Berita sedih, salah seorang rakan aisha di zaman persekolahan telah kehilangan anaknya kerana demam denggi berdarah, kesian si ibu kerana amat sedih dgn pemergian anaknya yang tercinta..
Kadang tu sukar untuk letakkan diri kita di tempatnya andai kita diuji sedemikian rupa.. sebak dan sedih pasti akan melanda sesiapa saja.. payah nak luahkan dengan kata-kata,
buat rakan-rakan yang lain, jagalah permata hati kalian sebaiknya.. hiburkanlah dan curahkanlah kasih padanya sehingga kehujung nyawa... inn sha Allah..
Buat sahabat.. hanya ini yang mampu ku titipkan, agar dapat memberi sedikit kekuatan menghadapi hari muka..
** Allah s.w.t telah memilihmu menjadi ibu kepada bidadari syurga..
Kamu adalah pilihan Allah s.w.t
Semoga kamu menjadi ibu yang Redha terhadap kehilangan yang sementara ini**
Hayatilah cebisan ini, agar dapat menenangkan hati dan menerima ketentuan drNYA dengan Redha.
Seindah Bidadari syurga |
Di samping para malaikat dan Hurul-Aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga.
Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : "Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu diasuh oleh Nabi Ibrahim AS sampai orang tuanya datang."
(HR. Abu Daud)
(HR. Abu Daud)
Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, di alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar, hisab, mizan dan sebagainya.
Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah."
(HR. Bukhari dan Muslim)
Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah."
(HR. Bukhari dan Muslim)
Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamannya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu? Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga.
Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.
Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-Aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.
Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-Aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memgang air di tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"
Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku, apakah kesalahanmu? Apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka? Begitulah ratapan mereka.
Berkata Malaikat: "Wahai Wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad SAW." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, maka Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berda dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat. Petama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, yang kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim yang ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.
Firman Allah SWT yang maksudnya : "Pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira.
" (Ad-Dahr: 11)
Memang sukar untuk menghadapi kehilangan, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan mereka sekeluarga.. aku cuma dapat mendoakan dari jauh.. agar
mereka sekeluarga menemui sedikit kebahagiaan di sebalik kehilangan... inn sha Allah
Damailah disana
wahai bidadari syurga..
Ya Allah ! Engkau selamatkanlah bumi gaza daripada perang Ya Allah sesungguhnya dugaan ini dtg drpd mu .. Engkau laknat lah mereka(org kafir) Ya Allah sesungguhnya tempat mereka (org kafir) sememangya di NERAKA JAHANAM .. < amin amin yarobbal alamin
7 comments:
Salam Takziah utk yg kehilangan.
Sedih nya khilangan ank hnya Allahje yg tahu..ada hikmah sbalik kjadian..
daripada DIA kita datang, kepadaNYA kita kembali..
sedih sebak plak rasa bila baca ni. moga Allah berikan kekuatan to your friend. moga dia redha & dpt tabah menerima kehilangan ni...
innalillah...salam takziah buat sahabat...moga dia cekal
al fatihah buat arwah..semuga ibu dan bapa tabah menerima dugaan sebesar ini
al-fatihah buat bidadari syurga...
moga siibu tabah menghadapi segala dugaan ini
Post a Comment