk dijadikan peringatan utk menjadi yg lebih baik dimasa hadapan..insyaAllah

Dan Rezeki yang aku katakan itu adalah..hehehehe.. semuanya berkenaan bidang pekerjaan, terima kasih boss..boss..boss.. saya yg ramai tu sebab sudi bg promotion pada sy lagi, walaupon last year sy dh dapat..hehehehe....moga korang..korang semua dan aku dimurahkan lagi rezeki pada bulan yg mulia ini... Amin

Rupanya, itu hadiah yg aku dpt lepas takde mood nk berblogging sb sibuk bekerja dan belajar...hehehe, Syukur Alhamdulillah

Lepas dpt promot..confirm kene belanja kawan2 makan lagi... kalau takde kawan2, macam manalah keje aku nk siap, teamwork is the best solution when otak jammed.. ;-p

kali ni kami ker Tree SteakHouse Paya jaras, sg.buloh


Menu makan
problem skit, sebab takde gambo


Ruangan makan yg selesa


antara Kawan2 yg sudi hadir


Palm Lamb Sizzlling
RM15 ++


ni pon Lamb jugak


perindu roasted chicken
Rm11.90
ni aku punyaaa..hehe


Alhamdulillah, rezeki..insyAllah Kalau naik pangkat lagik saya belanja..hehehe...


Thursday, July 19, 2012

Cameron Highland sebelum menyambut Ramadhan


Assalammualaikum

Isnin lepas kami sekeluarga mencuri masa ke cameron highland, pahang. keputusan yg diambil secara last minute sb malas nak pg keje..hehehe, ni kalau bos baca mmg saje cr penyakit..lalalala

Seyes dh lama plan nk pegi sini, sampaikan dah beberapa kali aku dok booking bilik hotel tapi mesti cancell last minit..akhirnya, rezeki kami sekeluarga, smpai gak ke atas tu..

Kami naik atas ikut Tapah, jalan mmg tak berapa cantek skit, smpai member cakap nape ikut situ, sb ikut simpang pulai lebih elok jalannya... hehehe, dah namanya pon redah..jadik, just follow GPS yg ader jelah..

Dugaan nk ke atas cameron pon macam2... kejap aku nak terberak sebab sakit perut.. pastu hariz pulak lembik semacam mengadu sakit perut.. last2 dia muntah kat baju dan skirt aku...adeh, mmg dh bajet nk turun, tapi aku gagahkan hati gak nk naik atas tu.. mana boley beb, lagi beberapa km nk sampai kan..

sampai atas, encik suami belikan t-shirt utk aku..hehehheee... dh smpai atas, hilang smua perasaan dan bau muntah anak aku...

Misi penjelajahan pon bermulaaa...



okay, first kami singgah ke ladang strawberi
lama dh mengidam nk nengok pokoknya





lepas petik dan borong strawberi..
pehhh...lega rasanya
2 peket penuh dia cas only rm15
punyaaalahhh...murah 




lepas tu, singgah makan KFC jap
dah tu jer makanan yg segera aku jumpa
nak masuk restoren, takut lama pulak karang menunggu


owwhh..beli teh straberi beberapa kotak utk buah tangga skit


sambil tu posing skit


singgah pulak pasar utk cari pokok cili dan pokok bungga
aduhai..!!
murah
murah..

pokok cili ni, di jual 2 pokok rm10 jee




Pokok kaktus ni 4 ketul rm10
itupon lepas aku dok tawar ngan auntie tu lah kan


End of the day, pukul 5 kami gerak turun, mmg puas hati rasanya, ingatkan kene tidur situ baru boleh mengecapi keindahan cameron highland, rupanya balik hari pon ok...

Alhamdulillah..selamat semuanya...



Tuesday, June 26, 2012

Resepi Hokaido chiffon cupcake


Assalammualaikum

Semalam, mmg tak tau nk buat apa, tapi disebabkan aku ada hutang dgn budak 2 org kat opis, so..aku pon teruskan lah hajat utk membuatnya..

Resepi ni mmg akan membuatkan cupcakes korang lembut mcm kek span, tapi rasanya mmg sedap sgt, aku buat kek ni sb nk balas balik bebudak 2 ekor tu sb sudi belanja aku n hubby makan kat burger bobby simpang 3...

Tak sia-sia, aku buat cupcakes ni... teksture dia, tak sama mcm buat kek lain, dgr citer cupcakes ni kalau org jual kat luar mahal harganya..





utk filling cupcakes ni, aku guna strawberi flavor..pehhh..mmg sedap


Resepi Hokaido chiffon cupcakes.

4 biji kuning telur
30 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
55 gm tepung cake
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder

4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula caster

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan 8 biji ramekins bersaiz besar
Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras
Atau boleh juga gunakan cawan muffin

Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali
Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje
Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata

Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering
Pukul putih telur dan garam hingga berbuih
Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks)

Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.
Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik
Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama

Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 80% penuh
Hentakkan sedikit bekas ramekins utk mengurangkan gelembung udara pada kek

Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit
Keluarkan dari oven bila kek masak
Hentakkan bekas remakins sekali lagi dan biarkan kek sejuk
Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.

kredir resepi amik kat SINI



Monday, June 25, 2012

Bobby Burger simpang 3..akhirnya

Assalammualaikum

Jumaat lepas my adik2 dr opis sudi belanja akak diorang ni makan kat BOBBY burger simpang 3 di area keramat, punyalah lama akak diorg ni mengidam nak makan..akhirnya...dapat jugak..


ni aku punya burger
"pahlawan tripple burger with extra cheese"


my hubby makan
"kambing with double cheese burger "


budak baju oren dgn yg sebelah dia tu yg sudi belanja akak diorg ni
hehehe..tq dikk

pastu, diorg siap tapau kan sekali tuk aku..hahahha, mmg terbaek la korang berdua ni.. 


"double chicken with extra cheese"
besar gila burger ni


penuh satu pinggan

First time makan kat sini, mmg kene bg 5 star kat setiap burger yg aku rasa, setiap hidangan burger yg dimakan mmg tidak mengecewakan, sos yg melimpah dan banyak beserta dgn salad yg fresh..mmg membuatkan aku nak repeat lagi..

yang penting daging yg dimakan, tidak kira sama ada kambing, ayam atau lembu, semuanya mempunyai rasanya tersendiri.. cuba dulu baru tau...


budak ni pun suka makan burger ni
yg penting sos tidak pedas 

p/s : thanks adik sy yg bernama ayem n syed...muahhhaahaaa