Thursday, August 11, 2011

Last Call untuk pemenang "Giveaway from adyshariz"

Assalammualaikum

Alhamdulillah, semalam ada 7 hadiah telah di poskan kepada pemenang "Giveaway from adyshariz", TAPI ada gak yg belum di send lagi, contohnya MUG lah kan, semuanya gara-gara MUG tu belum siap di bungkus lagik..hehe, seyes malas skit bab2 nk membalut ni, harap kekawan semua bersabar ye.. ;-)

DAN masih ada 6 lagi pemenang yg masih belum send alamat penghantaran mereka pada aisha, So, aisha akan tunggu sampai hujung minggu ni, kalau masih takde gak kan, of coz la lucky draw akan di buat untuk mencari 6 lagi pemenang yg berikutnya.. hehe..So, tak mo citer banyak yer, kita tunggu sampai hujung minggu ni 14 August 2011...okay..pastu dont send me any email or PM..hehe..tak adil lah kan..kesian org lain tau..

Ni lah rupa hadiah yg telah selamat di bungkus dan di pos semalam..




Dan ini pula senarai nama yg masih belum email detail mereka pada aisha..

ole0.bmp 
ole1.bmp 
ole2.bmp 
ole3.bmp 


Kalau nak tengok senarai pemenang yg lain..SILA KLIK SINI..

sila emailkan detail korang ke email address ni AishaAdyshariz@gmail.com, kalau takde gak..of coz kene open pada orang lain..

p/s : ehemm..seluar dh londeh skit la hari ni..hehe..apakah aku sudah kecik skit???..lalalalaa



Wednesday, August 10, 2011

Kisah Si Anak penjual kuih

Assalammualaikum

Semalam aisha ada menerima kiriman email tentang kisah si anak penjual kuih, bila di baca sampai habis karangan email ni, sebak betul rasa di dada, rasa nak sangat berjumpa dgn adik ni, apatah lagi ingin juga berkenalan dengan ibu beliau, bagi aku bukan semua org dpt mendidik anak sedemikian rupa....

Insaf aku dgn anak kecil ni..erkk,,kalau ada sesiapa mengenali adik ni, sila bagitau aku yer..mana tau suatu hari nanti, boleh aku berkenalan dgn si celik yang berhati mulia ni..





"Hidup biarlah berbakti, walaupon tidak dipuji"

"Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang"


Tuesday, August 09, 2011

Isu Baitumal dan Murtad

Assalammualaikum

Aku letih dan geram gak bila baca kisah seorang ibu tunggal yang TERPAKSA membesarkan anak-anaknya seramai 4 orang dgn mengharapkan ehsan daripada pihak gereja, sedangkan dia sebenarnya sangat LAYAK dgn duit zakat dan baitumal. YA Allah..mengucap panjang aku dgn kisah dia..

lagi -lagi bila aku baca kisah MURTAD kat blog denaihati

Hari ni aku nak share dgn korang tentang kisah adik aku yg telah pon bergelar "IBU TUNGGAL" baru je 2 bulan..selepas arwah suaminya meninggalkan beliau bersama 2 orang anak yg masih kecil, orang kata kalau bercerai hidup, nafkah anak-anak mmg pihak lelaki wajib bayar, boleh carik smpai lubang cacing, tapi kalau dh bercerai mati, nak mintak kat sapa nafkah anak-anak??? 

persoalannya sekarang, masa selepas urusan pengkebumian jenazah arwah suami adik aku, orang SURAU kat situ ada bagi borang untuk diisi oleh golongan anak yatim dan ibu tunggal..orang cakap, time kita tgh susah mcm tu, mesti dlm pemikiran kita..CONFIRM adik aku boleh dpt bantuan tu kan.. TAPI.. lepas hantar borang, terus SENYAP.... aku ckp kat adik aku, takpe kita usaha cara lain..

Lepas tu, aku pon download la borang baitumal utk ibu tunggal dan anak2 yatim dari laman web baitumal, aku paksa adik aku tulis dan hantar borang tu, sb bagi aku..adik aku dgn anak2 dia LAYAK sangat dpt bantuan, yelah..adik aku bru je nk membina hidup, tiba-tiba Allah swt beri dugaan begini pada dia, mana nk bayar kereta, rumah, anak sekolah hutang bank, makan, pakai dan macam2 lagi lah kan.. dah lah arwah tu takde insuran nyawa..huh..masa ni la terpikir pasal insuran.. yelah sapa boleh agak kan, ajal maut di tangan tuhan..semuanya urusan ALLAH swt, tidak di cepatkan atau dilewatkan walau seminit pon..

Bila adik aku turun naik pejabat utk buat urusan dgn baitumal ni, siap hantar borang dan interviuw bagai..last-last, dia panggil adik aku dan cakap ADIK AKU TAK LAYAK sb tak cukup FARDU KIFAYAH..  masa ni aku mmg tak paham, sb diorang tak expalin apa2 pon, dan bagi aku kalau org yg berkelayakan dah cakap mcm tu, siapa aku utk menidakkannya.

fardu kifayah - KLIK SINI utk detail

UNTUNGnya adik aku ni ramai adik beradik, kami ni lah yg cuba bantu dia setakat yg boleh dan mampu, akhirnya aku pon suruh dia mohon PENCEN PENAKAT, itu pon  lepas aku terbaca smpai katam kat laman web KWSP , alhamdulillah dapat juga dia dgn pencen panakat tu, nak harapkan HR tempat arwah tu berkerja..HARAM la nak dibantu, tanya apa2 pon..semua tak tahu, nama je kompeni melayu..selagi tak kene batang hidung sendiri..mmg masing2 buat muka tak tahu..

Nak di jadikkan cerita, anak buah aku ni bersekolah kat sekolah rendah convent sentul, sebelah sekolah dia ada satu kuil utk penganut agama buddha, dan kuil ni ada persatuan NGO, persatuan ni akan pergi ke sekolah2 yg terpilih dan akan memberikan bantuan untuk anak-anak yatim..Masa adik aku dpt surat dr pihak kuil tu, adik aku mmg tak nak sebenarnya, tapi aku suruh  pg tgok dulu, bantuan apa yg nk di salurkan, dan korang nk tau APA BANTUAN YG DI BERI oleh pihak kuil tu..???

Antaranya adalah :-
pakaian seragam sekolah dan kelengkapan sekolah, kiranya BAJU/KASUT/BEG/BUKU dan peralatan pembelajaran utk next year di tanggung oleh pihak kuil tuu

semua tu di berikan tanpa melalui sebarang BORANG dan interview..

MAAF la, aku mmg tak menipu ok, aku tulis ini semua berdasarkan pengalaman aku dan keluarga, bukan nk memihak pada sesiapa, tapi korang fikir lah sendiri, bende macam ni, bak kata adik aku "kalau tak kene batang hidung sendiri, kompom smpai bila2 pon kita takkan tahu"


So, bila tajuk akbar kosmo hari minggu lepas menceritakan ttg ibu tunggal yg terpaksa mengharapkan ehsan gereja utk hidup selepas keluarganya tidak di bantu oleh pihak yg bertangungjawab..aku hanya mampu tersenyum kambing dgn semua institusi kerajaan yg kononya mengatakan membantu golongan ibu tunggal dan anak yatim,sila siasat dgn tulus dan jujur, sekurang-kurangnya, bantu la apa yg patut, bantulah mereka meringankan keluarga yg memerlukan bantuan..sedih beb.. islam itu indah dan mudah..aku tetap sayangkan agama islam sampai hujung nyawa, jgn di sebabkan ada segelintir manusia yg tak tahu menilai, maka islam itu di pandang serong oleh org yg berpikiran cetek mcm benjamin stephen 



ISU MURTAD 
satu lagi, bila aku bukak FB NI dan baca komen-komen daripada melayu-melayu murtad, yg bangga dgn diri mereka yg dh MURTAd tu , seyes beb..Aku TERKEDU.. dan TAKUT, Takut dgn Azab dariNYA, Marilah kita Mohon dari  Allah swt agar tunjukkan Jalan yg benar kepada mereka yg telah MURTAD..

Adakah golongan MURTAD daripada golongan  yg terlebih berpikir sampai kene tunjuk TUHAN depan mata baru otak tu nak berfungsi??..huhu..kesian

Bila dah bodoh..dan kebodohan menjadi istidraj - BACA kat SINI


Sabar..sabar..


Kepada pihak kerajaan yg bertanggungjawab, sila jalankan tanggungjawab kalian semua, tanganilah masalah SOSIAL ini sewajarnya, jgn jadikan POLITIK sebagai perkara utama, Bantulah golongan-golongan yg memerlukan khidmat kalian, itu lah gunanya Pilihan raya YANG BERSIH

P/s : Bila ramai melayu murtad, yg bertepuk tangan bukan iblis dan syaitan saje..agama dan kaum lain pon tumpang happy juga.. percayalah...

 Jazakumullahu khayr al-jazaa